Saturday, November 6, 2010

Happy Birthday!!! Part 1 -7th November

Hah! Ikut masa dah time dah ni...
kalau ikut masa negara lain lah kan..
kalau iku masa Malaysia, still baru jam 10 malam..

Wahhh...
rasa teruja inilah kali pertama aku nak sambut birthday orang yang tersayang...
Rasa macam mati hidup semula pula...:P


Abang,
pertama sekali, terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai teman hidup.
Bukan mudah membuat keputusan dalam jangka masa yang singkat untuk memulakan sesuatu demi jangka masa yang panjang...
Semoga abang sentiasa reda dengan apa yang telah Allah tetapkan buat kita...


Abang,
siapa sangka dalam perjalanan masa hampir sepuluh tahun lamanya,
telah terbuka pintu hati untuk mencari dan menerima...
Siapa sangka juga semuanya berlaku dalam sekelip mata...

Andai masa hari lahir saya dahulu,
cinta yang berputik merupakan hadiah untuk saya,
untuk abang pula,
semoga perkahwinan yang bakal kita tempuhi merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang...


andai masih ada kekurangan dalam diri saya,
saya mohon, Abang terima seadanya..
saya bukan malaikat yang dijadikan daripada Nur...
Saya cuma manusia biasa yang dijadikan daripada
tanah dan hadirnya saya melalui air mani yang bercantum dengan telur benih ibu..


Tepat jam 0008 hr
Saya harap abang sudah berehat...
sudah lah..jangan difikirkan sangat tentang kerja...
Insya-Allah, hari esok masih ada untuk abg...


Abang...
Semoga hari yang bakal abang lalui merupakan hari yang terbaik untuk abang...
sempena kelahiran ulang tahun yang ke 26 ini,
saya doakan abang sentiasa berada dalam lindungan Allah dan terus terusan berjaya dalam hidup...

Jadikanlah saya isteri yang menempatkan syurga sebagai perjalanan terakhir kita bersama,
jadikanlah saya isteri abang sehingga akhir zaman...
Jadikanlah saya,
seorang isteri yang disayangi abang selama-lamanya...







**Pap!

"adoi!"

"Apa mak ni..."

"Apa yang kau merepek ni, Yah?"

"Merepek apa pula mak?"

"mak dengar kau berpuisi tadi, kau nak jadi isteri siapa pulak?"

"IShhh..mak ni....jadi isteri sapa-sapa je lah....Yah ni kan perempuan..sama macam mak la..."

"Abis, kalau tak jadi macam mak, mak nak ke anak mak ni Andalusia sampai bila-bila?"

"Ish...ke situ pula?"

"Ye lah..mak larang Yah berangan..."



Joyah muncung....dia tutup diari..

Lalu ambil tudung dan mengorak langkah keluar rumah.

"HAh, tu nak ke mana pula?"

"Nak pergi CC mak!"

"He....budak-budak zaman sekarang....Memanjang ngadap Facebook!"

Leter mak Joyah sambil membuka PC di dalam biliknya. Account Facebooknya di buka...



**Aik...mak joyah berleter tentang Facebook, tapi Joyah tak tahu mak dia ada PC dalam biliK?????

No comments:

Post a Comment