Friday, August 26, 2011

Pregnancy Craving! Now, it's end [maybe]



Terima kasih buat suami tercinta. Sebab izinkan kita sekeluarga [+ baby in my tummy] untuk balik ke kampung.

Actually, nak renew passport. By then, we all pilih untuk renew di Malaysia supaya saya boleh hilangkan rindu dan mengidam teruk nak makan macam-macam yang ada kat Malaysia. Itupun masih ada yang terlupa nak makan. Maklumlah, bulan puasa. Dapat makan malam je. Masa yang pendek dan akhirnya balik semual ke Australia, baru teringat, saya belum makan cempedak goreng!!!

Aiyooo!! Kat manalah nak cari cempedak goreng di Oz ni. Alamatnya, tak makanlah. Tak apalah kalau macam itu. Mungkin ada kebaikannya kenapa saya benar-benar terlupa tentang cemepedak goreng tu.

Balik ke kampung, mulanya, saya hilangkan mengidam makan masakan mak mentua, ikan salai masak lemak. Makanan orang Indonesia, mungkin. Ikan salai tu, macam ikan kering. Tapi tak masin. Sedap juga. Kena dengan tukang masaknya, maybe, Kalau orang melayu yang masak, tak sedap kot.

Suami ke bazar Ramadhan dengan saya di Tanjung Malim. Saya suka sangat kuih Seri Ayu dan Cara Manis. Beli untuk berbuka. Sedap. Hilang lagi mengidam saya untuk kuih.

Selesai masa di rumah mentua, saya dan suami berangkat ke rumah mak dan ayah saya pula. Saya sudah pesan awal-awal kepada kakak dan angah saya, bawaha saya mahu masakan mereka. Angah pandai masak sup, sebenarnya. Tapi saya cancelkan menu itu sebab saya masih belum boleh lihat daging. Mak mentua masak daging pun, saya jadi mual. Jadi cancel sup daging. Kakak pula sangat hebat masak tomyam. Disebabkan saya tak boleh makan daging dan ayam, saya minta kakak masakkan Tomyam Seafood untuk saya.

Saya nak yang pedas-pedas. Syukur, dapat juga. Saya rindukan masakan emak. Saya minta emak masak macam-macam. Niat saya bukan hendak susahkan emak. Tetapi kerinduan buat saya tidak mahu memasak. Saya mahu air tangan mereka. Kakak dan angah, sejak jam 12 tengah hari sudah masuk dapur! demi memasak untuk saya yang mengidam masakan mereka. Saya bersyukur ada adik beradik yang memahami dan saling menyayangi.

Khamis pula, abang saya pulang. Saya minta dia belikan air asam boi. Sedap dan masam. Tapi macam biasalah, kalau di bzar, air bukan sedap sangat. Maaf, ya peniaga air di bazar. :)

Khamis juga, saya ambil kesempatan dengan suami ke pekan terdekat untuk beli kuah rojak buah. Malangnya, tak dapat dan terlupa nak bawa ke Australia.

Saya ke rumah ibu angkat USM. Wak Som dan Wak Amat sihat-sihat sahaja. Rindu dengan bingka sawit, jadi saya minta ibu angkat saya buatkan bingka sawit untuk saya. Banyak! Saya cuma makan 2-3 potong sahaja. Saya sudah menyusahkan orang lain demi kehamilan ini! Mengada-ngada!!

No comments:

Post a Comment