Thursday, November 11, 2010

Perginya, menemui ALLAH SWT yang menciptanya





Shamrin, vokalis kumpulan Fotograf.

Pada suatu ketika dahulu, lagu-lagunya pernah juga menjadi siulan pada bibir. Tetapi bukanlah sekadar nyanyian yang ingin saya utarakan. Sebaliknya, pemergian Arwah Shamrin setelah collapsed ketika bermain Futsal, petang tadi.

Arwah, yang merupakan bekas pekerja PROTON (mengikut cerita rakan) tumbang setelah mengalami serangan jantung (tekaan pihak-pihak tertentu).

Terdetik dalam hati. Setelah saya pernah membaca dalam akhbar Harian Metro,
Malaikat maut akan datang merenung wajah kita sebanyak 70 kali dalam satu hari.

Agak-agaknya, ketika nyawa arwah dicabut oleh malaikat Izrail, kali kebarapakah kehadirannya merenung arwah?

Gerun, gentar dan menakutkan.


KEMATIAN
Kematian merupakan sesuatu yang benar.
Tidak akan berganjak masa kematian seseorang ,
lewat atau cepat sesaat pun!

Menakutkan, sangat menakutkan ketika menghadapi kematian. Jika mampu membuat sebarang permintaan,
mahu diminta supaya jangan dimatikan.
Takut dengan kehidupan dalam alam kubur.
Takut dengan hari pembalasan.
Takut dengan siaran langsung kisah kejahatan di dunia yang akan ALLAH SWT tayangkan ketika hari perhitungan!


** NOTE : Kematian sesuatu yang benar.
Dahsyatnya kematian, seolah-olah daging badan dihiris hidup-hidup. Dahaga ketika menghadapi kematian, tidak akan hilang walau 7 lautan diberikan!

TAKUT!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment