Saturday, June 26, 2010

LELAKI YANG BAIK: LELAKI YANG MENYEKAT PANDANGAN

saya membaca artikel dalam tabloid, Muslimah dan pendekatan dalam mempromosikan gambar. wah! sangat teruja. benar juga kata penulis, gambar merupakan sesuatu yang tersirat. daripada bahan itu, terdapat pelbagai konotasi yang bisa disampaikan. sama ada secara positif, mahupun negatif.

gamabr juga mempunyai impak yang sgt berat. bimbang jika menjadi bahan cacian dan bahan hinaan. begitu juga bimbang jadi bahan impian bagi lelaki yang kurang keimanannya kepada Allah dengan mengimpikan yang tidak-tidak melalui gambar anda. saya juga.

penulis membicarakan tentang keperluan menutup aurat. katanya wajah juga sebahagian daripada aurat yang perlu kita tutup dan hiasi hanya semata-mata kerana Allah dan kepada yang berhak. Ah, saya terpukul di situ...saya sudah "mendelete" beberapa album yang saya paparkan dipaparan web-blog dan facebook.

terdetik dalam hati,
wahai Tuhan,
kalau itu satu dosa untukku,
Ampunilah aku...
jika aku sudah membuatkan hati-hati makhlukMu yang lain
berdosa,
ampunilah aku dan dia..
Wahai Tuhan..
kurniakan aku kejelitaan yang hanya akan ditatapi oleh insan yang layak untukku..
suamiku dan mahramku...

aku cintakan dia!

Firman Allah: dalam surah An-Nur "katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya menyekat pandnagan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian lebih suci bagi mereka"

No comments:

Post a Comment