Saturday, November 27, 2010

hey, awak tahu...,




susah sangat nak dapat bercakap dengan awak.
Susah betul nak dapat terus terang dengan awak.
Awak nak saya cakap macam mana lagi?


saya perlukan awak,
sebagai tempat saya berpaut.

saya perlukan awak,
pada masa saya kehilangan rasa yakin.

Saya perlukan awak,
ketika saya tidak mampu untuk berjalan.

Saya perlukan awak,
ketika saya ada berita gembira untuk dikongsikan.

Saya perlukan awak,
terutama ketika saya mahu menangis sedih.

Saya perlukan awak,
ketika saya tersenyum, bahagia.

Saya perlukan awak,
pada masa saya ingin berkongsi rasa.


Hey, awak...,
awak tahu tak betapa awak penting dalam hidup saya?
Bukan mudah untuk awak percaya.
saat kehadiran awak,
pada ketika hidup saya benar-benar kelam dan gelita.
Meraba dalam sepi,
awak hadir beri saya sebuah pelita,
menerangi sudut hati.

Awak tahu...,
bukan mudah saya ambil pelita awak.
Sebabnya saya takut akan kasih sayang.
Tidak percaya akan setia.
Tetapi awak ajar saya agar menerima dan mencuba.
Awak ajar saya jadi dewasa.
Awak beri saya masa untuk jadi yang utama.

Awak...,
takutnya saya,
kalau suatu masa nanti saya akan kehilangan awak.
Sebab awak bagaikan permata dalam kegelapan.
Saya berjalan atas cahaya awak yang benderang.
Saya dapat berlari tatkala awak memancarkan lebih cahaya buat saya.

hey, awak!
Jangan tak tahu yang saya sayang awak!
Bukan mudah untuk mengaku.
Tapi itu satu,
yang saya mahu awak tahu.


P/s : tanpa awak, mungkin saya masih lumpuh dan tidak mampu bernafas, satu-satu.

No comments:

Post a Comment