Thursday, November 25, 2010

BAHASA JIWA BANGSA




Padanlah remaja sekarang sudah tidak pandai berbahasa.
Kurang ajar!
Itulah perkataan yang akan digunakan oleh nenek-nenek dan atuk-atuk yang ada di sekeliling kita
apabila melihat anak remaja yang tidak pandai berbahasa.

Bukanlah maksudnya berbahasa dari aspek nahu yang tepat!
Sebaliknya kehormatan dalam menuturkan perkataan dan sikap positif dalam berhadapan dengan situasi dan menuturkan perkataan yang baik-baik sahaja.

Celaka!
Gampang!
Babi!

Kata-kata celaan ini kebiasaaannya digunakan oleh remaja dalam menilai diri sendiri dan rakan-rakan.
Penggunaannya menjadi luas apabila tidak ada nilai bahasa yang difahami dalam diri masing-masing.
Penggunaan tanpa melihat situasi dan melihat siapa yang mendengarnya juga merupakan salah satu kelemahan mereka.
Setelah saya sendiri selidiki,
anak-anak kecil yang berada di kawasan perumahan abang saya,
sudah pandai mencarut!

Pan***
Pu***

(tidak ada niat mahu mencarut sebaliknya sebagai contoh sahaja)

Sedangkan anak itu berusia 6 tahun!
Belumpun masuk sekolah rendah lagi!
tetapi hasil pergaulan dengan rakan-rakan lain,
bahasanya menjadi sangat 'luar biasa!'

Ibu bapa yang ada di luar sana,
tidakkah anda peka dengan siapa anak anda berkawan?
bagaimana begitu cepat penularan bahasa kotor itu menjajah minda anak anda?
Apakah anda suka melihat dan mendengar anak anda menuturkan kata-kata kesat?

Maka,
didiklah anak kecil ti dengan bahasa yang baik,
jaga lakukan bahasa dna tutur bicaranya,
ajar dia tentang salah dan negatif,
Biasakan bertutur dengan anak bahasa yang baik
suami isteri,
bercakap lemah lembut dan sopan di hadapan anak.

Bahasa itu jiwa bangsa,
bahasa juga mencerminkan bangsa,
bahasa jati diri bangsa.
Bahasa mencerminkan keintelektualan anda.

Ibu bapa menjadi perisai kepada anak-anak sebelum mereka sendiri hilang jejak bahasanya!

No comments:

Post a Comment