Tuesday, February 15, 2011

Valentine VS Maulidur Rasul?

14 Feb.
Itu tarikh semalam. Rasanya sudah terlambat untuk saya ulas.
Tetapi,
Biarlah! Siapa peduli?
Ada aku kesahhhh????

Tarikh semalam, kalau di sini,
kehebatnnya turut dirasai kerana di televisyen menyiarkan
kisah-kisah yang berkenaan Valentine.

Pemberian bunga dan sebagainya.

Berbeza pula dengan dalam FB.
Saya menyemak laman FB
terdapat gesaan yang meminta supaya umat Islam jangan
meraikan Valentine.
Aduh....gesaan itu hanya akan dibuat dalam bulan Februari dan
hanya digesa apabila 14 Februari hampir tiba.
Rasa mual dan muak dengan nasihat-nasihat dalam FB.

Lepas habis sahaja 14 Februari,
pasangan bercinta (secara haram)
bukan sahaja meraikan Valentine,
malah meraikan hari-hari lain dengan cinta haram itu!

Kenapa saya katakan cinta haram?
Kerana cinta mereka tidak berlandaskan agama.
Melawan fitrah Islam yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam.
Bercinta dalam Islam itu konsepnya luas. Bercinta lah asalkan tidak melanggar
batas-batas Islam.

Valentine dalam umat Islam,
bukan sekadar 14 Feb,
malah setiap hari!
Kerana setiap hari ada sahaja
orang berzina,
ada sahaja bayi yang dibuang....
JIka setiap hari ada bayi dibuang,
tidak musthail, setiap hari ada manusia yang berzina.


Ah! Melawan Valentine, hanya bulan Feb.
Menyampah!
Lebih baik diam sahaja.
Pandang dan lihat.
Sekarang, sudah hilang pepatah,
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA.

FIkirlah sendiri!

Hari ini pula,
15 Feb,
bersamaan 12 Rab'ul Awal
Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Semua menggesa supaya berselawat. Yang jahil,
baru hari ini,
baru ingat nak selawat....
Kenapa tidak digesa masyarakat supaya berselawat setiap hari dan menunaikan solat
supaya berselawat sekaligus bersolat?

Sekali lagi, perasaan geli dan jijik saya dengan kerenah manusia.
pepatah
SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH
sudah tiba harinya baru nak sibuk dan tunjuk-tunjuk.
MEnggesa itu dan ini.

Kenapa tidak ada orang yang lakukan setiap hari??
Saya menginatkan sekaligus buat diri saya
dan keluarga saya.

**MOTIF : Bosan dengan gesaan dalam FB

No comments:

Post a Comment