Thursday, December 16, 2010

120 jam bergelar ISTERI kepada En.Suami

sudah 120 jam dia bergelar isteri kepada lelaki tersebut. kehidupan yang dahulu sunyi, kini
ceria dengan gelak tawa dan manis manja suami dan isteri.
Tidak ada sakit hati, tidak ada jelak benci.

Yang ada cuma rasa tanggungjawab,
kasihan,
rindu dan cinta yang semakin menggunung dalam jiwa.
Selama ini entah apa tu tanggungjawab.
Kadang-kala, tanggungjawab untuk diri sendiri juga belum tertunai...


Kini,
tanggungjawab beralih kepada masing-masing bahagian.
Dengan tidurnya,
dapat dia melihat wajah suami yang tenang dan bahagia.
Dalam tawanya,
dapat dia melihat ceria suami dengan penman setia.
Dalam diamnya,
dapat dia melihat betapa suami kerap berfikir demi kebaikan.
Dalam bicaranya
dapat dia melihat betapa suaminya bertutur lembut dan mudah difahami.
Dalam lenggok langkahnya
dapat dia melihat betapa suaminya mengejar masa agar perkahwinan ini tidak disia-siakan masanya.


Untukmu suami,
isteri selalu mendoakan agar Allah melindungimu dan isterimu.
Semoga setiap labgkah kakimu dirahmati Allah.
Semoga tiap senyummu membawa kebaikan.
Semoga tiap tawanya membawa bahagia untuk kebaikan bersama.
Semoga tutur lembutmu sellau menyejukkan telinga..
Semoga tidurmu, jadi panduan bahawa, jika gelap duniamu, isteri masih ada, setia di sisi menemani...



**Untuk abg,
Hey, sayang awak, tahu! :))

2 comments: