Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010




Tahniah!
Itulah ungkapan yang seharusnya kita ucapkan kepada semua adik yang telah mengambil keputusan peperiksaan, iaitu Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.

Buat yang telah menerima keputusan cemerlang,
tahniah!
Buat yang kurang cemerlang,
jangan jadikan keputusan itu sebagai suatu tanda aras buat seluruh kehidupan.
Mendapat 4B bukan tanda gagal.
Mendapat 3C bukan tanda kiamat.

Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
pada masa hadapan. Yang pasti, kejayaan akan tetap hadir setelah kita berusaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?
Betul tak adik-adik?

Buat yang akan memasuki MRSM, tabahkan hati untuk tinggal berjauhan dengan keluarga.
Bagi yang akan ke sekolah sekular biasa,
pastikan kejayaan pasti akan dikecapi suatu masa nanti.
Peperiksaan bukan segalanya.
Jadikan soft skill anda yang pertama.

Yang paling penting,
berani ke hadapan,
berani melontarkan idea,
serta berani membuat kesimpulan.
Pastikan kesemua keberanian itu disimpulkan bersama agar kamu mampu menjadi pelajar yang cemerlang.

Bukan sahaj cemerlang dalam bidang akedemik,
tetapi pastikan bidang luar juga.
Giatkan diri dengan pertubuhan kelab yang ada di sekolah. Jadilah pelajar yang memimpin rakan lain,
serta sabar dalam menimba ilmu pengetahuan.


Adab dengan Guru-Guru
Jika di rumah, ibu bapa sebagai pemerhati dan penjaga. Lain pula yang akan berlaku sekira adik-adik masuk ke sekolah berasrama penuh ataupun mana-mana sekolah yang perlu berjauhan dengan ibu dan bapa.

Walau di mana pon adik-adik menuntut ilmu,
hormatilah guru.
Kerana dengan menghormati guru itulah akan mendapat keberkatan dalam menimba ilmu pengetahuna.


Pilih kawan yang Betul
Berkawan. Tidak salah jika adik-adik punya ramai kawan.
tetapi, pastikan rakan-rakan itu tidak menguasai diri adik-adik dalam hal-hal yang negatif. Sebaliknya carilah rakan-rakan yang berilmu agar adik-adik dapat sama-sama belajar dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Jadikan rakan yang bijak sebagai idola yang dapat meningkatkan semangat adik-adik untuk bersaing secara sihat


Fokus di dalam Kelas
Teruskan fokus adik-adik semasa di dalam kelas tidak kira semasa bermulanya tingkatan satu ataupun sehingga masuk ke menara gading.
Fokus di dalam kelas sangat penting kerana ketika itulah berlakunya proses pemberian dan penerimaan daripada guru-guru kepada anak didiknya.


Ulangkaji
Banyakkan mengulangkaji pelajaran. Setelah pulang dari sekolah, teruskan berehat seketika dan buatlah latihan sehingga menjelang petang. Setelah penat, barulah adik-adik pergi beriadah di padang atau pun secara in-door.

Kumpulan Belajar
Tubuhkan sebuah kumpulan belajar dengan rakan-rakan. Pastikan setiap ahli dapat membantu bagi setiap matapelajaran yang dirasakan agak berat untuk dilakukan seorang diri. Ambil latihan-latihan di dalam buku latihan dan buat bersama-sama. Ajar rakan-rakan yang masih belum mampu menyelesaikannya. Tidak rugikan?

Bertanya Guru
Tanya guru jika ada soalan yang tidak difahami. Guru yang cemerlang tidak akan sekali-kali membiarkan anak didiknya dalam kegelapan!

Last but not least,
Belajar dan terus belajar!

UPSR 2010, cemerlang!
Sekolah Kebangsaan Felda Besout 5,
Felda Gunung Besout 5, 35600 Sungkai, Perak.

Rahim Aiman bin Zaifoll Anuar
5A UPSR 2010

TAHNIAH!

No comments:

Post a Comment