Sunday, November 7, 2010

Happy Birthday!!! -7th November *Part 2

Aku buka Account Facebook malam ini.
Aduh....
apa yang aku nak buat?
kalau tak buka..Rasanya tak dapat nak wish...
Wish je la...
Its normal, kan...

By the way,
aku nak jadi orang pertama wish birthday untuk abg...
hopefully, that will makes abg feel easy with it...


Joyah duduk di dalam CC itu buat kesekian kalinya. Rasanya sudah 2-3 kali Joyah ulang alik ke cc...
bayaran untuk Joyah, murah.,...
Sebab Joyah dah jadi ahli CC..
Jadi jimat sikit...
(tapi yang peliknya, Joyah tak tahu Mak dia ada PC dalam bilik! Mati idup balik mak dia takkan bagtahu kat Joyah...Paham-paham je la...Mahunya Joyah tak keluar-keluar dari dalam bilik mak dia kalau Joyah tahu mak dia ada PC)

Auh....apa nak taip ni?
Joyah dah mulai pening...
Ah...Taip Happy Birthday je lah...
Lepas tu, tag satu gambar kek...
Sebab masa birthday aku dulu, abang ada tag gambar kek juga...

"kan bagus kalau aku dapat buat kek sendiri malam ni..."


Joyah kesal...dia kalau boleh, nak bake cake by herself,
tapi, dah malam kan..
mala spula nak buat kerja kat dapur...
Mahu terbangun jiran-jiran kalau dengar Joyah sibuk mesin tepung and so on...
tiba-tiba Joyah nak berpuisi...
Joyah bukak buku puisi yang pernah dibelinya suatu masa dahulu...



Hati,
mengapa terlalu bahagia?
Kerana hari ini hari yang snagat bahagia buat aku...

Tenanglah, semuanya bakal bersama tidak lama sahaja lagi...
Semoga semua desir akan akan bersatu dengan mentari yang memanas rembang terik
tatkala angin itu menampar pipi,
baru aku sedar,
kini aku tidak lama lagi akan bersatu dengan satu lagi jiwa...
Jiwa yang pada mulanya tidak pernah aku sandarkan walau satu titik pengharapan
Yang ada cuma doa...
saat aku di hadapan Kaabah,
Doa semoga jiwa yang dua menjadi satu,
jasad yang dua menjadi satu,
hati yang dua menjadi satu,

Kini, hanya masa dan ketentuannya,
Andai masih ada masa untuk aku bicara,
Kenalilah hati ini,
Hati yang lembut...
Halus dan mudah tersentuh,
Inilah hati gadis yang kau pernah rindui...

Kenalilah aku seadanya,
Jadikanlah aku pengubat jiwa duka laramu..
sepanjang zaman...


Nada cinta kita seirama,
Rentak tari kita sedansa...
apa lagi yang harus kita jalinkan supaya semuanya
jadi satu?
Kekalkanlah langkah mu sayang,
agar kita tidak sama rebah dalam tangisan...


Muzik itu semakin lama semakin lembut alunannya...
jiwa pula semakin rasa syahdu dan ghairah
akar hati semakin rasa kukuh memegang bumi cinta...

Ketahuilah sayang,
Saya sayang abg!






**Joyah kemudiannya men-copy paste puisi itu ke dalam Microsoft Word, lalu....

"Wei, Ai Ling, Aku nak print sehelai!"

"haa...kau tekan je print, Canon Pixma 1800i tu,"

"Wei, free boleh tak? sikit je ni...Aku tak cukup duit la..."

"Banyak kau punya cantik nak free!"

"Ala...kira kawan-kawan, half price la beb!"

"Xde! Xde!"

"Ala...kedekut la kau....aku tak nak datang dah CC ni temankan kau!"

"Yelah! gaji aku kat cni bukannya banyak! Kau lagi nak mencekik aku. Apa punya kawan ntah!"

"Ok...Tengkiu sayang!"

**Ai Ling?????? Watak baru kot....Belasah je lah!

No comments:

Post a Comment