Thursday, October 13, 2011

Ikan dan Inala.







Sudah dua kali dalam bulan ini suami mengajak ke Inala. (suami ajak-ajak ayam, saya angguk sungguh-sungguh!)

Masakan tidak, saya sangat teringin makan ikan dan makanan laut yang lain. Sudah sekian lama saya tidak makan ikan dan makanan laut sejak tinggal di sini. Bukannya tidak ada, ada tetapi agak jauh. Yang dekat di SUPA IGA juga ada. Cuma ikannya tidak semeriah ikan di Inala.

Inala kawasan rakyat Vietnam berkampung. Peniaga juga terdiri daripada bangsa mereka. Penghijrahan yang mereka lakukan suatu masa dahulu membuahkan hasil lumayan kepada warga keluarga mereka kerana menjadi usahawan di Australia akhirnya.

Saigon , Vietnam dan kawasan sekitarnya menjadi tanah kampung mereka. Hanya 1% sahaja warga Inggeris Australia yang pernah saya jumpa di kawasan Inala Plaza. :)

Hebat bukan? Agaknya jika Malaysia dijajah dan perang juga, tentu rakyat Malaysia menjadi pelarian dan akhirnya mendapat kewarganegaran di negara luar.

Kaya dan membangun akhirnya! :)

Apa pun, Inala memang best sebab banyak makanan ASIA yang dijual.

Paling best, saya ada ikan masin, rebung, pelam dan jambu batu dalam simpanan. !!!

No comments:

Post a Comment