Wednesday, November 3, 2010

Apa bezanya nikah di masjid dan di rumah?

AKTIVITI :

1. Malam Berinai

Bagi meraikan majlis perkahwinan. semua unsur maksiat hendaklah dijauhkan dan diisi dengan program-program yang lebih baik, antaranya:

Aturcara Malam Berinai :

* Solat Maghrib berjamaah diikuti Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.
* Solat Isyak berjamaah.
* Selawat dan Marhaban.
* Syarahan Agama berkaitan kebahagiaan rumahtangga.

Aturcara Siang Keesokan Hari :

* Majlis Khatam Al-Quran Wanita

2. Upacara Akad Nikah Di Masjid

Tujuannya untuk menghayati ajaran Islam seterusnya memulakan pembinaan rumahtangga bermula dari rumah Allah dalam suasana yang tenang, damai dan khusyuk. Melakukan akad nikah di masjid juga boleh mengelakkan daripada berlakunya maksiat dengan mengasingkan di antara lelaki dan wanita.

Kaedah Perlaksanaan :

* Dimulai dengan solat sunat Tahiyatul Masjid dan sunat Hajat.
* Wali mohon izin daripada pengantin perempuan.
* Penyerahan Wali kepada Jurunikah ( Digalakkan wali menikahkan pasangan itu sendiri )
* Pemilihan saksi-saksi akad ( Pastikan mereka memenuhi syarat-syarat saksi )
* Bacaan Khutbah Nikah ( Digalakkan pengantin lelaki membaca khutbah. Jika tidak boleh hendaklah dibaca oleh Wali perempuan atau Datuknya atau lain-lain, mengikut susunan wali )
* Upacara ijab kabul dijalankan.
* Bacaan doa.
* Bacaan lafaz Taklik oleh pengantin lelaki. Bacaan ini hendaklah didengar oleh pengantin perempuan dan waris-warisnya. Jurunikah hendaklah memahamkan isi kandungan lafaz Taklik tersebut.

3. Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tanggungjawab

Kaedah Perlaksanaan :

Dilakukan oleh Wali Perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Lafaz Penyerahan adalah seperti berikut :

“Adalah saya ………………………………wali kepada …………………………dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu ………………………… sebagai suami yang sah.

Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu, serta zuriat keturunan kamu. Amin.’

Diikuti dengan Lafaz Penerimaan Tanggungjawab seperti berikut :

“Dengan ini saya …………………………suami yang sah kepada ……………………… bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majils akad nikah ini.

OIeh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagal suami kepada isleri saya ……………………………… dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :

* Memberi nafkah zahir dan batin
* Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna
* Keselamatan yang terjamin
* Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian, terima kasih.”

4. Sujud Syukur Selepas Majlis Akad Nikah

Kaedah Perlaksanaan :

* Berwuduk
* Niat untuk Sujud Syukur
* Takbiratul Ihram
* Sujud.
* Memberi salam

5. Solat Sunat Hajat Dua Rakaat

Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga hinggalah ke Syurga.

Kaedah Perlaksanaan :

* Niat berserta Takbiratul Ihram.
* Rakaat pertama membaca A1-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
* Rakaat kedua membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
* Doa.

6. Penyerahan Mas Kahwin ( Mahar )

Ianya diserahkan oleh suami kepada isteri dan digalakkan isteri mencium tangan suami serta suami mengucup dahi isteri. Digalakkan juga suami meletakkan jari telunjuk ke atas ubun-ubun isteri sambil membaca selawat sebanyak tiga kali.

7. Berjamaah

Suami isteri digalakkan melakukan ibadah sembahyang secara berjamaah terutamanya ketika di rumah. Begitu juga dalam melaksanakan tugas-tugas harian di rumah.

8. Walimatul ‘Arus

Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunat yang dituntut. Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing”

Riwayat Bukhari

Waktu mengadakan kenduri ini mengikut kesesuaian pada adat setempat. Walau bagaimanapun yang lebih mustahak tidak ada perbezaan dalam hidangan jemputan di antara orang kaya dengan orang fakir miskin.

9. Walimatul Dukhlah

Ia merupakan kenduri tanda kesyukuran dan dilakukan setelah kedua-dua suami isteri melakukan hubungan kelamin.

Kaedah perlaksanaan :

* Menyediakan jamuan kesyukuran yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan dilakukan pada waktu Dhuha dengan diiringi oleh doa-doa seperti benkut :
o Doa kesyukuran.
o Doa berikut
+ Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

+ Doa dibaca oleh suami dan diaminkan oleh isterinya serta keluarga yang hadir.
* Membaca doa ketika melakukan hubungan kelamin seperti berikut :
o Maksudnya : “Ya Allah wahai tuhan kami, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkan syaitan daripada zuriat yang bakal engkau kurniakan kepada kami"

10. Tilawah Al-Quran

Melazimkan membaca Al-Quran terutamanya surah-surah berikut :

* Surah Al-Baqarah
* Surah Al-Mi’wazatain ( Al-Falak dan An-Nas ). Fadhilatnya adalah untuk mengelakkan diri daripada gangguan dan godaan Iblis dan Syaitan.
* Surah Al-Waaqiah dan Al-Kauthar. Fadhilatnya adalah untuk dimurahkan rezeki.
* Surah Ikhlas. Fadhilatnya adalah untuk menguatkan akidah.
* Surah Al-Qadar. Fadhilatnya adalah untuk menjauhkan diri danpada Zina.
* Surah Al-Insyirah. Fadhilatnya adalah untuk mendapat ketenangan jiwa.

11. Doa

Suami isteri digalakkan membaca doa berikut :

* Doa ‘Ukasyah.
* Doa Kanzul ‘Arsy. Doa Haikal.
* Doa Nur Nubuwwah.

12. Halaqah Muhasabah

Ia lebih merupakan salam perkenalan antara suami isteri seperti mengenali minat, kegemaran dan pantang larang masing-masing. Hendaklah dijauhkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga seperti kisah-kisah yang mengaibkan pada masa lalu.

No comments:

Post a Comment