Friday, March 30, 2012

Nur Aina : 50 hari, Passport Malaysia, Aina nak terbang!




Alhamdlillah, Nur Aina dah genap 50 hari. Check up di USQ Clinic, Aina sudah 3.44kg dan Aina 50cm panjang. :)

Syukur, ruam susu pada pipi Aina pun dah semakin baik.

Mommy pula sedang buat eksperimen makanan, makanan mana yang Mommy tak boleh makan, takut Aina sakit sekali.. Semalam mommy cuba makan mihun, Alhamdulillah, semua okay...

Aina masih belum muat nak pakai baju cantik2.. Hari-hari Aina pakai rompers.. Tak sabar nak lihat Aina pakai skirt! Ha ha.. sure cute!

Selepas ke clinic, Aina ke Pejabat Post USQ pula nak ambil gambar Aina untuk passport Malaysia. Aina nak g jalan tau...Sebab tu Aina nak buat passport cepat..:)

Mommy jeles dengan Aina, kecik-kecik dah nak naik flight.. huuuu...


**Masih ramai yang minta gambar AIna... Maaflah..saya malas sangat nak upload..:((

Friday, March 23, 2012

Nur Aina : 40 hari



Nur Aina sudah 40 hari! Alhamdulillah, Aina sihat dan makin sihat. Aina get ready nak guna BabyBJorn! Yea!!!

http://www.babybjorn.com.au/about-us/close-to-heart/

Tuesday, March 20, 2012

Berpantang: 40, 60 100 hari?

Mengapa perlu berpantang hampir 100 hari?

Faraj, vagina, bagi mereka yang bersalin secara vaginal birth, sememangnya digalakkan untuk berpantang selama 100 hari untuk memastikan bahagian tisu faraj yang lembut dan terluka saat bersalin, kembali sihat dan kuat untuk menerima tusukan penis. Risau terluka dan jahitan sakit kembali membuatkan ramai yang bersetuju untuk berpantang selama 100 hari. Di harap para suami bersabar. Ini adalah kerana aspek kesihatan.

Kalau sayang isteri, pastikan isteri benar-benar sihat, okay!

Kemudian, pantang makan, seorang rakan Indonesia beritahu saya bahawa, wanita Indonesia tiada pantang dalam bab makanan. Mereka diharuskan makan sebanyaknya untuk berikan khasiat kepada bayi.

Lain pula wanita malaysia yang kaya dengan pantang larang makanan selepas bersalin. Termasuklah saya yang hanya makan sup dan ikan bakar dalam pantang. Tapi malam tadi, saya bedal Nando's dan kelmarin, saya dan suami makan nasi beriyani.. Ha ha

Ada juga orang pesan dengan saya, anak sulung jangan pantang sangat, supaya anak kedua dan seterusnya nanti, senang nak jaga makan..

Apa yang penting, jangan makan benda berangin ataupun sejuk... Pilihlah yang terbaik demi kesihatan.

Senaman selepas bersalin : kak Siti Tweed Heads, NSW, Australia

Setelah pergi berurut dengan kak siti, ada beberapa cara senaman yang kak siti ajar.

1) gerakkan kaki, (tapak kaki) mengikut arah jam dan lawan jam, 10 kali. Sampai rasa tegang pada peha dan betis.

2) Angkat kaki, tinggikan lutut. Sengetkan lutut ke kiri dan ke kanan, sehingga berasa tertarik pada pinggul lakukan 10 kali setiap belah.

3) Senaman kegel, (kemut)
tahan nafas setelah mengemut, lakukan perlahan-lahan. kemudian lepaskan. lakukan 10 kali juga. Jangan kemut sehingga menarik perut. Itu kegel yang salah.

4) Angkat kaki, tinggikan lutut. Kemudian, angkat punggung perlahan-lahan sehingga terasa tegang pada perut. Angkat setinggi yang boleh. Jangan paksa diri.

**Lakukan semua senaman ni setiap hari, selepas bersalin. Pastikan dapat bentuk badan seperti masih anak dara, ay! :))

Monday, March 19, 2012

Perjalanan Jauh Pertama Nur Aina, Mommy dan Daddy



Perjalanan jauh pertama Nur Aina


Sabtu, 17 Mac, kami sekeluarga berkesempatan menyeberang sempadan Queensland dan New South Wales (NSW) semata-mata nak berurut dengan Kak Siti.

Kak Siti, seorang calon Ph.D yang juga boleh mengurut wanita2 dan gadis2 yang mengalami sakit-sakit badan ataupun urutan lepas bersalin di luar negara.

Selain mengeratkan silaturrahim antara Melayu Islam Malaysia, serta sekadar mencari sedikit wang poket, mungkin.

Seronok dan teruja, Nur Aina tidur di dalam baby capsule, dari mula perjalanan, sampailah ke destinasi. Penat agaknya. Inilah perjalanan jauh Aina yang pertama. Selalunya Aina hanya ke klinik sahaja. Walaupun masih dalam pantang, kami gagahkan juga untuk menikmati perjalanan ke Tweed Heads yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Toowoomba.

Mengenali Kak Siti, Abg Ujang , Amar dan Shafiq sangat mengujakan. Keluarga yang harmoni, ramah serta baik hati. Kak Siti juga wataknya sangat peramah dan lembut.

Amar, anak kak Siti (ejaan nama tak tahu macam mana) sangat mesra dan petah berkata-kata, umurnya 3 1/2 tahun kalau tak salah.

Mengurut dengan kak siti selepas bersalin, banyak petua yang sudah kak siti kongsikan dengan saya. Akan saya catatkan dalam entri yang berbeza. (ENtri ini untuk menceritakan silaturrahim Melayu Islam, Malaysia, Singapore, Indonesia di Gold Coasts, Tweed Heads.)

Setelah bermalam di rumah Kak Siti, rupa-rupanya kak Siti kenal dengan Kak Ros yang suatu ketika dulu, kami (Saya dan suami serta baby masih dalam perut, Kak Isma sekeluarga dan Kak SHira sekeluarga) pernah bermalam selepas mandi laut.

Kak Ros menyampaikan invitation seorang rakan Malaysia yang sudah menjadi PR Australia, untuk ke rumahnya, untuk menghadiri majlis kenduri aqiqah anak lelakinya yang baru berumur 60 hari (hari ini). Tak sempat bertanya nama baby boy tu. Tetapi nama ibu dan ayahnya ialah Liz dan Dr. Rahim (kalau tak salah, saya dengar nama tuan rumah yang disebut)

Kami ke rumah Liz dan Dr Rahim pada hari Ahad, 18 Mac, memenuhi jemputan mereka dan sekaligus bersedia untuk pulang semula ke Toowoomba.

Sebaik-baik sahaja sampai di Varsity Lakes, (kawasan rumah mereka yang kelihatan sangat mewah! Mungkin kawasan orang-orang berada) kami di sambut oleh Dr Rahim (kalau tak salah nama tuan rumahnya, ya!) di depan pintu pula Liz, dengan baby boy.

Kami dijemput masuk dengan ramah. Habt, pertalian saudara Islam, Malaysia, awalaupun jauh di rantau, masih erat, walaupun tidak saling mengenali pada awalnya.

Di rumah Liz dan Dr Rahim, antara tetamu yang sudah saya kenali ialah Kak Ita, Kak wati, dan seorang lagi yang sedang mengandung saya lupa namanya, tapi mungkin Zeti.

Seorang wanita Arab, seorang wanita kacukan India or Pakistan, dan ramai anak kecil yang sangat comel, gebu dan montel (anak Kak Ita, Alisya, sangat comel!)

Saya tidak sempat mengambil alamat, no telefon atau alamat laman ruang kenalan Internet dengan mereka. Tetapi apa yang pasti, kenangan bersama mereka semalam, walaupun singkat, memberikan satu kesan dalam diri saya.

Walaupun hidup berjauhan dengan saudara darah daging, masih ada saudara se-islam, se-negara, se-budaya yang masih sudi mengeratkan silaturrahim dengan kami tiga beranak yang baru menapak dalam kehidupan bermasyarakat.

Pada mulanya, malu dan segan, tak kenal dan macam-macam lagi. (MAsih mood remaja, malu nak kenal orang) ha ha..

**Rupa2nya bila saya ke sana , dengan suami dan anak, saya sudah dapat rasakan, saya seorang wanita. Bukan lagi budak perempuan!

Thursday, March 15, 2012

Nur Aina : 31 hari, 3.1kg!

Wah, semalam ke klinik, Aina sudah berumur 31 hari dan semalam juga, nurse Karen timbang Aina, Aina sudah 3.1kg..

Pipi Aina sudah gebu..
Dagu Aina sudah berlapis..
Peha Aina sudah nampak berisi...

Syukur Ya Allah, Aina sihat, Aina gain weight, berkat susu mommy...

Cepat besar sayang, Mommy nak dengar suara Aina panggil momm, daddy.. :(





**Aina dah nampak bayang-bayang mommy dan mata Aina sudah alert. Bila mommy ke tepi, anak mata dan kepala Aina turut ikut!

Pencapaian terbaik Aina, berumur sebulan!

Monday, March 12, 2012

Nur Aina : 30 Hari! (^___^) Happy Birthday Our Little Gorgeous!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Aina sudah berumur sebulan hari ini. Aina dah pandai, tak mahu diletak, mesti nak tidur dan di dodoikan dahulu. Kalau dulu, Aina pandai tidur sendiri. Letak sahaja, terus tertidur.

Alhamdulillah, saya dan suami mampu mengharungi kehidupan baru selama sebulan yang mencabar ini. Dengan hospital, ke klinik yang perlu diulang seminggu sekali, sakit jahitan bersalin, sakit-sakit badan, Aina tidak mahu tidur awal malam. Semuanya sangat menguji kesabaran.

Aina, cahaya mata mommy dan daddy, cepatlah besar, Love. Mommy rindu nak dengar Aina sebut 'mommy, daddy'.. :)

Ya Allah,
Terima kasih atas anugerah-Mu
Syukur, semuanya normal dan positif,
Kami mohon,
murahkan rezeki kami,
lapangkan dada kami,
mudahkan urusan kami menguruskan amanah-Mu ini Ya Allah!

Syukur, Alhamdulillah Ya Allah,
selama sebulan ini, kami masih dapat bertahan dan kuat,
Bantulah kami terus, Ya Allah.
Menjadi ibu dan ayah,
ternyata bukan jawatan yang mudah.
Tunjukkan kami jalan untuk mendidik Aina menjadi muslimah solehah.
Jauhkan Nur Aina daripada sebarang kecelakaan, kemudaratan, kesempitan.

Sihatkan Nur Aina, Ya Allah.
Jadikan Nur Aina cahaya bagi kami, sebagaimana kami namakannya, NUR AINA.



Selamat hari lahir sebulan, Love.

Mommy daddy sayang Aina!

Thursday, March 8, 2012

Nur Aina : Ya Allah, bantu aku mendidik Nur Aina.



Berkali-kali saya diajukan soalan, mana gambar Aina? Mana gambar baby? Mana gambar anak? Bila nak upload?


Maaf, maaf, maaf, hanya ungkapan maaf dan tunggu sahaja yang dapat saya jawab. Saya tidak berniat hendak sorokkan anak saya. Anak saya sihat, baik dan Alhamdulillah, sempurna.

Cuma , saya tidak rasa menunjukkan gambar anak saya di ruang maya itu satu jalan terbaik. Saya perlu tapis mana-mana yang perlu berkaitan diri, anak, suami dan keluarga daripada dipaparkan sewenang-wenangnya ke dalam alam maya.

Saya mahu ajar anak saya supaya "Jangan ghairah upload gambar dalam Internet, love"

Anak saya perempuan. Saya perlu didik dia dari awal.
Saya tak mahu anak saya jadi macam saya.
Saya mahu anak perempuan saya jadi gadis yang terhalang sesuatu (agama), bukan bebas.

Saya tahu saya belum tentu berjaya. Tapi apa salahnya saya mencuba mendidik anak saya, sejak dalam kandungan, hingga dia membesar, jadi anak dara.

Dunia semakin maju, moden. Saya sangat risaukan kehidupan anak saya... Saya takut. Saya mahukan yang terbaik demi anak saya. Tentu juga suami.

Ya Allah bantulah aku mendidik Nur Aina. Aku mahu yang terbaik. Jadilah muslimah yang ditutupi. Aurat dan keseluruhannya dijaga dengan baik. Amin..Amin...

Bukan saya mahu bangga dengan menyorokkan anak yang baru lahir.. Ucapan tahniah boleh anda ucapkan tanpa ucap pada gambar Nur Aina. Doakan Nur Aina jadi muslimah solehah, tahu batas-batas pergaulan, alam maya dan dunia luar...


**Gambar saya juga sudah lama saya tidak paparkan di Internet. Saya mahu simpan semuanya untuk suami. Semua untuk insan bernama SUAMI.


Umur 24 hari, mommy cukur kepala Nur Aina



Rambut Nur Aina selepas mommy cukur. Semoga tumbuh rambut yang sihat dan cantik untuk anak mommy dan daddy. Jangan lupa, nanti pakai hijab, ya , Love!


ALhamdulillah, hari ini hari khamis, tapi selasa yang lalu mommy sudah cukurkan kepala Aina. Walaupun pada mulanya rasa tak yakin, lepas telefon opah di kampung, mula rasa yakin untuk cukur Aina.

Mula-mula mommy mesin rambut Nur Aina untuk pendekkan dan mudahkan bercukur nanti. Kalau rambut panjang, tersekat pada pisau cukur, proses jadi lambat.

Mommy ambil mesin rambut daddy, then mesin rambut Aina. Aina diam je. Maybe Aina pelik, benda apa yang tengah berlegar-legar atas kepala ni?? Heeee

Daddy pun balik dari office. Daddy terkejut tengok Aina dah botak halfway.. he he, Mommy cadang nak minta tolong daddy pegangkan Aina sebab mommy berani nak cukur... Daddy seram sebab kepala Aina masih lembut, (kulit kepala, bukan kepala).

mommy dah biasa tengok Atuk Trolak cukur rambut sepupu-sepupu Aina yang lain, so, mommy berani la juga nak letak pisau cukur yang tajam 4 bilah ni atas kepala Aina...

Mula-mula mommy ada idea, guna minyak baby oil dekat rambut Aina. then, mommy try letak pisau cukur, tarik... Erkk!!! Melekat! Nyaris bukan kulit kepala Aina.. huuuu...Sorry, love...

Daddy pun jadi seram, 2-3 kali mommy try, alamak, tersekat la! Tak bolehhhh... Daddy cadang mesin je rambut yang halfway ni, ala, kalau mesin, tah habis sampai kulit kepala. So, mommy cakap, tak apa. Stop rehat jap nak fikir solutions...

Daddy pun banyak kerja, so , daddy pergi office semula. Mommy pun bosan, Aina dah bangun, Aina lapar, mommy bagi susu, Aina tertidur.

Mommy ada idea, call opah lagi! Tanya opah, macam mana nak cukur ni? dah halfway dah ni, buruk la kalau tak cukur...

Opah cakap guna syampu, sabun, or apa-apa yang licin.. Errr...mommy cakap, laa...camtu ke..senangnyaaaa...

So, lepas end the conversation, mommy pun ambil Johnsons Baby Top to Toe syampu Aina, then rub on Aina's hair. Mommy baca doa macam-macam dah ni, try zap pisau cukur....

Zap! Fuh!!!! legaaaa....satu side siap! Aina elok je tdo atas riba mommy. Tak terjaga pun dia even syampu tu sejuk kena kepala. Dalam fikiran mommy, Allah SWT mudahkan urusan mommy, nak buat benda baik.. Rambut bayi sunat dicukur, supaya tumbuh rambut yang lebih kuat dan tebal. Rambut dari dalam rahim, tak berapa sihat. Lama kelamaan akan gugur dan akan jadikan kepala seseorang itu kurang rambut or agak botak (rambut nipis)> Ada hikmah kenapa Islam anjurkan sunat bercukur.. Kan???

2 jam mommy godek-godek kepala Aina..

Siap akhirnya pada 1730hrs.. huhhh.. lenguh.. Tapi mommy rasa bangga sebab mommy cukur rambut anak mommy sendiri..

This is the historical event in mommy's life... Mommy akan cerita semuanya selepas Aina mulai faham.

**Aina dah pandai guna komputer nanti, boleh buka blog mommy, okay, Love?

Thursday, March 1, 2012

Susu untuk Nur Aina

Sabda baginda s.a.w: Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan. Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah. Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan memperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati. Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya. Dan ia berkata: “Dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”.


Ya Allah, permudahkanlah urusanku demi anakku, sihatkan aku dan suamiku demi anak kami, murah dan mudahkan rezeki kami demi anak kami.

Ya Allah, jika malam-malam sebelum ini aku bersungut perlu bersengkang mata menyusukan Nur Aina, ampunilah aku. Janganlah ditarik pahala yang sepatutnya.

Ya Allah, jauhkan kami daripada sebarang kesulitan...

Amin..Amin...

1 mac. 2 bulan sudah berlalu 2012- Nur Aina, buah hati cahaya mata cinta mommy daddy

Hari ini ada appoinment dengan nurse di USQ clinic. Nak timbang Aina.

Alhamdulillah, Aina dah 2.6kg. Dah besar anak mommy dan daddy. Aina kuat minum susu, sebab tu Aina cepat besar, kan?

Nur Aina Bt Abdul Aziz, nama yang ringkas, sedap disebut, dan ada yang kata cute je nama. Ada yang tanya, Nur Aina sahaja?

Ya, saya jawab.

Mungkin bagi yang bertanya, agak pelik pada masa kini, kami namakan anak kami dengan nama yang seringkas itu. Tak macam orang lain, hampir 3-4 patah perkataan dan susah untuk disebut. Alih-alih, disebut nama ringkas atau nama manja, yang hilang terus maknanya..., tidak berguna nama yang panjang itu andai tidak dipanggil sepenuhnya, dengan maksudnya.

Nur Aina,

buah hati mommy dan daddy. Bila baik, mommy pun senang hati, bila Aina tak mahu tidur, daddy pun pening sekali... :)

Lumrah beranak kecil. Cepatlah Aina besar... Mommy dan daddy sayang Aina. Buah hati, cahaya mata cinta kami...