Friday, August 26, 2011

Pregnancy Craving! Now, it's end [maybe]



Terima kasih buat suami tercinta. Sebab izinkan kita sekeluarga [+ baby in my tummy] untuk balik ke kampung.

Actually, nak renew passport. By then, we all pilih untuk renew di Malaysia supaya saya boleh hilangkan rindu dan mengidam teruk nak makan macam-macam yang ada kat Malaysia. Itupun masih ada yang terlupa nak makan. Maklumlah, bulan puasa. Dapat makan malam je. Masa yang pendek dan akhirnya balik semual ke Australia, baru teringat, saya belum makan cempedak goreng!!!

Aiyooo!! Kat manalah nak cari cempedak goreng di Oz ni. Alamatnya, tak makanlah. Tak apalah kalau macam itu. Mungkin ada kebaikannya kenapa saya benar-benar terlupa tentang cemepedak goreng tu.

Balik ke kampung, mulanya, saya hilangkan mengidam makan masakan mak mentua, ikan salai masak lemak. Makanan orang Indonesia, mungkin. Ikan salai tu, macam ikan kering. Tapi tak masin. Sedap juga. Kena dengan tukang masaknya, maybe, Kalau orang melayu yang masak, tak sedap kot.

Suami ke bazar Ramadhan dengan saya di Tanjung Malim. Saya suka sangat kuih Seri Ayu dan Cara Manis. Beli untuk berbuka. Sedap. Hilang lagi mengidam saya untuk kuih.

Selesai masa di rumah mentua, saya dan suami berangkat ke rumah mak dan ayah saya pula. Saya sudah pesan awal-awal kepada kakak dan angah saya, bawaha saya mahu masakan mereka. Angah pandai masak sup, sebenarnya. Tapi saya cancelkan menu itu sebab saya masih belum boleh lihat daging. Mak mentua masak daging pun, saya jadi mual. Jadi cancel sup daging. Kakak pula sangat hebat masak tomyam. Disebabkan saya tak boleh makan daging dan ayam, saya minta kakak masakkan Tomyam Seafood untuk saya.

Saya nak yang pedas-pedas. Syukur, dapat juga. Saya rindukan masakan emak. Saya minta emak masak macam-macam. Niat saya bukan hendak susahkan emak. Tetapi kerinduan buat saya tidak mahu memasak. Saya mahu air tangan mereka. Kakak dan angah, sejak jam 12 tengah hari sudah masuk dapur! demi memasak untuk saya yang mengidam masakan mereka. Saya bersyukur ada adik beradik yang memahami dan saling menyayangi.

Khamis pula, abang saya pulang. Saya minta dia belikan air asam boi. Sedap dan masam. Tapi macam biasalah, kalau di bzar, air bukan sedap sangat. Maaf, ya peniaga air di bazar. :)

Khamis juga, saya ambil kesempatan dengan suami ke pekan terdekat untuk beli kuah rojak buah. Malangnya, tak dapat dan terlupa nak bawa ke Australia.

Saya ke rumah ibu angkat USM. Wak Som dan Wak Amat sihat-sihat sahaja. Rindu dengan bingka sawit, jadi saya minta ibu angkat saya buatkan bingka sawit untuk saya. Banyak! Saya cuma makan 2-3 potong sahaja. Saya sudah menyusahkan orang lain demi kehamilan ini! Mengada-ngada!!

Kesepian, Berfikir! DEMI ZURIAT


Alhamdulillah, genap sudah 13 minggu kehamilan saya. Alangkah mencabarnya dugaan dan rentetan masa untuk menjadi seorang ibu. Bukan mudah mengandung, melahirkan dan membesarkan. Agaknya beginilah yang dirasai oleh ibu-ibu lain.

Syukur, segala persiapan sudah sedia. Terima kasih, rakan yang telah berpindah ke Brisbane, kerana menjualkan semua kelengkapan bayi kepada kami. Walaupun masih awal, dan ada orang tua berpesan jangan bersiap awal-awal, tidak mematahkan semangat. Kerana saya yakin, Allah lebih mengerti. Jika ada rezeki saya, maka adalah.

Keperluan baby, tidak perlu lagi kami beli yang baru. Maafkan mummy dan daddy sayang. Mummy dan daddy terpaksa belikan barang-barang second hand untuk kamu buah hati sulung kami. Inilah suratan kehidupan yang anakanda perlu faham nanti. MUmmy yang tidak bekerja dan daddy yang sibuk belajar, menyebabkan perkara ini berlaku. Kita perlukan wang demi kelangsungan hidup sehingga daddy habis belajar, ya, sayang!

Sudah 13 minggu umur sayang dalam mummy's tummy. Jaga diri baik-baik. Makan banyak-banyak semua nutrien yang mummy beri. Lahir ke dunia nanti, jadi anak mummy yang sihat. Jangan nakal-nakal.. :)

Pada minggu ke-9, Allah telah berikan mummy satu perasaan bahagia yang tidak dapat mummy nyatakan dengan ungkapan kata-kata. Kali pertama mummy dapat lihat sayang, walau hanya dalam skrin scan radiologist. Mummy nampak sayang bergerak-gerak terkena pada bahan ultrasound itu. Seronok, ya, sayang? Mummy nampak sayang berenang dalam mummy's tummy..:) so sweet. I saw your daddy, he smile too when he look at you! :)

Syukur, pihak radiologist sangat cemerlang dalam kerja mereka. Di sini, Toowoomba, AUstralia, mummy telah diberikan injection for flu and after the ultrasound scanned, they gave mummy your picture in a CD. Mummy boleh simpan gambar sayang sampai sayang lahir. Mummy tunjukkan nanti, ya. So, no more kertas-kertas. Kalau kertas takut hilang. Insya-Allah, mummy akan buat project scrap book untuk sayang..:) Sweet sangat lagi, kan!

Mummy and daddy dah bawa sayang balik kampung jumpa atuk, opah dan nenek. Jadi, lepas ni, no more nausea, okay! Kena tolong mummy, makan banyak-banyak. Cepat besar ye sayang. Bila dah besar, tak ada lah mummy rasa pening-pening lagi.. Sekarang sayang tengah nak membesar, mummy pun jadi pening waktu sayang nak membesar.. Tak apa, kita kuat sama-sama, ya! Tengok daddy, kuat je. Sikit pun daddy tak merungut nak layan kehendak kita berdua. Sampai kita boleh balik kampung makan sedap-sedap. Nanti, dah lahir, jangan nakal-nakal dengan daddy, okay! Promise!

Thursday, August 4, 2011

Indahnya Cinta Selepas Pernikahan

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah S.W.T dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.

Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.

Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?

Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.

Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!

Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]

Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).

Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.

Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.

Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.

Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.

Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!

Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.

Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.

Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?

Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!

Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.

"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).

Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!

Friday, July 15, 2011

Awal Kehamilan

Keadaan di awala kehamilan sangat menduga.
Lemah.
Longlai.
Kusam.
Tertekan.

Penat dan pelbagai rasa bermain dalam jiwa.
Cuma hanya satu berada paling atas.
RASA SYUKUR.

Biar penat bagaimanapun, syukur dan bersujud kepada Allah, tanda gembira dan
terlalu gembira.

Terima kasih Allah atas pemberian ini.
Sungguh kami sangat bersedia dan redha dengan ketetapan-Mu.

Jadikanlah anak ini anak yang cemerlang.
Anak yang soleh dan solehah.
Anak yang menurut ajaran-Mu dan Rasul-Mu, Tuhan!

Sihatkanlah kami.
Kuatkanlah kami...

AMIN...

Seusai Maghrib 14 Shaa'ban


Selesai Maghrib pada hari ini.
Alhamdulillah, badan tidak lagi lemah.
Mungkin lemah kerana kuranya makanan yang masuk ke dalam denyut nadiku..

Bukan mummy mahu salahkan kehadiran baby..
Semua ini adalah kehendak Ilahi.
Sudah ditakdirkan mummy tidak mampu menelan
makanan yang ayah sediakan..

Bukan memilih...Tetapi sukar ditafsir bagaimana rentak keinginan
rasa untuk menggigit makanan...
Syukur, hari ini, mummy sudah mula makan..
Itupun makanan kegemaran mummy yang selalu Opah masakkan sewaktu mummy di kampung dulu..
Kalau demam, mummy hanya mampu makan laksa...
Nasi memang tak boleh. Jadi mungkin waktu mengandung begini juga, mummy hanya mampu
makan laksa sahaja. Doakanlah rasa ini hanya seketika, sayang..

Mummy takut baby yang kekurangan zat...
Mummy mencuba bertahan demimu, sayang..
Insan yang mummy dan ayah tunggu...

Terima kasih wahai suamiku...
Dengan rela hatmu mengorbankan sedikit masa untukku..
Membekalkan isterimu dengan makanan yang telah mula masuk ke dalam salur
anak kita...
Semoga makanan ini membawa 1001 kekuatan untuk anak kita terus membesar dan membesar
dan lahirnya nanti sebagai anak yang sihat, solehah dan cemerlang...

Suamiku,
Doakan isterimu selalu..
Agar dia terus kuat melawan rasa lemah
setelah sama-sama membahagi nutrien demi bdan dan anak kita..
Semoga vitamin yang ada, cukup untuk kami..
dan kasih sayangmu, sangat-sangat kami perlukan.

Buatmu, suamiku.
Terima kasih demi cinta dan kasih sayang ini...
Terima kasih...

Thursday, July 7, 2011

DOA elak keguguran

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-elak-keguguran-bayi-dari.html#ixzz1RNYCZNGO

Surah Al- Hij'r
Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-elak-keguguran-bayi-dari.html#ixzz1RNYLpkBS

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman..

"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

ADAB suami ketika isteri hamil

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin"

6. Suami hedaklah kerap mengerjakan solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Amalan Suami Ketika Isteri hamil

Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

1. Banyakkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl:78, surah Al A’raf:189, dan ayat Kursi.
2. Banyakkan membaca doa-doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
3. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
4. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
5. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dan lain-lain.
6. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.
7. Dilarang memakan benda-beda haram, memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
8. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
10. Suami hendaklah menjauhi diri daripada sifat marah dan benci pada isteri.
11. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan isteri
12. Dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir kelak.

Doa ibu Untuk Bayi dalam Kandungan

DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN


Bismillahirrahmaanirrahiim

Allaahummahfazh waladii maa daama fii bathnii wasyfihi anta syafin laa syifaa'a illaa syifaa uka syifaa un laa yughaadiru saqamaAllaahumma shawwirhu fii bathnii shuuratan hasanatan wa tsabbit qalbaha iimaanan bika wa birasuulika
Allaahumma akhrijhu min bathnii... waqta wilaadatii sahlan wa tasliiman
Allaahummaj'alhu shahiihan kaamilan wa 'aaqilan haadziqan 'aaliman 'aamilan
Allaahumma thawwil 'umrahu wa shahhih jasadahu wa hassin khuluquhu wa afshih lisaanahu wa ahsin shuuratahu liqiraa'atilhadiitsi wal qur'aani bibarakati muhammadin shallallaahu 'alaihi wa sallama
Walhamdu lillaahi rabbil Alamin...

Doa untuk bayi dalam kandungan

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ

لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Tuesday, July 5, 2011

berjimat cermat

erjimat cermat bukan sahaj dalam menguruskan wang.

Sebaliknya kita perlu berjimat cermat menguruskan bekalan air dan lektrik. Jangan sampai membazir,
membayar bil utiliti yang sangat banyak hanya kerana kita telah membazir bekalan elektrik dan air.

Membazir itu amalan Syaitan.
Mengikut cara hidup syaitan sangat tidak digalakkan dalam Islam.

Bagaimana mahu berubah?
Ubah diri dengan faham konsep, berjimat cermat,
pasti akan membawa kejayaan.

Kejayaan dalam bidang apa?

Wang.

Wang itu sangat mustahak.
kita perlukan wang dalam melakukan pelbagai kerja.
Kalau sakit, perlukan wang.

Maka, beringatlah sebelum terkena.
Menyimpanlah demi masa depan.



*Jangan simpan duit dan makan bunga.
HARAM.

Allah lebih peka dalam rancangan-Nya.

Kita hanya hamba.
Tatkala kita susah,
kita barulah mencari-cari Tuhan.

Ketika kita senang,
Di mana Allah, kita tidak tahu.
Entah bagaimana mahu mengubah pemikiran manusia,

Sentiasalah mengingati Allah dalam jaga dan tidur,
dalam susah dan senang,
dalam sedih dan gembira,
Dalam tawa dan duka...

Semoga Allah juga selalu ingat kepada kita...
Tanda kasih dan sayang-Nya,
Dia masih lagi beri kita nyawa.

Pernah kita bersyukur, khas untuk itu?

Amanah Allah

Mampukah kita menjalankan amanah Allah yang telah
kita ikrarkan ketika sebelum masuk ke dunia...

Entah mampu entah tidak..
Entah apalah yang kita ikrarkan...

Fikir-fikirkan,
Apa yang telah kita lakukan separuh daripada hayat yang telah kita pinjam ini?

Cahaya Mata

Pernikahan bukan sahaja untuk suami dan isteri.
malah, pernikahan akan membawa kepada kelahiran beberapa nyawa lain.

Begitu juga dia.
Dia mengharapkan kehadiran cahaya mata yang bakal menghiasi kehidupan mereka.
Mengharapkan,
perlulah ditabah dengan doa dan usaha.

Malangnya,
masih ramai yang selalu bersangka buruk dengan Tuhan.
Begitu juga dengan saya.

Allah bukan tidak sayang
Allah bukan tidak mahu beri.
Allah bukan tidak athu.

Sebaliknya Dia Maha Tahu akan segala-galanya buat kita.

Masa, bilangan dan jantina cahaya mata,
hanya Allah SWT sahaja yang Maha Tahu.

Janganlah kita persoalkan kenapa dan kenapa?
Bahkan, takut-takut tergelincir iman.

Bukan kita tidak redha,
cuma hasrat melebihi iman dan iman selalu sahaja ditinggalkan ditempat yang kedua.

Ya Allah,
andai ada jasad yang kau hidupkan di dalam rahimku, maka
Kau jagakanlah ia untukku.
Kau sihatkanlah jasad itu.
Kau bentukkan jasad itu dengan sebaik-baik bentuk.

Andainya masih kosong rahimku,
Kau sediakanlah rahimku ini
untuk jasad muslimin dan muslimat solehah
yang lebih baik dariku
dan lebih baik dariku
serta lebih baik dariku...

AMIN