Thursday, September 29, 2011

Hujan Musim Bunga

Buat tatapan Humaira.

Apa khabar? didoakan agar selalu sihat dan ceria.

Hari ini sudah hari ke 29 dalam bulan September. Sejak semalam, cuaca mendung bertali arus sehingga ke hari ini lalu hujan dimuntahkan, tanpa henti sejak Subuh tadi. Mata ini masih belum mengantuk walaupun waktu Subuh masuk sangat awal, kira-kira jam 420am. Di Malaysia, sudah tentu enak diselimuti selimut tebal jam 2pagi. :)

Humaira,

Terbaca kisah seorang rakan penulis yang kini berhijrah ke Kota Madinah. Masih ingat kota haram yang kita pergi dahulu? Indah dan sangat tenang. Nyaaman, bukan? Teringat akan cerita abah, bahawa, penduduk Madinah, sikapnya lebih lembut daripada penduduk Makkah. Benar, setelah saya sendiri yang mengalami perkara itu, penduduk di Madinah jauh lebih lembut daripada penduduk Makkah.

Kata abah, penduduk Madinah terikut dengan sikap Rasulullah SAW yang sangat lembut dan penyayang. Lihatlah penduduk Makkah, bagaimana layanan mereka terhadapa Rasulullah SAW ketika zaman mereka?

Entah kenapa, terusik hati ini untuk mengenang kisah kehidupan selama 2 minggu di Madinah dan Makkah. Indah tidak ada ungkapan lain selain indah.

Jiwa yang tenteram walaupun begitu berat dosa yang ditanggung untuk diampunkan oleh ALlah SWT. Entah agaknya kini sudah diampunkan atau belum?

Humaira, jiwa rasa tenang selepas bernikah dengan abg. Jiwa semakin tenteram. Inilah hikmahnya perhubungan yang halal. Benar kata para penceramah. Hubungan yang halal itu lebih baik daripada haram. Lebih tenang.

Cuaca makin mendung dan hari ini ALlah menguji kami lagi. Brek kereta pula mengalami kerosakan. Semoga ada hikmah disebalik setiap kejadian ini.

No comments:

Post a Comment