Sunday, August 15, 2010

Makcik itu sedang mencari Iman :(


Gambar inis aya ambil ketika saya berada di Multazam, sedang menunggu tibanya waktu solat asar, maghrib dan isyak. Kelihatan wanita itu sedang menangis sambil berdoa matanya memandang Kaabah. Saya hati walaupun saya tidak memahami apa doanya, saya tahu, doanya tentu menyesali setiap perbuatan selama ini. Lupa pada yang Hakiki!"






Ramadan sudah berlalu 4 hari!
MAlam ini ialah malam kelima Ramadan. Tak sangka, anda semua sudah menang sehingga hari yang kempat.

Rasanya, sudah ramai anak-anak yang diajar untuk berpuasa. Menunaikan antara rukun kehidupan sebagai umat Islam. Tetapi sedarkah kita, dalam emnunaikan puasa, masih ada lagi yang belum berpuasa?

Contohnya,
*mata
*hidung
*mulut

dan semua anggota badan yang lain, yang boleh berbicara sama ada secara monolog ataupun nyata.

Ketika saya dalam perjalanan ke ***** saya bertemu dengan seorang wanita, beragama Islam, kelihatannya sedang berjalan mencari seseorang.

Saya tersenyum kepadanya, walaupun ketika itu saya sedang membaca, masih saya luangkan sedikit masa memerhatikan wanita yang kelihatan mundar-mandir mencari seseorang. Setelah saya hulurkan senyuman, saya dibalas dengan senyuman juga.

Alhamdulillah, saya dan dia sudah bersedekah.

Lantas, wanita itu mendekati saya.

"Buku apa yang adik baca?" tanya wanita itu.
"Saya baca ini" lantas saya tunjukkan kepada wanita itu apa yang sedang saya baca.
"Wah..., bagusnya adik! Muda-muda lagi rajin membaca ini... Khatam berapa kali?" tanya nya.

"Saya tak ingat, cik...," jawab saya sambil tersenyum.
Lalu saya memberanikan diri bertanya kepada mak cik (mungkin kerana wajahnya kelihatan agak tua sama seperti ibu saya)

"Mak cik cari siapa? sejak tadi saya lihat mak cik mencari-cari seseorang"

Pada mulanya dia gusar untuk menjawab. Kelihatan sangat dan agak berat. Jadi saya hanya lemparkan senyuman sebagai tanda, tidak mengapa jika mak cik tidak mahu menjawab soalan saya. Saya tahu ia soalan yang agak klise.

"Oh, mak cik sedang tunggu suami mak cik,"
"Di mana janjinya hendak bertemu dengan pak cik?"
"Bukan hendak bertemu, dik! Mka cik nk perang!"
"Hmmm?????"

Agak terkejut setelah saya mendengar jawapan mak cik itu.

"Dik, dalam itu..., ada doa apa untuk suami tak?"
"Saya tak tahu, mak cik..."
"Mak cik dah serik dengan suami mak cik yang tak sudah-sudah nak kahwin lain!"

Saya terkesima.
tanpa soalan yang selanjutnya, mungkin , mak cik ini kelihatannya percaya kepada saya. Tanpa tanya, dia memuntahkan sedikit ceritanya kepada saya.

"Suami mak cik suka lihat perempuan muda. Hobinya melihat gambar yang lucah! Dan dia juga berniat ingin kahwin lagi. tetapi mak cik tidak benarkan kerana dia mahu mendirikan masjid dengan duit yang telah dia menang dengan perjudian nombor ekor! Mak cik tidak mahu menanggung smaa dosa yang dia lakukan. Malam tadi, dia tidak pulang ke rumah! Sudah puas mak cik mencari di mana suami mak cik. SUdah mak cik tanyakan kepada rakan serta kenalannya yang dapat mak cik jumpa, Jawapn mereka, mereka hanya tahu, malam pertama Ramadan, suami mak cik minum arak di sebuah kelab terkemuka. Walaupun miskin, suami mak cik ada wang untuk ke sana. MAk cik tidak sanggup tanggung dosa dik. Mak cik mahu bantu suami mak cik kembali ke pangkal jalan."



Denagn linangan air mata saya mendengar setiap butir penceritaan mak cik itu kepada saya. Saya tidak tahu apa jawapan yang patut saya tanya dan patut saya beri.

Akhirnya saya memberi cadangan,

"Berdoalah mak cik! Hanya dengan doa adalah selemah-lemah manusia untuk mengubah sesuatu kemungkaran. Saya juga masih muda. masih belum tahu apa itu kehidupan. "

Mak cik itu tersipu-sipu malu dengan saya. Saya hairan, mengapa?

"Doa itu bagaimana, dik"

"Macam-macam cara, mak cik. SOlat dan baca Quran selalu dalam solat, doalah agar suami mak cik berubah...,"

Kataku sambil tersenyum.

"Dik... mak cik tidak pernah solat dan tidak tahu baca Quran!"

Kali ini kali entah ke berapa saya terkesima dan terkedu!
Masha' ALlah...
masih ada umat Islam yang tidak pernah solat sepanjang hayatnya dan tidak pernah Iqra'.

Tidak ada yang lain dalam hati saya, melainkan saya berdoa supaya mak cik itu bebas daripada benteng kemudaratan ilmu agamanya. BUkanlah mahu menolak qadar Tuhan bahawa yang tua akan mati dahulu, Tetapi mak cik, yakinlah hayat mak cik sudah sampai ke penghujungnya, Bila lagi mahu menyembah Tuhan yang Esa?

Sampai bilakah mahu hidup bergelandangan menjadi hamba abdi kepada wang ringgit?
Wang tidak boleh dan tidak dapat kita gunakan untuk membeli iman...

Percayalah, Mak cik itu terus berlalu... wajahnya tidak memberi sebarang hiasan manis kepada saya. Adakah masih ada tempat untuk dia mengadu dan bertaubat kepada ALlah Ramadan ini???


" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

No comments:

Post a Comment