Saturday, June 26, 2010

MARAH ITU MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN SYAITAN

sabar.
mudahkan menyebut perkataan sabar. sesungguhnya sabar itu dituntut dalam Islam. Janganlah sekali-kali kita membuang sikap yang baik itu. Dalam I LUV ISLAM, saya terbaca tentang sahabat Nabi yang pada ketika itu bangun kerana mahu membalas cacian orang lain. Kesekian kalinya dia mahu menjawab, Rasulullah terus bagun daripada duduknya. Maka sabahat bertanya,

"Wahai Rasul, kenapa kamu bangun dari tempat duduk kamu, Ya Nabi Allah?"

Rasul Allah menjawab

"Sesungguhnya, ketika seorang umat Islam sedang berada dalam keadaan marah dan dia membalas kemarahannya itu, maka dia tergolong dalam sahabat syaitan dan syaitan sedang duduk bersamanya. Sesungguhnya aku tidak mahu duduk sekali dengan Syaitan!"

No comments:

Post a Comment