Thursday, November 25, 2010

Bulan Bahasa? Senyap, Mati tidak Bernyawa?




Adab dan bahasa saling berkait rapat.
Pandai berbahasa, bukan sekadar nahunya,
maka pandailah beradab.

Jangan lupa, manusia dihitung oleh manusia lain dengan bahasa dan adabnya.
dengan Allah manusia dihitung dengan amalannya.


Bahasa salah satu simbol yang membawa kepada peradaban manusia.
Peradaban bahasa dan masyarakat merangkumi aspek BAHASA.
Semuanya berkenaan dengan bahasa,
maka mengapa ada lagi dalam kalangan insna yang tidak mahu
bersetuju dengan bahasa yang kita tuturkan sebagai penutur natif ini,
diangkat-tinggikan?

Masih ada lagi yang mahu menjatuhkan bahasa sendiri?
Apa lagi yang kurang dengan bahasa ibunda?

Bulan bahasa yang dijalankan pada Oktober,
tidak segah majlis yang lain? Mengapa?
Apa kurangnya publisiti bulan bahasa?

Pengalaman saya menjelejah ke daerah Ipoh Utara,
papan tand aiklan bulan bahasa berlambak!
Tetapi, pelaksanaannya,??

Jangankan nanti cucu dan cicit sudah tidak kenal diri!
Bahasa ibunda bukan bahas amainan,
mengapa tidak disyukuri adanya perihal tanda diri sebagai melayu?

Huh!
Marah dan sakitnya hati melihat bulan bahasa tidak diangkat sebagai bulan yang
sangat efektif.
Sebaliknya bulan bahasa hanya diiklankan,
dipapan tandakan di jalanan,
Diuar-uarkan dalam televisyen,
tetapi tidak segah pelaksanaan bulan-bulan lain!

Pihak tertentu, pihak siapa?
Pensyarah, guru dan ahli bahasa bukan main
berentap membangunkan bahasa demi memandaikan bangsa,
Pihak berwajib?
Makin gah dan bangga menggunakan bahas alain sebagai bahasa perantaraan?

Bapak borek anak rintik?
Boleh guna peribahasa itu?


Apa lagi jalannya kalau pihak berwajib sendiri yang menutup mata,
memekakkan telinga kepada suara hati ahli bahasa seperti kami?
Kami yang berpangkat Profesor,
Dr Falsafah,
Emeritus,
Editor,
Penulis,

Apa pangkat kami selain itu?
kata-kata kami tidak dilayan?
Tidak berkesan?

Sampaikan nanti,
lidah sudah tidak bisa bertutur bahasa ibunda,
makalah melayu diinjak-injak harganya
Persuratan melayu hilang dalam lautan permodenan dunia?

Pada siapa lagi mahu kita sandarkan kekuatan bahasa,
kalau bukan pada bangsanya?
Yang lahir dalam bahasa,
hidup dalam bahasa,
mati juga pada batu nesannya, menggunakan bahasa?

No comments:

Post a Comment