Monday, January 3, 2011

Tahun Baru, Suami Baru, Negara Baru!





6 hari berlalu meninggal sisa kenangan kehidupan di Malaysia.
Rasanya masih belum terlewat untuk saya rasa 'homesick'.
genap 6 hari di sini dan genap tiga minggu menjadi isteri kepada seorang lelaki.
Masih banyak yang perlu saya pelajari.
Bukan mudah menjadi seorang isteri yang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.
Tetapi betapa bersyukurnya hati menerima seorang suami yang sangat mudah.
Terima kasih, Allah.
Terima kasih juga, abang kerana memudahkan kerja dan urusan Lyn...

Di sebuah negara baru.
Dalam musim panas.
Tidak terasa kerinduan yang mendalam buat Malaysia kerana suhu dan cuaca summer di sini
tidak kurang lebih sama seperti di Malaysia.
Agak mengejutkan, walaupun summer, di Australia mengalami banjir yang dahsyat
serta hujan yang turun berturut-turut.

Alhamdulillah,
bersyukur lagi dengan keadaan rumah yang sudah lengkap dengan perabot dan perkakas.
Alhamdulillah, rumah dan kawasan kejiranan tidak dilanda banjir.

Alhamdulillah juga,
sejak datang ke negara baru ini,
semangat pun bertukar menjadi baru.
Bangun pagi dengan rasa bahagia,
tengah hari dengan rasa syukur,
petang dengan rasa bangga,
Malam dengan rasa indah dan selesa.
Malam di sini tepat jam 650 minit ptg,
hari beransur gelap.
Malam akan menjadi bertambah sunyi.
Kawasan kejiranan yang lebih ramai warga tua menyebabkan kawasan ini
lebih cepat sunyi daripada biasa.

Jika suami keluar beriadah dengan kawan-kawannya,
maka saya akan rasa sunyi yang melampau!

Kalah kawasan kampung di Malaysia.
Tiada bunyi unggas dan anjing-anjing di sini juga baik-baik.
Tidak menyalak sesuka hati.
Bukan seperti anjing peliharaan kejiranan di Malaysia,
anjingnya akan menyalak tanpa mengira waktu.
Larut malam, lebih-lebih lagi salakannya, menakutkan!

Syukur,
kehidupan baru, tahun baru, negara baru,
semoga Allah sentiasa melindungi suami tercinta.
Jadikan suamiku insan yang paling kuat menghadapi setiap masalah yang ada.
Jadikan suamiku insan yang paling tabah dalam menghadapai segala kemungkinan.
Jadikan suamiku insan yang paling bahagia meniti kehidupan
BERCINTA SELEPAS KAHWIN :))

No comments:

Post a Comment