Friday, November 5, 2010

BENcinta - Part 1

Aku kasihan melihat rakan serumahku.
Sudahlah umurnya 40-an,
tapi masih belum berumahtangga.
Emak bertanya kepadaku pada suatu hari ketika emak menghubungiku.

"adik, dah ok ke?"

aku terkedu. Tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan.
Lalu aku menjawab.

"ok je mak. Tapi tak boleh la ingat-ingat. Tak boleh tengok semua barang yang dia pernah bagi," jawab aku sambil mengesat air mata.

Begitulah alkisahnya ketika aku mula-mula putus cinta.
Rasanya setiap hari emak akan menghubungi aku untuk menganalisis perasaan aku pada waktu itu. Kadang-kadang nampak emak macam juruanalisis perasaan...

Pernah pada suatu hari ketika aku bersalam dengan emak, emak menangis sambil menasihati aku supaya menjaga diri dengan baik. Kenapalah emak pula yang beria-ia menangis sedangkan aku yang putus cinta...????

Kak Bedah yang tinggal disebelah rumah sewaku hairan melihat aku setiap kali pulang kerja akan menangis di hadapan rumah sewaku.

Kak Bedah datang lalu bertanya

"Joyah, kenapa akak bedah tengok, yah selalu je sedih-sedih setiap kali balik kerja?
ada apa-apa yang boleh kak bedah tolong ke?"

"Tak ada apa-apa lah kak Bedah. Yah penat. Lagipun, kalau balik ke rumah sewa ni, teringat pula kisah silam...,"

Kak Bedah menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin Kak Bedah kasihan akan aku. Mungkin juga Kak Bedah bosan dengan aku kerana aku asyik menangis sebab lelaki!!!!!!!!!!!!


Ah!Lelaki!!!!!!!!!! Semuanya tak boleh dipercayai!!!!!!!!

**Kepada lelaki-lelaki yang membaca entry ini, mohon jangan sempitkan fikiran, ya! Ini hanya bait-bait tulisan yang bukan ilmiah!!!!!!

Daaaa......!!!

See you next entri!

No comments:

Post a Comment