Monday, June 18, 2012

Mengajarkan Al-Quran kepada anak sejak awal kelahiran, bukan mustahil.

Nur Aina berusia 4 bulan sejak 11 Jun yang lalu.

Teringinnya mummy ajar Aina Al-Quran macam mana yang mummy baca, Darwisy dan Darwisya yang cerdik dan celik Al-Quran sejak kecil.

Mummy tengah cari idea, macam mana nak buat flash card untuk mulakan iqra' Aina.

Mummy start from here, read all about excellent kids with Al-Quran : dalam blog ini http://darwishndarwisya.blogspot.com.au/


Sementara mummy masih di rumah 24jam dengan Aina, mummy nak sangat ajar Aina, bermula dari yang kecil-kecil.

Mummy takut, kalau dah balik Malaysia one day, mummy tak banyak peluang nak ajar Aina Al-Quran.

Benarlah kata penulis blog ibu Darwisy dan Darwisya, hal duniawi, hal ilmu sekolah, biarkan lambat. Sebab semua itu mudah untuk catch-up.

Hal berkenaan Al-Quran perlu pendedahan awal. Sebabnya, bila kita celik Al-Quran, hati pun bersih dan mudah terima pelbagai ilmu.

Doa mummy untuk Aina, jadilah anak yang cemerlang agama dan berjaya hal dunia. Janganlah sampai pentingkan duniawi, hal akhirat dan buku utama umat Islam dibiarkan berhabuk di atas rak buku perpustakaan mini kita!

Hope that mummy and daddy can learn from it! Go with it, baby!!!!
Hasrat hati mummy tengok Bella anak Dr Harlina dan Syed Muszaphar berenang kalah dengan hasrat mummy mahu ajar Aina Al-Quran macam Darwisy dan Darwisya!



**Al-Quran hantaran untuk daddy!

2 comments: