Saturday, September 4, 2010

"Senarai Mohon ampun pada Mak dan Abah pada Pagi AIDIL FITRI"






Ha...,
nampaknya Raya bakal jelma tak lama lagi!
Macam mana?
Senarai menu dah siap?
Senarai tetamu jemputan rumah terbuka?
senarai baju untuk dipakai pada raya ke berapa?

Ish2...
semanya dah ready eh!


By the way, senarai dosa
nak minta ampun pada mak dan ayah, dah siap ke belum????


Kadang-kadang kita tak sedar.
kita hanya minta ampun,
pada mak dan abah
setiap kali raya.
Itupun kalau ada umur lagi nak tunggu raya!
Kalau dah mati, tak sempatlah nak minta ampun hari raya kan?


Jadi, siapkan diri,
bak kata USTAZ:

Memohon ampun kepada Ibu dan bapa bukanlah disuruh pada hari raya sahaja.
Sebaliknya,
setiap kali masuk tidur,
mohonlah keampunan kepada ibu dan bapa.
Kerana kita tidak tahu,
bahawa terdapat berjuta dosa kita lakukan
kepada ibu dan bapa,
pada siang hari sebelum kita masuk tidur!

WAH!
banyaknya dosa kita!
Jadi, ada bran? minta ampun setiap malam sebelum tidur?
Sebelum tidur bukan call awek tau!
Tapi call mak, ayah,
minta ampun. Hahaha..

Lumrah alam,
setiap orang yang ada pasangan (pasangan yang belum sah)
KOMFEM akan call sebelum masuk tidur
to wish :

I LOVE U
I MISS U


Tapi kalau dengan ibu dan ayah, susah betol nak buat camtu kan! Kenapa ehhh?????

*Bertanya kepada diri sendiri, adakah aku tergolong dalam senarai orang yang begitu???? Sambil menggaru-garu kepala!*

Pernah ada impian untuk jadi anak yang soleh?
Bagusnya kalau anda ada impian menjadi anak yang soleh dan solehah.
Tapi,
kalau ada,
mengapa kamu selalu sahaja lawan cakap ibu dan ayah kamu?
kenapa kamu selalu ingkar suruhan mereka?
Mengapa kamu tidak membantu mereka?

Bagi yang gadis:
kenapa kamu tak bantu ibu masak?
Kenapa kamu tak bantu ibu membasuh baju?
Kenapa bilik kamu perlu ibu ingatkan baru nak kemas?
Kenapa baju kamu dan pakaian dalam kamu ibu yang basuh? Ibu yang ampai?
Kenapa selepas makan, pinggan kamu ibu yang basuh?
Kenapa waktu solat kamu ibu yang perlu ingatkan?
Kenapa tiap kali ibu pulang kerja kamu tidak menggembirakan hati ibu?
Kenapa kamu sering beranggapan tinggal dengan ibu adalah satu bonus untuk kamu untuk kamu tidak perlu belajar berdikari?


Bagi si teruna :
Berat beban kain yang sudah dibasuh itu, ibu angkat sendiri?
Peluh ayah menitik ketika mencangkul, kamu pula sibuk dengan FB ?
Ibu panggil, minta tolong angkat Periuk besar, kamu sibuk bergayut di HP?
Ayah mesin rumput di bawah terik matahri, kamu kata, biarlah, ayah sihat lagi?
Ayah pergi cari barang yang hilang sampai sakit pinggang,
biarlah itu barang ibu, isteri ayah!
Ayah terduduk lesu, kepenatan, saya pun penat, macam mana nak picitkan kaki ayah?
Ayah dahaga selepas berpanas di bawah terik mentari di sawah,
ayah ambillah air sejuk sendiri dalam peti tu!
Ayah sibuk bermain lumpur, kamu sibuk bermain PS3?


KALAU DENGAN SEMUA INI, KAMU MASIH LAGI BELUM SEDIAKAN SENARAI MOHON AMPUN PADA PAGI RAYA NANTI,

P/s: Pesanan saya, Sila buat senarai segera! Takut nanti kamu tidak sempat menyemak senarai itu, dan kamu tidak sempat jadi anak yang bakal ke SYURGA! :)

No comments:

Post a Comment