Sunday, November 28, 2010

Counting the days, isn't easy!




Semuanya nak dibuat, dalam masa
yang snagat cepat.
Mana mampu aku melakukannya seorang diri tanpa bantuan orang lain.
Tapi jiwa memberontak,
tidak mahu menyusahkan orang lain.

Malam makin kelam.
Saat itu, jiwa mulai bercerita sendiri.
Apa yang patut aku lakukan nanti?

Bukan mudah mahu menjadi yang terbaik.
Tetapi aku tidak lupa untuk mencuba jadi yang terbaik.
Aku sedar diri ini
terlalu banyak kelemahan,
yang memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kewujudannya dalam dunia Allah yang amat sukar perjalanannya ini,
membuatkan aku sedikit teruja dalam bahagia.

Entah bagaimana nanti, saat diri ini sudah bertukar tangan
berganti penjaga.
Entah apa lagaknya dan rasanya dikemudian hari.
Jiwa, janganlah sangsi.
Dia, Allah itu Maha Adil.

No comments:

Post a Comment