Wednesday, November 3, 2010

Kepulangan yang dinanti....





Rasanya ada banyak kepulangan yang dinanti dalam dunia ni...
Kepulangan suami,
kepulangan anak,
kepulangan isteri
kepulangan ibu dan bapa...

Ada masanya kepulangan itu sangat dirindui...
meskipun kepualangan ke sana, ataupun pulang ke sini...


Hari ini, kakak saya pulang semula ke Sarawak...
Selepas ini, entah bila lagi saya akan bertemu dengannya..
Dia ke Sarawak mengikut suami yang bertugas sebagai Pegawai Jabatan Alama Sekitar Bahagian Kuching, Sarawak.

Dan saya, bertemu kakak dua minggu ini, kerana dia pulang ke Perak untuk meraikan perkahwinan saya pada Disember nanti.
Mereka tidak dapat pulang pada hari pernikahan saya. Jadi pulang lebih awal.

Saya akan bernikah dan mengikut bakal suami ke Australia, yang menyambung pelajarannya. Rasa sayu, sedih dan pilu menggegar dalam jiwa...

Entah bila, setelah saya berhijrah mengikut suami dan kakak juga berhijrah mengikut suami...Bila lagi akan bertemu, adalah suatu persoalan yang tidak dapat dijawab.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, bila dan di mana kami akan bertemu semula...
Rasa rindu yang menebal pada anak saudara, Alif Najmi, semakin membara... Mungkin pertemuan sekali lagi selepas ini, sikecil itu sudah membesar dan sudah lupa akan saya...

Inilah putaran kehidupan...
Dahulu, saya membesar bersama-sama kakak...
Bersekolah dan bermain bersama..
Menjadi remaja bersama,
kini, mencari haluan kihidupan yang berbeza...

Walau darah mengepam daripada rahim yang sama...

No comments:

Post a Comment