Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa Sunat Hari Arafah Leave a comment »
Bilakah hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Dipetik dari lama http://surau-alizzah.com/v1/?p=713
Terima kasih Surau Al 'Izzah atas info yang baik ini.

Marilah sama-sama kita menunaikan puasa sunat esok, Sabtu, bersamaan 5 November 2011 , 9 Zulhijjah.

Selamat beramal!!!

No comments:

Post a Comment