Thursday, January 27, 2011

Lahirnya pahlawan! AKMAL HASBI pada AUSTRALIA DAY!




semalam, 26 Januari,
tepat 2214 malam,
kakak saya , Nor ALiza Kamarudin melahirkan seorang bayi lelaki,
AKMAL HASBI BIN HAIRULNIZAM


entah belum pasti wajahnya.
Belum terima apa-apa gambar...

Semoga semuanya sihat-sihat sahaja.
Sedih, saya tidak dapat jumpa anak saudara baru..
Hingga pulang ke Malaysia nanti.. :))

By the way!
Great!
My family become a very-very extra huge family!
AN Extraordinary family..
2013, the next family day for KAMARUDIN's
hopefully, ada lagi yang tambah ahli keluarga?
Hmm.... *wink! wink!*

AUSTRALIA DAY saya ikut, tetapi MERDEKA DAY, tak pernah sambut!




26 Januari, AUSTRALIA DAY..

happy Australia Day to all Australian!
and Malaysian too! hahaha.. :) poyo je kan... :P


ramai-ramai, saya dan Malaysian yang lain ke Picnic Point,
kawasan tertinggi di Toowoomba agaknya, saya pun masih belum selidik fakta ini.

SO, rasa macam ada sedikit rasa lawak,
bila saya pergi meyambut AUSTRALIA DAY,
bukan menyambut, tetapi sekadar sama-sama
dengan Malaysian yang lain di sana, makan dan minum bersama-sama.

Kalau di Malaysia,
saya tidak pernah sekali pun menyambut hari kemerdekaan dengan cara
yang sama dengan saya menyambut AUSTRALIA DAY semalam..
hahaha...

adakah saya bukan rakyat malaysia yang baik? :P

Renung-renungkan, selamat beramal!

Monday, January 24, 2011

last weekend!


nampaknya weekend tetap isterinya juga yang menjadi
tukang masak di dapur.
Bukan suaminya.
Berkat saling memahami,
isteri tidak pernah rasa terkilan atau apa-apa.
Sememangnya,
kewajipan isteri menyiapkan segala keperluan
untuk suami,
demikian pula sebaliknya...
Shopping?
Macam biasa....
Itu pula kewajipan suami!

So, give and take!
What you give, you get back!

:))

Anda buat, anda dapat!
Renung-renungkan!

Tuesday, January 11, 2011

Flash Flood in Toowoomba!

UPDATE: Predicted heavy rain has arrived again in Toowoomba.

Outlying roads have been cut and one down lane on the Toowoomba Range has been closed to allow road crews to repair minor landslides.

Water authorities are tipping that Perseverance Dam will overflow late this afternoon - for the first ttime in about 10 years.

The Bureau of Meteorology earlier issued a severe weather warning for the south-east Coast, Wide Bay and Burnett districts.

It is predicting heavy rainfall leading to localised flash flooding and potentially worsening the existing river flood situation.

It comes after widespread flash flooding caught out inner-city retailers and motorists yesterday.

The storm dumped up to 60 millimetres in some parts of Toowoomba's CBD in the brief deluge about 9.30am.

Dent Street turned into a river, prompting Toowoomba Regional Council crews to close the street near Grand Central shopping centre.

West Creek behind Milne Bay Aquatic Centre became a raging torrent and captured the imagination of nearby business owners.

“We would be under water if this wasn't here,” Bill Stewart of A1 Fire and Safety store said of the elevated creek walls.

“It is an amazing sight.”

Grand Central centre manager Shaine Beveridge said water entered the entry foyer to Myer on the corner of Margaret and Dent streets.

“Some minor maintenance works will be required to restore the landscaping outside the Myer entrance where water washed away the mulch,” Mr Beveridge said.

Nearby at the Toowoomba City Bowls Club, Bruce Wright watched as the greens turned to swimming pools.

“They drain fairly well,” the greenskeeper said.

“But, in prolonged wet weather you do get a bit of algal build-up.”

Mr Wright, however, expected games to be played on the weekend, if the weather held out.

Water was also spotted over the road in Bridge Street, at the James and Kitchener street intersection, West Street near Drayton Road, Mackenzie Street near South Street and also Alderley Street.

Monday, January 10, 2011

Husband Chef on Sunday!




Great great Sunday!


For the first time husband chef in our kitchen!
The menu was great and "historicalistic"!
he prepared a fantastic lunch for his wife
and make a orange juice.
It was a beautiful lunch his wife ever had!
Thanks!

Love you!

Recipe was :
Daging masak berlada,
telur dadar,
orange juice,

:)

Saturday, January 8, 2011

Home Sweet Home!




Lepas membeli barang-barang di Garage Sale,
It's time to re-design my home sweet home.

There's are lovely pillow,
juice maker,
lovely white house shoes,
sweet dresses,
Hmm...

I loike!!!! :P

Garage Sale, Toowoomba!




Keluar sejak pagi mencari barang-barang!
Dapat mengenali jalan-jalan sekitar Toowoomba.
Beli barang.
Shopping yang paling murah!
Yang penting, unik, menarik!

:))


**Credit thanks to lovely en.suami.. :))

sarapan pagi dengan rasa cinta!


Ini hidangan sarapan pagi cinta.. :))

Sarapan merupakan hidangan permulaan hari yang sangat penting.
Membekalkan tenaga serta tahap gukosa dalam badan juga akan rendah.
Tak tahulah fakta ini betul atau tidak..
Hehehe...

Yang pasti hari ini, sarapan dengan penuh rasa cinta.. :))
Tapi perut terkejut sebab minum susu sejuk.. :((

Next time, sarapan susu panas ya! :))

Thursday, January 6, 2011

Suhu di Toowoomba. Sejuk. Tapi, I 'rilek' je. :P




Suhu di rumah mencecah 19 darjah celcius.
keh2...xde la sejuk sgt..
biasa dah camni..
kecik2 dulu orang main kat sawah..
Saya main dalam salji..
Ngeh2....

Masak..
masak...
masak...
hari ni berbuka puasa dengan suami tercinta...
selainnya, membaca dan menulis. Bila nak siap la proposal baru ni..
semalam langsung x buat keje..
ngeh2...
malas ...
malas dah berjangkint dengan encik suami..


**Abg, rajin2 tau...
boleh same2 rajin...:))

Tuesday, January 4, 2011

Gembira. Bukan lagi mimpi. Tapi inilah kenyataan


*26 hari*

countdown setelah bergelar isteri.
Bukan rasa sunyi lagi yang jadi peneman setia diri.
Sebaliknya rasa bahagia dan diterima merupakan satu petanda bahawa bahagia itu ada di sana.

Setelah kali pertama menjejakkan kaki di negara Kanggaroo ini,
bermulalah kehidupan berdua.
Asam garamnya mulai terasa.
Pahit manis (manis sahaja yang ada hendaknya) juga bercambur-baur.

Kini semua kebahagiaan bukan lagi ilusi. Bukan
lagi suatu dilema.
Sebaliknya bahagia ada di depan mata.
Indahnya menjalani hari-hari dengan mengait pahala,
merungkai dosa...!

Memasak,
mengemas,
mencuci lantai rumah juga rasanya sesuatu yang sangat indah!

Tatkala hati berbicara sendiri ketika suami tiada,
tidak tahu bagaimana hendak diluahkan rasa bahagia itu.
Inilah,
rasanya bercinta selepas kahwin.
Keindahan, yang dirasai SANGAT INDAH!

Setiap kali hidangan dijamah, hati berasa sangat terharu.
Biar sedap atau tidak,
semuanya diratah tanpa bicara.
Ampunkan diri ini suami, andai apa yang ada pada lidahmu,
tidak sesedap yang kau sangkakan...

Mengemas sebuah mahligai,
terasa bagaikan masa tidak berjalan.
Statik!

Mahligai bahagia ini,
kususun dengan penuh rasa sayang dan syukur.
Keindahan,
wangian,
dan aku sentiasa berdoa,
agar AKU SELALU MENJADI BIDADARInya...
di dalam mahligai syurga ini...

Keinginan menjadi yang terbaik buatmu,
bukan lagi hanya angan-angan.
Sebaliknya akan aku usahakan menjadi yang paling baik dalam hidupmu.
Selamanya.
Bukan sehari atau 26hari.
Sebaliknya, hingga ke syurga.

Tawa dan senyummu,
menjadi igauan setiap langkahku.
Aku menjadi bahagia dengan rasa kasih dan sayang yang semakin hari semakin mendalam.
Bukan lagi angan-angan.
Sebaliknya inilah CINTA sejati.


Biarkan aku menjadi bahu tempat kau bersandar
biarkan aku menjadi kaki saat kau tidak mampu berjalan
biarkan aku menjadi mata saat kau sudah tidak bisa melihat
biarkan aku menjadi mulut saat kau sudah tidak bisa merasa
biarkan aku menjadi rumah untuk kau terus berteduh

dan aku juga mengharapkan,
saat aku sudah tiada di dunia ini,
kau akan menjadi mata buat aku melihat
bumi di atas sana.

Budaya kerja cemerlang penentu kejayaan transformasi pendidikan


GENTING HIGHLANDS - Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu mempamerkan budaya kerja yang cemerlang, menepati masa dan efisyen bagi menjamin kejayaan hala tuju pendidikan negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, selaku pemimpin utama di barisan hadapan, kewibawaan dan komitmen PPD sangat diperlukan agar bergerak selari dengan pendidikan arus perdana.

Tambah beliau, antara aspek penting yang perlu diberi keutamaan PPD ialah kemantapan hala tuju Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai tanda aras peningkatan prestasi pendidikan di daerah masing-masing.

"Dalam konteks Program Transformasi Kerajaan (GTP), KPI bermakna dapat meningkatkan prestasi kerja, kreativiti, inovasi serta kualiti kepimpinan di Pejabat Pelajaran Daerah," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Kebangsaan Pengurusan PPD Kali Ke-12 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini baru-baru ini.

Menurut Abd. Ghafar, setiap Pejabat Pelajaran Daerah mempunyai kekuatan sendiri yang boleh dieksploit dengan sebaiknya demi mengangkat martabat, daya saing pendidikan serta kecekapan pengurusan dan pentadbiran organisasi.

"Setiap PPD perlu merangka KPI yang relevan dengan iklim setempat supaya kelak dapat melonjakkan lagi sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara maju.

"Peranan dan tangungjawab PPD di peringkat daerah sangat penting bagi memastikan sasaran pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat direalisasikan seiring dengan KPI yang ditetapkan.

"Rakyat atau pelanggan hanya mahu melihat hasil atau produktiviti sebagaimana yang dijanjikan dalam KPI itu," jelas beliau.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Isa Abu; Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin; Pemangku Pengarah IAB Dr. Naimah Ishak, dan Yang Dipertua Badan Perhubungan PPD Malaysia (PPDM), Aminuddin Adam.

Kata Abd. Ghafar, warga pendidik perlu sedar cabaran pendidikan kini semakin kompleks serta mencabar yang memerlukan satu barisan sumber manusia lebih mantap untuk mengikut arus pembangunan pesat negara.

Justeru, beliau berharap semua PPD sentiasa bersikap profesional bukan sahaja dari segi pelaksanaan tanggungjawab tetapi juga sentiasa menambah baik prestasi dan produktiviti demi melahirkan modal insan yang holistik menepati falsafah pendidikan negara.

http://www.trymasak.my/ - the great link for newest in cook or newest housewife :)




Credit thanks to Ca'e in German, my old best friend yang suggest to me this link.
Hmm....sangat menarik. Ready in video type to learn how to cook!

And tak sabar nak beli barang kek nak buat kek...
Hopefully jumpa semua barang nak buat kek macam yang Kak Das tunjukkan malam tadi.
SUsahnya nak cari barang...
Kalau tak sabar memang rasa nak menangis depan rak-rak barang kat market tu!
:((

Bila alert tentang halal dan haram, barulah rasa suspicious dengan Malaysia. Kalau di Malaysia, main beli je barang-barang kat sana.
Konon semua halal.
But actually, as my husband told me about all the numbers yang
patut kita check.

Let's go and check!

Monday, January 3, 2011

menanti suami pulang

rasa macam geli-geli je kan status.
Dulu sebelum kahwin,status semua rock kapak.
Sekarang dah kahwin,
ahakss....

sweettttt... :P

**Abg, drive carefully!

Sunyi bila suami ke University - Acara menaip proposal baru, bermula





Dia mulai ke uni untuk meneruskan pembelajaran.
Dan yang di rumah,
meneruskan acara sebagai penulis,
menulis proposal baru, semoga berjalan lancar,
acara menyampaikan ilmu melalui penulisa.

cuaca?
Agak mendung dan mungkin akan hujan bila-bila masa.


**kredit pic : gambar awan petang di Picnic Point. Toowoomba, QLD.
Sangat cantik!

Tahun Baru, Suami Baru, Negara Baru!





6 hari berlalu meninggal sisa kenangan kehidupan di Malaysia.
Rasanya masih belum terlewat untuk saya rasa 'homesick'.
genap 6 hari di sini dan genap tiga minggu menjadi isteri kepada seorang lelaki.
Masih banyak yang perlu saya pelajari.
Bukan mudah menjadi seorang isteri yang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.
Tetapi betapa bersyukurnya hati menerima seorang suami yang sangat mudah.
Terima kasih, Allah.
Terima kasih juga, abang kerana memudahkan kerja dan urusan Lyn...

Di sebuah negara baru.
Dalam musim panas.
Tidak terasa kerinduan yang mendalam buat Malaysia kerana suhu dan cuaca summer di sini
tidak kurang lebih sama seperti di Malaysia.
Agak mengejutkan, walaupun summer, di Australia mengalami banjir yang dahsyat
serta hujan yang turun berturut-turut.

Alhamdulillah,
bersyukur lagi dengan keadaan rumah yang sudah lengkap dengan perabot dan perkakas.
Alhamdulillah, rumah dan kawasan kejiranan tidak dilanda banjir.

Alhamdulillah juga,
sejak datang ke negara baru ini,
semangat pun bertukar menjadi baru.
Bangun pagi dengan rasa bahagia,
tengah hari dengan rasa syukur,
petang dengan rasa bangga,
Malam dengan rasa indah dan selesa.
Malam di sini tepat jam 650 minit ptg,
hari beransur gelap.
Malam akan menjadi bertambah sunyi.
Kawasan kejiranan yang lebih ramai warga tua menyebabkan kawasan ini
lebih cepat sunyi daripada biasa.

Jika suami keluar beriadah dengan kawan-kawannya,
maka saya akan rasa sunyi yang melampau!

Kalah kawasan kampung di Malaysia.
Tiada bunyi unggas dan anjing-anjing di sini juga baik-baik.
Tidak menyalak sesuka hati.
Bukan seperti anjing peliharaan kejiranan di Malaysia,
anjingnya akan menyalak tanpa mengira waktu.
Larut malam, lebih-lebih lagi salakannya, menakutkan!

Syukur,
kehidupan baru, tahun baru, negara baru,
semoga Allah sentiasa melindungi suami tercinta.
Jadikan suamiku insan yang paling kuat menghadapi setiap masalah yang ada.
Jadikan suamiku insan yang paling tabah dalam menghadapai segala kemungkinan.
Jadikan suamiku insan yang paling bahagia meniti kehidupan
BERCINTA SELEPAS KAHWIN :))