Thursday, March 24, 2011

Susahnya untuk Bangun Awal Pagi.

Seronoknya diulit mimpi.
Bahagianya apabila tidur tiada yang mengganggu.
Selimut tebal menutupi badan dan haba panas suam yang damai.
Tidur semakin lena, biarpun azan berkumandang nyaring dilaungkan oleh Bilal
di masjid-masjid (tiada azan bagi yang tinggal di Luar negara).

Terlalu banyak hikmah untuk bangun
pada awal pagi. Terlalu banyak rahsia Subuh yang telah Rasulullah SAW ceritakan. Hikmah mandi pada awal pagi, menyegarkan minda dan merangsang pemikiran.

PAda awal pagi, minda jadi tenang. Tiada hiruk pikuk manusia. Kerana apa?
Kerana semua insan tidak mahu bangun solat Subuh, bagi yang Islam. Bagi yang bukan Islam pula, betapa pagi itu sangat indan jika dihiasi dengan tidur yang lama dan 'sempurna!'.

Kekesalan sewaktu bangun lewat sering terjadi pada diri yang hina ini.
Menjadikan keluhan "Lewat lagi!" itu sebagai penghias
dan kata-kata pertama yang keluar dari mulut yang Allah SWT kurniaan. Betapa naifnya diri ini. Tiada ungkapan ALhamdulillah, "Aku masih hidup sehingga pagi ini!"

Sukarnya untuk bangun pagi dan menunaikan solat Subuh!
Biarpun jam sudah diset. Penggera telefon bimbit diset setiap lima minit!
Semuanya aku padam demi memastikan pagi tidurku tidak terganggu.
ENtah apa, manusia memang selalu rasa tidak cukup!
Biarpun sudah lebih enam jam tidurnya, masih belum merasa puas. Inilah manusia...
Inilah aku.

Entah bila diri ini mahu sedar,
bahawa dunia ini sementara.
Akan nanti tiba waktu tidur yang sangat lama,
dikejutkan oleh malaikat yang hadir untuk menyapa
betapa kufurnya diri sewaktu di dunia!

Bila sampai waktu tidur yang lama itu...
Pasti, rasa cukup juga masih belum ada!

No comments:

Post a Comment