Saturday, September 4, 2010

"Ada doa untuk kebahagiaan Ibu dan Bapa?"- Adakah kamu tergolong sebagai ANAK DERHAKA?





"Hmm...sejak duduk kat perantauan,
berapa kali sehari anda hubungi ibu dan ayah anda?
sekali?
tak penah?
seminggu sekali?
lima minit sehari?


KAlau awek dan boyfren pulak?

berapa kali sehari anda call?
Sekali sehari?
lapan blas kali sehari?
mesej sampai bengkak jari?

Bukan senang kita nak buat benda baik.
Tambahan pula,
benda tu wajib kita buat.
Bak kata ustaz saya,
kalau hati ibu itu terguris sebab anak dia tak bagi perkhabaran
kita sudah dianggap anak derhaka!

Wah seronok dapat title tu kan?

Tapi, kalau tak call boy/girlfren, tak ada pun dapat title
awek/ boyfren derhaka.
Tapi kita paling takut,
kalau kita tak call boy/girlfren kita sehari sekali, kan?

That's the diff!

Hey YOu!

yang bagi makan kat you siapa?
Bukan mak ayah you ke?


Beginilah adik-adik.
Kita ni wajib
mentaati ibu dan bapa.
Bukan wajib taat kat b/gf
sedar-sedarlah...,
selagi kita ada ibu dan ayah,
doa dan hubungilah mereka selalu.
Mereka penenang jiwa.
ibu dan bapalah buah hati kita.

Bayangkan suatu hari nanti,
jika mereka tiada.
Siapa lagi tempat untuk kita tangisi
sewaktu memohon keampunan.?
Pada lutut siapa ingin kita peluk dan cium?
pada tangan siapa ingin kita kucup
pada pagi Aidil Fitri?


Mengapa sukar kamu luangkan masa untuk ibu kamu
yang semakin tua di kampung halaman?
Mengapa kamu tidak berasa rindu kepada orang tua kamu?
Padahalnya,
Sedarkah kamu...,
Ibu dan ayah di kampung,
sedang amat merindukan kamu?
Ketahuilah kamu,
setitis air mata ibu itu jatuh membasahi pipi,
kamu sudah tergolong sebagai anak derhaka!


Disgusting!
Saya tidak suka kepada anak derhaka!
Saya tidak mahu berkawan dengan anak derhaka!


Syurga..
"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu"
Pernah kita lihat ada syurga?
Tak pernah kan?
Sebab itulah tidak ada orang mahu syurga.
Sebab syurga itu ajaib.
Keajaiaban yang Allah simpan untuk hambaNYA
yang betul-betul
mengharapkan syurga ALLAH.
Sebab ALLAH nak tengok,
sejauh mana keikhlasan kita.
MAhu benar-benar hormati orang tua,
atau sekadar tamak mahukan kebahagiaan di syurga?


Hey, saudara!
Kalau ibu kamu pon kamu tak hormat!
Jangan harap nak dapat syurga!
Call awek 24-7!
Call mak kamu?
Sebulan sekali pon payah!
Eh, Blah la lu mat!


Kalaulah ALLAH tunjuk nikmat syurga itu,
tentu tidak ada ANAK DERHAKA kan????

No comments:

Post a Comment