Tuesday, August 31, 2010

10 Malam terakhir Ramadan

Ramai orang yang bertanya kepada saya , "Lyn, start malam ni malam 10 terakhir Ramadan, kan?" lalu aku hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa hatiku hancur luluh setelah mendengar persoalan mereka. mereka hanya menunggu 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan untuk terus memulakan ibadat. Padahalnya, ibadat yang perlu dilakukan 5 kali sehari semalam, mereka endah tidak endah sahaja.

10 malam terakhir Ramadan.


Entah kenapa aku juga turut menantikan 10 malam terakhir Ramadan. Tetapi aku menantinya khas untuk malam yang tenang supaya aku mudah menyiapkan kerja-kerjaku. Aku sangat berharap dengan kehadiran malam yang berkat itu, kerjaku terus menerus diterima. Aku dapat rasakan betapa semua orang menantikan 10 malam terakhir. Aku juga. Tetapi aku tidak mahu terlalu mengharapkan kerana aku tahu, bukan mudah bagi insan yang kurang imannya seperti aku ini untuk bertemu dengan malam itu. ternyata ibadat zikrullahku aku teruskan seperti biasa. Semoga dengan sebutan nama Allah pada saat-saat yang diperlukan itu akan terus diangkat malaikat dan dibawa bertemu Maha Pencipta.


Wahai Tuhan...,
hanya kau yang memahami apa perasaanku sekarang. terlalu dingin rasanya hati ini terhadap dunia. Benci!
Ya! Aku benci akan dunia yang selalu sahaja menipu manusia. Khayalannya indah. Tetapi tidak seindah yang aku sangka.


Allah telah merahsiakan malam lailatul Qadr. mengapalah ALlah rahsiakan. Kalau tidak tentu semua umat manusia akan berkejar-kejar mahu menanti malam itu. Malam itu tentu semua orang akan terus berdoa. Tetapi... dalam 365 hari hanya ada 1 malam sahaja malam lailatul Qadr...

sukar bukan? Malam itu juga malam yang berbeza bagi setiap negara di dunia ini. bukan semua dunia mengalami waktu malam yang sama. tentunya malaikat sedang bekerja keras menerima perintah Allah untuk turun ke Bumi dan mengangkat doa-doa kita yang lemah ini untuk diberikan kepada Allah SWT.

Malulah kita, wahai semua umat manusia. JIka apa tuntutan Allah tidak kita jalankan tetapi sebaliknya tiba-tiba pada malam itu kamu mahu meminta semuanya daripada Allah, fikirkanlah kembali, layakkah kita?

Allah minta, tidak pernah kita beri. Sebaliknya kita memaksa ALlah supaya memberikan apa yang kita kehendaki. Sememangnya Allah itu Maha Pemberi, tetapi Allah juga Maha Penyiksa, jika tidak menepati apa kehendakNYA tentulah sahaja akan mendapat siksa Allah di Akhirat kelak! "


Wallahu'alam...

wassalam!

No comments:

Post a Comment