Tuesday, November 16, 2010

Eid Mubarak! Happy Eidul adha to all!

Syukur, hari ini sudah 16 November 2010. sehingga esok, umat Ismlam bakal meraikan hari kebesaran yang seterusnya, iaitu Hari Raya Korban, Aidil Adha.

Pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.
hari semakin berganjak pergi, dan sekarang dalam pengamatan saya,
waktu di Arab Saudi
jam 8pagi. tentunya umat Islam yang
menunaikan ibadat Haji sedang bersiap-siap untuk
bergerak ke padang Arafah.

Yes, I've been there past 5 months.
padang arafah, tiada apa-apa pun di situ kecuali
dikelilingi dengan gunung2 kecil yang terdiri daripada batuan-batuan besar.

dan yang paling menarik, di padang Arafah lah
terletaknya Jabal Rahmah,
tempat bersejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah
mereka dicampakkan ke dunia.

Pengalaman saya ketika di Jabal Rahmah,
menarik!
Terdapat manusia yang sedang duduk dan berdiri sambil berdoa.

Berdoa di Jabal Rahmah tentang permintaan untuk sebuah pertemuan.
Saya juga pernah berdoa dengan yakin di sana!
:P

Padang Arafah terletak lebih kurang 22km daripada Masjidil Haram.
Keadaan panas terik walaupun jam baru menunjukkan waktu 6 pagi.
Jadi, bersyukurlah rakyat di negara yang agak sejuk dan Malaysia.
Panas matahari di Tanah Arab tidak dapat diungkap.

Semoga, kalian juga berkesempatan untuk ke Tanah Haram!
Dan semoga diri kita diharamkan daripada Api neraka.


Apa pengorbanan anda hari ini? atau hari sebelum ini?
Renung-renungkan agar anda menjadi insan yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah SWT.



**Berpuasa pada hari arafah ada banyak faedahnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ketika manusia di Tanah Haram berpusu-pusu ke Padang Arafah.,
Allah membukakan pintu langit untuk menerima doa-doa umat Islam yang berdoa pada hari Arafah.

Jadi, apa tunggu lagi? berdoalah sepanjang hari ini!

Siapa tahu, ada antara ribuan doa itu akan dimakbulkan Allah SWT???


**ANda buat, anda dapat! :P

No comments:

Post a Comment