Monday, August 19, 2013

kufur nikmat?

Ada orang yang kata saya kufur nikmat bila saya compare malaysia dan Oz. Saya bukannya kata saya tak suka Malaysia panas. Dan tak ada perubahan kepada suhu. Suhu bukan masalah utama.

Apa yang saya lihat, puan/tuan yang membaca tidak memahami erti yang sebenar. Dan kalau puan atau tuan suka dengan attitude rakyat Malaysia yang lazimnya kita tengok tak berubah. TAK BERUBAH DALAM POST SAYA SEBELUM INI IALAH BERKENAAN DENGAN
1. artis
2. Pergelutan nafsu
? Attitude di pasaraya.

Banyak yang kita boleh ubah. Tapi ubah yang bagaimana? Ubah dari rumah kita. Ubahdari anak cucu cicit kita. Bukannya saya suruh ubah suhu. Bukannya saya suruh ubah malaysia ni jadi sejuk macam Oz. Haiyaaa...

Mungkin puan atau tuan tidak ikut FB saya. Tak apa. Saya maafkan. Lihatlah MALAYSIA.


Dalam pada saudara seislam kita dibunuh, apa negara kita buat? Apa artis kita buat? Manusia ni suka akan artis. Artis sepatutnya ambil berat hal ni. Ini tidak, saudara dibunuh, kita masih leka dengan Melodi, Majalah hiburan, karaoke, konsert2 3 dekad. Semua itu ada apa? Bagi saya sebesar kuman pun tak ada makna.

Kita masih bergembira sambut Syawal? Saudara kita?

Buka mata, attitude yang saya maksudkan TIDAK BERUBAH. Di oasaraya, adik penjaga kaunter bayaran, muka manis? Ada lah yang manis, tersenyum dan beri ucapan terima kasih, datang lagi, selamat datang. Tapi yang mana masam mencuka, endah tak endah dengan pembeli, bila ditanya, jawab macam nak tak nak, macam orang mahu sampai jangka masa menopos!!.

Lagi2 kalau cashier Islam, bagi salam pun haram. Kita yang mulakan, baru tersengih2 menjawab. Leka menung jaga cashier. Saya bandingkan dengan Oz, negara bukan belum islam sepenuhnya. Sapa pembeli, macam dah lama kenal. Padahal, saya pendatang. Itu negara dia. Di negara kita sendiri?

Itulah yang saya kata belum berubah. Attitude masyarakat. Bukannya suhu... saya rasa saya tak gagal geogrfai. Kalau Allah bagi nikmat salji, memang bersyukur sangat2. Saya pun tahu Malaysia panas. Dah get ready awal2 nak balik. No. No, xde sikit pun nak kufurkan nikmat suhu. Tapi saya marahkan attitude, buadaya bertegur sapa di negara kita yang 99% islam. Kalau puan masih suka dengan keadaan ini, ya, saya tak kisah...

Apa pun, tak semua yang kufur itu tak boleh kita contohi. Banyak benda baik boleh kita ikut. Satu daripadanya yg itulah.

Tuesday, July 30, 2013

Malaysia : Aku pulang!!

Sudah pun sebulan kami pulang ke Malaysia. Entah kenapa, aku masih belum rasa Malaysia berubah. Tidak. Masih begitu.

Yang aku lalui dulu, sama seperti kali ini. Cuma, yang membezakan, dulu, aku bujang, kini di Msia, aku sebagai isteri dan ibu.

Nur Aina. Ini kepulangan pertama Aina. Kasihan. Panas berbahang membuatkan kulitnya kemerahan. Ruam peluh. Bertahanlah sayang. Lama-kelamaan, Aina akan biasa dengan cuaca di sini. Inilah tempat kita. Negara kita.

Nur Aina made in Oz, born in Oz. Logiklah kulitnya sangat sensitif. Saya tak pernah makan belacan sewaktu mengandung. Saya tak makan tempoyak s3masa mengandung. Apatah lagi ikan pekasam. Aina kerap menyusu ketika di Malaysia. Sangat kerap, siang dan malam. Mungkin susu badan kali ini rasanya agak pelik, tapi sedap?

Kami di Msia, tapi daddy masih di Oz. Daddy meneruskan pengajiannya tanpa kami di sisi. Rindu. Ya, sangat rindu. Sejak nikah, kami tak pernah berenggang. Sejak ada anak, kami ber3, tidak lernah berjauhan. Inilah kali pertama. Inilah ujian yang sangat menduga.

Ya Allah, Kau lindungilah suamiku, walau di mana dia berada. Permudahkan urusan suamiku. Jadikan suamiku, anak, abang, ayah dan suami yang cemerlang, seiring dengan impiannya sebagai pelajar cemerlang.

Nur Aina, aku tahu dia rindukan daddy. Semalam, seharian dikepit gambar passport daddy, ke hulu ke hilir. Setiap hari, panggilan daddy tak pernah lekang dari lidahnya. Setiap kali daddy kirimkan gambar melalui wassap, dia akan kiss dan kiss lama-lama .

Ketahuilah anakku. Daddy tiada bersama kita kerana tanggungjawab dan impiannya. Kita doakan saja.

Setiap kali solat, mummy doa untuk daddy kuat2. Aina akan sama-sama aminkan. Syukur. Aina semakin bijak.

Nur Aina. Pulang ke Msia, dia takut dengan semua orang!!. Pelik. Di Oz, Aina tak takut orang lain dukung. Aina berkawan dengan semua orang. Balik Msia, patah pinggang mummy, Aina minta didukung. Takut. Asyik menangis.

Perbezaan bahasa, Aina tak faham dan akan tidak pandang wajah orang yang bertuturbajasa melayu. Semuanya perlu mummy alihbahasakan.
Kasihan Aina. Cerita kartun di tv, semuanya tak menarik. Mummy buka tv, Aina tak pandang langsung. Lagi2 kartun alih bahasa. Kalau kartun inggeris, dilandang sekali toleh. Gambar ilustrasinya yang tak menarik, buat Aina lari jauh. Aina...Aina. sabarlah. Nanti kita ada rumah, kita pasang tv dan boleh tengok kartun original, ya.

Saya, sejak sebulan di msia, saya juga hanya menonton tv kurang daripada 10kali. Siaran semuanya TAK MENARIK. Ayah saya tak ada ASTRO. Kalau ada pun, saya tak pasti siarannya menarik atau tidak. Tv percuma hanya ada tv 1,2,3,7,8,9, hijrah. Kalau di tempat dulu, siaran percuma, dekat 20channel. Kalah ASTRO.
Tak boleh diulang-ulang kenangan dan kebaikan di Oz. Sedar, inilah tanah tumpah darahku. Tapi, jangan lupa, aku bersalin di Oz. Jadi, darahku beberapa ml, ada juga tumpah di Oz. Belum dikira darah haid dan nifas. Bukan menidakkan negara sendiri, tapi, kenangan di Oz, memang sangat menarik. Jiran yang baik. Siaran tv yang menarik untuk anak, makanan yang murah dan sangat mudah untuk dapatkan natural food. Pasaraya setiap 2km. Pemanduan yang berhemah, semua orang takut kena saman. Cuaca yang damai. Tempat permainan kanak-kanak setiap 1km mesti ada.

Dah lama Aina tak ke playground. Kasihan, Aina. Duduk di rumah asyik menangis. Jemu agaknya, bercampur suhu lanas, mencecah 35deg.. Oz lagi panas kalau masa SUMMER. 40deg itu, biasa. Cuma, 40deg di sana, ada banyak angin. Angin bertiup kencang. Kita, panas, angin pun tak bertiup. Allah, sejukkanlah sedikit bumi Msia ini...

Daddy masih di sana. Hanya doa dapat kami kirimkan buat peneman daddy. Semoga Allah segerakan urusan abang dan pulang segera. Kita 1. Jangan jauh lagi.
Malaysia. Inilah tempat kita.

P/s : Bolehlah melancong setahun sekali bawa Aina lawat tempat lahir. :)

Friday, June 21, 2013

homemade : play-doh. Murah dan tidak bahaya

malam ini secara sukarela, Mummy dan Aina buat play-doh. Aina dah tak ada mainan nak main. Semua dah masuk ke dalam kotak.

Jadi, Mummy pun bancuhlah doh sendiri.

Bahan-bahannya :
** tepung gandum
** garam
** cuka
** pewarna yang selamat

bancuh semua sampailah tak melekit. Perhatikan, main bersama-sama anak anda. Jangan biarkan mereka makan doh itu walaupun anda rasa selamat.

Letak garam banyak-banyak, kalau anak letak dalam mulut pun, dia akan rasa tak sedap, dan dia akan buang semula.

Doh ini murah, selamat. Daripada beli doh mahal-mahal, kan.. :)

Sekian. Kami sudah mencuba homemade play-doh. Semoga dengan perkongsian ini, akan buat anak-anak anda gembira dan bermain dengan selamat. 

Thursday, June 20, 2013

DISHWASHER - kenapa tidak popular di Malaysia?

Sudah menjadi kelaziman kita, sebagai rakyat Malaysia membasuh pinggan dengan air paip sahaja. Tidak perlukan mesin.

Basuh kain, sudah lama kita tinggalkan sejarah membasuh kain di pinggir sungai atau membasuh kain dengan tangan.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya dengan pembelian dishwasher second hand dari seseorang. Memang tidak dinafikan, nampak macam pemalas, kan?

Jujur, saya memang paling bosan, kerja basuh pinggan. Saya memang dari kecil suka mengelak daripada basuh pinggan. Suruhlah saya menyapu, basuh kain, atau yang lain.

Adat semasa masih kecil, memang liat buat kerja bila emak suruh. Dah kahwin, semuanya kena buat sendiri, automatis!!!

Sejak ada dishwasher, yang paling penting di sini, saya perlu jimat menggunakan bekalan air. Air di rumah kami, ejen rumah yang bayar. Pernah sekali, kami ditegur oleh ejen kerana terlebih limit memakai bekalan air. Jadi, dengan ada kemudahan dishwasher, saya sudah kurang guna air. Jimat. Penggunaan dishwasher hanya perlukan beberapa liter, air diputar di dalam mesin, sampailah pinggan kita bersih dan tidak berbau.

Nampak macam cool ke, mengada-ngada? Katalah apa sahaja, penggunaan dishwasher sama sahaja macam mana kita mahu ada mesin basuh kain. Tidak jauh berbeza.

Cuma, yang memeningkan kepala saya sekarang, adakah di Malaysia mudah untuk dapatkan sabunnya?

Sesiapa yang tahu, mohon emel saya, di norazlinkamarudin@yahoo.com.

Saya berterima kasih jika ada yang sudi berkongsi maklumat tentang dishwasher dan sabunnya di Malaysia.

Chiao!!!

KAWAN BAIK

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan saya bukan sahabat yang baik
saya bukan kawan yang baik.

Saya juga tidak ada kawan baik. Apatah lagi sahabat yang benar-benar saya boleh kongsikan segalanya.

Yang ada buat masa ini, hanyalah suami.
Di mana rakan lama saya.
Ke mana semuanya pergi.

Adakah ada kesilapan saya yang buat mereka semua menjauh?

Ya, saya muhasabah diri.

Buat adik, dan saudara yang lain. Muhasabahlah diri jika berlaku sebarang kesulitan.
Sesungguhnya, setiap yang berlaku, bersebab dan berpenyebab.

Wednesday, June 12, 2013

isteri, pakailah pakaian sopanmu, demi Syurga buat suami dan seluruh keluargamu

Salam sejahtera.

Assalamualaikum semua. Saya tak kisahlah siapa yang baca apa yang saya tulis. Cuma, saya terdetik mahu berkongsi, walaupun saya masih belum 100% menutupi keseluruhan aurah saya.

Sebagai isteri, kalau dapat suami yang suka menegur, sangatlah bahagia. Salah kita, silap kita yang kita terlupa, terabai, Alahmdulillah, ada suami untuk tegur.

Tapi kalau suami kita lupa, belajarlah daripada rakan rakan dan beranikanlah diri untuk berubah. Pernah suatu ketika, saya berasa malu untuk berubah. Semua orang akan tanya, kenapa? Mahu ke mana?

Bertudung, berstoking, memakai sarung lengan atau baju cantik dan tidak ketat, bukan semata mata untuk solat sahaja. Hakikatnya, jika kita solat tanpa memerlukan telekung, maka itulah maksudnya pakaian sebenar muslimah.

Tapi kita, berhabis duit beli baju peplum (Abaikan kesalahan ejaan) berhabis duit beli baju kebaya, berhabis duit beli tudung pendek yang harganya mencecah RM100 hingga RM600.

Tapi telekung kita, berapa ringgit? Berapa banyak corak bunga sulam pada telekung kita? Berapa kali sembur minyak wangi pada telekung kita? DAN PALING TERUK BERAPA BANYAK TAHI LALAT PADA TELEKUNG KITA?????

Kita lupa, setiap kali kita keluar rumah, kita hanya ambil berat pandangan orang, bukan pandangan ALLAH. Setiap kali mahu ke majlis makan makan, kita ambil berat baju nampak perut buncit atau tidak. Kita jarang sekali meletakkan ALLAH pada tempat teratas dalam fikiran kita. Kita asyik fikirkan pandangan manusia lain.

Saya belajar sejak saya duduk di Australia, pakailah apa sahaja asalkan saya lengkap menutup aurat. Tidak perlu kisahkan pandangan manusia dan ya, warga Inggeris memang tak kisah, apa yang kita pakai. Tak akan ada orang yang nak pandang. Lihat perbezaan warga bukan Islam dan Islam. Kita beriman kepada Allah tapi kita sangat sibuk fikirkan apa orang nak kata. Tapi warga belum Islam, mereka tidak kisah akan kata kata orang, asalkan mereka yakin dengan apa yang mereka buat, sudah bagus.

Maksud saya, warga Inggeris, pakai selipar masuk supermarket, hypermarket, sikit pun mereka tak kisah. Selipar pun sudah haus. Kalau kita? Kalau pakai selipar rasa malu sangat. Tapi tak pakai stoking, kita tak malu pun? Sedangkan Islam tak tetapkan pun jenis kasut, Islam terapkan penutupan aurat untuk wanita muslim.

Kalau pasal baju, orang sini baju diorang kadang kadang beli kedai bundle je. Kalau kita, selagi bukan NIKE, selagi bukan POLO, malu nak keluar. Macam macam kan...

Suami, timbalah ilmu, jadi imam sejati. Bawalah makmun masuk dan dekat dengan Syurga. Pujuk baik baik isteri supaya menutup auratnya.

Isteri tak tutup aurat, dosanya suami..
Anak perempuan tak tutup ayrat, abah dan abang abang jadi sasaran.
Buat adik adik perempuan yang masih belum bernikah, kasihanilah ayanandamu... Jangan jadikan ayahandamu bahan dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratmu.

Saya masih dalam proses belajar. Saya tak malu berbaju kurung walau ke mana pun.
Dan kini, saya dalam proses menghapus semua seluar panjang yang saya ada.

Mohon doakan.

MENDUNG DAN CERAH

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. Dan entah kenapa saya rasa saya tidak perlu menulis lagi.

Saya rasa bahagia hari ini sebabnya matahari mulai menunjukkan diri. Setelah seminggu lebih, hari mendung dan kelam.

Itulah dugaan tinggal di sini. Kadang kala, matahari tidak ada hampir 2 minggu. Bila ada, panasnya lebih panas daripada Malaysia, terutamanya apabila musim panas. Suhu panas mencecah 40degree, sesetngah tempat. Serasa saya, Malaysia masih belum ada suhu 40degree dalam sebulan...

Alhamdulillah, apa apa pun saya bersyukur kepada Allah yang memberi peluang saya tinggal di negara orang. Saya belajar ilmu baru yang sangat banyak. Tidak tersimpan rasanya.

Allah mengaturkan kehidupan kami dengan sangat baik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bagi rakan pembaca yang masih berasakan hidupnya belum ada bahagia dan belum ada masa hadapan yang cerah, bersabarlah dan teruskan berdoa.

Sesungguhnya yang kita rasakan baik untuk kita, belum tentu lagi...
Yang Allah sediakan itu, berjalanlah terus. InsyaAllah, di situlah kebahagiaannya.

Salam sayang,

Lyn
TOOWOOMBA

Saturday, June 1, 2013

Petua demam , cold, selesema, batuk untuk anak

Home remedy,

# buat sup ayam, letak baaaaaanyak onion dan garlic. seleri. ambil sikit minyak olive oil atau apa2 minyak bakar garlic dan tenyeh2 pada minyak. sapu minyak pada tapak kaki anak, dada, belakang badan. buat garlic socks. potong garlic nipis2, letak pada tapak kaki, pakaikan stokin. supaya garlic melekap pada kaki sepanjang malam, kalau tapak kaki anak merah xtahan garlic, boleh guna lemon.

ubat batuk, lemon dan madu. 

sewaktu anak tidur, potong bawang merah belah 4, letak sekeliling tempat tidur anak. kenapa guna bawang, mcm bomoh pula, seba bawang ialah antivirus. 

sup ayam, reneh lama2 sampai tulang pun lembut...

#   Pasal steaming, kalau bilik air ada tap panas, buka smpi berwap, duduk la dlm tu smpi rasa lega...

saya belajar daripada rakan rakan FB juga. mereka sahabat yang banyak membantu dari sudut kesihatan dan ilmu sebagai ibu...

Saya amat berterima kasih kepada mereka.     

Thursday, May 30, 2013

UBAH DIRI UNTUK JADI YANG TERBAIK

Cari jalan untuk kehidupan yang lebih baik daripada semalam yang indah.
1. Jaga pemakanan
2. Jaga iman keseluruhan ibadah
3. Jaga badan, keseluruhan luar dan dalam.
4. Jaga hati
5. Jaga nafsu

Amalkan,
1. Quran
2. Senyum
3. Bersangka baik
4. Bercakap / menulis yang baik - baik /mendoakan

Jalani kehidupan dengan
1. Sabar.
2. Redha.
3. Bersangka baik.

Jaga kesihatan dengan
1. Amalkan pemakanan sunnah Rasul
2. Yang halal
3. Makanan organik tanpa bahan kimia, maksudnya.
4. Elakkan menzalimi diri sendiri dan poket.

Ada yang mahu ditambah? Silakan.

Monday, May 27, 2013

AUTUMN kembali lagi.

Walaupun sudah hampir Jun, musim gugur baru sahaja menjengah dan baru sahaja menunjukkan diri. Dedaun berguguran, kemerahan, kekuningan.

Cantik. Terima kasih Allah atas hadiah ini.

Friday, May 10, 2013

ULASAN UNTUK -kita tak apa.

Nor Azlin Itu kita. Kita tergolong dalam golongan sederhana. Dan kita ada alternatif lain, tapi kita lihat yang kebih susah darioada kita. Tak mampu bayar bil elektrik, bergelap malam, bertemankan sebatang lilin, anak anak siapkan kerja sekolah dalam lampu yang samar. Kita mampu mandi, 2-3 kali sehari, dan itu kita kira berjimat, apatah yang golongan papa kedana, nak mandi pun sehari sekali takut sebab anak ramai. Kita boleh anggap kita akan berjimat. Tapi sejimat jimat kita, kita tak rasa susahnya hidup jadi golongan miskin. Yang nak beli beras pun perlu bergadai itu ini. Kita boleh kata, kita makan roti kalau nak jimat, golongan miskin, sebuku roti, lama mana mampu bertahan. Anak anak perlukan zat membesar. Kita tak kisah pun sesiapa yang memerintah. Cuma kita mahu yang memerintah itu juga mengawal. Kawal harga barang supaya semua golongan dapat rasa kelebihannya. Kalau minyak kenderaan mahal, kita boleh naik motor. Tapi kalau golongan miskin ada motor sahaja, jauh pula dari pekan, tak ada pula bas yang lalu di hadapan rumah, ke mana pertolongannya? Setiap kali keluar mahu minta tolong orang. Bila minyak naik, semua barang akan naik. Kita tak apa... kita masih mampu tersenyum. Kita masih kata kita boleh berjimat. Tapi kita lupa, ada saudara kita yang nak berjimat pun tak boleh, kehidupan mereka sehabis habis jimat, berlapar untuk anak, nasi bersiram air garam, bilis pun mahal. Bilis murah, bilis yang keras. Bayi sudah disuap kopi, kerana apa, kerana ibu tidak ada ilmu penyusuan badan, sudah tidak berduit susu tepung juga mahal. Bayi menyusu lebih 20kali sehari. Berapa lama dapat bertahan, satu tin susu? Kita kata tak apa, boleh jalan kaki kalau minyak naik harga. Si ayah perlu berilang alik hantar anak ke sekolah kebangsaan, sekolah agama pagi dan petang. Nak biarkan anak berjalan sendiri, nah, jenayah kini berleluasa. Hendak atau tidak, perlukan juga motorsikal. Asalkan anak selamat oergi dan pulang. Kita tak apa, kita duduk dalam bandar. Kedai sekangkang kera dengan rumah. Nah, lapar? KFC kita cari, burger, paling murah, roti dan tuna. Orang lain? Kedai ber meter2 dari rumah. Berjalan kaki, ambil s3jam dua juga mahu sampai. Bercakap daripada pengalaman, Na. Kampung datuk nenek kami jauh diceruk kampung. Dalam kampung tu, sebuah kedai pun tak ada. Penduduk kampung, hanya ada 8buah keluarga. Semua warga emas. Yang ada anak tinggal bersama, bukannya bijak, sudah kahwin dengan penoreh getah. Cucu berkeliaran tak diendah. Asalkan selamat, sudah. Mahu kekedai, pergi ke kampung sebelah. Selama mana bertahan minyak motor, besar mana sangat peti ais atuk nenek nak beli bekalan makanan sebulan direct tanpa perlu berulang ke kedai selalu untuk jimatkan minyak kenderaan. Semuanya bersangkut paut, Na. Sedih. Kita sedihtengok orang miskin. TV pun tak ada. Kalau ada, jarang dibuka sebab jimat bekalan elektrik. Atuk nenek sudah bongkok, harapkan bantuan menantu si penoreh getah nak tanggung mak ayah, isteri dan anak anak. Kalau hujan, apalah oendapatan mereka. Sebesar mana sangat kebuh getahnya. Kita tak apa, Na. Sederhana kita, kita mampu melancong. Sederhana kita, kita mampu berselimut tebal kala malam sejuk dingin hujan. Sederhana kita, kita mampu beli payung teduh hujan dan panas. Pengalaman sebagai cucu oada datuk dan nenek yang tinggal di kampung nun jauh dari pekan waima bandar, ya, masih ada golongan yang kais pagi makan pagi, kais oetang makan oetang. Kalau tidak berkais, ibu bapa tak apa berlapar janji anak dapat sesuap nasi. Hanya Allah yang tahu. Kita tak apa. Kita sederhana dan kita ada banyak solusi lain unyuk rasa mewah dan masih mampu. Kita tak apa. Kita tak apa.

Tuesday, April 2, 2013

Sunyi

Seminggu yang lalu, rumah kami riuh dengan kehadiran orang baru. Eh, bukan saya bersalin anak baru, tapi dapat adik beradik tiri. Rakan baru dari Malaysia datang sambung study.

Hana, Faizal dan anak mereka, Aisy Rania.

Riuh rendah rumah kami, brtambah ahlinya. Sejak Khamis hingga isnin. Tapi hari ini, kami sunyi semula. Seorang ke pejabat, seorang lagi main dan tidur. Saya, termenung sambil sibukkan diri.

Hana, Jai dan Aisy sudah pindah ke rumah sementara mereka. Semoga mereka baik baik sahaja. Ya, hidup di negara orang, tidak sama musafir di negara sendiri.

Terima kasih atas keinginan kalian berkhemah di sini beberaoa hari.
Trima kasih atas semua bantuan
Trima kasih atas gelak tawa
Trima kasih atas bualan mesra
Terima kasih atas kebaikan dan kemesraan kalian sekeluarga.

Kini, kami bertiga semula. Sunyi.
Sangat sunyi.

I'm crying. T__T

Thursday, February 14, 2013

CHIA SEED DAN KHASIATNYA


Chia seed bentuknya sama seperti biji selasih. Begitu juga dengan rasanya. Saya sekeluarga baru sahaja mula ambil chia seed minggu ini. Dengannharapan kesihatan keluarga bertambah baik. Saya beli dari COLES around 5 dollar per pek. Chia seed terbahagi kepada 2, chia seed black dan chia seed white. Saya beli, white. Black agak mahal.






1. FIBER

Chia seed mengandungi banyak fiber. Kajian mendapati bagi setiap 1 aun chia seed, mengandungi 11% fiber.  So kalau nak kurus boleh lah cuba... Ada kawanku yang mengambil biji chia ini sebanyak 1 sudu teh dan mencampurkannya ke dalam air minuman.. dan kesannya sentiasa rasa kenyang.. selepas sebulan menggamalkannya, berat badan semakin turun.. rupanya lebih kurang biji selasih apabila dah kembang... Selain itu, chia seed juga dapat mengelakkan rasa nak makan jer sebab perut sentiasa rasa penuh.. dan yang penting bila nak 'membuang' pun mudah... 

2. OMEGA 3 DAN 6

Seperti yang semua telah maklum, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan 6 ini.. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, telur dan sebagainya.  Berita baik untuk semua kerana biji chia ni banyak mengandungi kedua-dua asid omega ni.. So boleh bagi anak-anak makan sebab baik untuk otak dan pertumbuhan mereka..

3. KALSIUM

Khasiat seterusnya untuk tulang dan gigi yang sihat...  Biji chia mengandungi tiga kali ganda kalisum jika dibandingkan dengan susu.. so untuk mengelakkan osteoperosis, ambiklah biji ni dalam diet kita...

4. ANTI OKSIDA
Super penting untuk menghalang radiasi bebas daripada menyerang bandan kita.. awet muda pun ya juga.. aku dapati kawan yang mengamalkan makan biji chia ni, kulit mukanya semakin tegang dan berseri.. 

5. PROTIN

Menurut chiaseed.com ..“It includes all essential amino acids such as leucine, lysine, isoleucine, methionine, threonine, valine, tryptophan, and phenylalanine. The powerful combination of these amino acids will allow you to perform better during your training sessions and help you build more muscles faster.”


6. MENGIMBANGI PARAS GULA DALAM DARAH

Apabila gula dalam badan seimbang, dapat mengelakkan risiko diabetes dan badan semakin bertenaga dan lambat rasa letih... Badan terasa bertenaga sepanjang hari.. Chia seed juga dapat mengelakkan daripada badan kita dehidrasi.. cuba tengok biji seed apabila dah direndam dalam air.. kembang dan penuh dengan air.. so imagine apabila biji ni berada dalam badan kita.. 

7. ANTI INFLAMATORY

Kajian ini telah dibuat terhadap pensakit arthiritis. Mereka mendakwa sejak mereka mengambil chia seed dalam diet mereka, sakit tulang mereka berkurangan hanya selepas beberapa minggu sahaja.  Kandungan omega 3 yang banyak juga membantu me'lubricate'kan sendi-sendi.. . Yang ini aku akan cuba meujuk ayahku untuk mengambil chia seed dan melihat sendiri hasilnya..

Saya kongsikan artikel ini hasil bacaan dari blog tuan ini di sini

Wednesday, February 13, 2013

Khasiat Habbatus Sauda, makanan sunnah.

Mengamalkan makanan sunnah.

Copy paste daripada Read more: http://djdanchef.blogspot.com/2012/07/habbatus-sauda-khasiat-dan-kebaikannya.html#ixzz2KfkXJrZc


Tentu ada sebab kenapa Nabi minta kita ingat makanan sunnah macam ni. Alhamdulillah kita ada kawan yang saling mengingatkan tentang penjagaan kesihatan dan mengutamakan makanan sunnah.

Habbatus Sauda, bijirin hitam.

Saya punya, Sabit Banani Bijirin Hitam. Emak mertua belikan dan bawakan ke Australia semasa kunjungannya ke sini. Terima kasih emak!!

Khasiat habbatus sauda : Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:1



.Antiinflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.

2.Antiarthritis, mengubati reumatik.

3.Analgesik, mengubati sakit gigi dansakit kepala (migrain).

4.Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu

.5.Antiseptik, mengubati bau mulut.

6.Antivirus, mengubati demam dan flu

7. .Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim

.8.Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal

.9.Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.

10.Gastrointestinal tract , mengubatimabuk, diare, kejang konstipasi, danempedu.

11.Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.

12.Nematocidal, mengubati cacing pita.

13.Respiratory tract , mengubati sesak nafas (asma).

Beberapa kebaikan dan khasiat habbatus sauda .



Tuesday, February 12, 2013

1st Birthday Nur Aina. 2012-2013.


Happy birthday, Nur Aina.

Baru sempat muat naik gambar hari lahir Aina yang sepatutnya, 11 feb 2013.

Masih terasa lagi baru keluar dari labor room. :))

Doa mummy agar Aina senyiasa dalam redha Allah SWT. Bahagia di dunia danndi akhirat...

Mummy and Daddy loves you, Aina.

Kek : baby cheese cake with fruit! Yummy!!

We celebrate Aina's birthday at home and the special day just for us.

Wednesday, February 6, 2013

Early Learning : Bagaimana ajar anak sukakan makanan

Our eating habits are established at a very early age and the more foods we are exposed to during this formative time the more diverse our diet is later in life. And so, the experiences a child has in an early childhood centre may be extremely influential in laying down foundations for a lifelong healthy relationship with food. With this in mind the Australian Avocado industry has funded the development of an early childhood food learning resource for educators to use with children aged 3 to 5 years entitled 'Eating My Colourful Vegies and Fruit'.

Eating more vegetables and fruit is recognised as an easy and effective way to improve our health and yet it's known that a quarter of children between the ages of two and four eat very few vegetables or fruit! 'Eating My Colourful Vegies and Fruit' has been created for early childhood educators to assist with guiding and encouraging children's food preferences in fun and positive ways. The resource includes lots of experiences with vegetables and fruit which help educators and children to understand that everyone's food preferences change and that it is easy to learn to like new foods



Through sensory food exploration, investigation and preparation, the 'Eating My Colourful Vegies and Fruit' resource also supports children's language development, food literacy, science discoveries and social skills.'Eating My Colourful Vegies and Fruit' is a multi-faceted educational program that includes practical support for participating early childhood centres.


There is a comprehensive educator's booklet supported by colourful and engaging resources including posters, colour swatches, food finder, songs and child-friendly recipes.Please note that this program is intended for childcare and long day care centres with children aged 3 to 5 years. If you have any further queries, please contact earlychildhood@avocado.org.au.


Copy paste this info from http://www.avocado.org.au/EarlyLearning/

Saturday, January 26, 2013

SITI HAJAR, rentetan sakaratul maut untukmu, menginsafkan kami!!

Assalamualaikum semua.

Saya terpanggil untuk membaca sebuah cerita kehidupan yang sebenarnya saya tidak pernah tahu ada berita ini di tanah air.

Allah...Allah. Mati itu benar. Semua orang akan melaluinya.

Bagaimana? Itu kita tidak pasti. Tapi, yakinlah. Berkat amalan, pasti yang indah indah sahaja.

Air mata tak henti mengalir. Semoga Siti Hajar tenang di sana. Kami menyusul... terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang tidak ternilaikan dengan mata wang, emas atau segala apa jenis kekayaan dalam dunia. Kekayaan mu, wahai sahabat, lebih bermakna.

__________________________________________________________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .                                    

Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basa
h tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginyan

Thursday, January 24, 2013

how to make homemade playdough

How? Come, we leran how to go natural :

I copied this recipe from this website :

Now, we can start make our very own play-doh!!

Cooked playdough recipes

Everyone seems to have a favorite playdough recipe, and many old favorites have been included here. Some require cooking and some don't; some are meant to be eaten and some are not. Choose the recipe that best suits your needs and the ingredients you have on hand. Store playdough in a covered container or Ziploc bag. If it sweats a little, just add more flour. For sensory variety, use playdough warm or cool as well as at room temperature.

Colored Playdough
Materials

1 cup water

1 tablespoon vegetable oil

1/2 cup salt

1 tablespoon cream of tartar

Food coloringSaucepan

1 cup flour

Directions

Combine water, oil, salt, cream of tartar, and food coloring in a saucepan and heat until warm.Remove from heat and add flour.Stir, then knead until smooth. The cream of tartar makes this dough last 6 months or longer, so resist the temptation to omit this ingredient if you don't have it on hand.Store this dough in an airtight container or a Ziploc freezer bag.

Sunday, January 13, 2013

cloth nappy for newborn

Lebih baik pakaikan lampin untuk bayi newborn daripada pampers pakai buang.

Please, go green. Sayangi bumi kita. Sayangi kulit sikecil.