Tuesday, January 4, 2011

Gembira. Bukan lagi mimpi. Tapi inilah kenyataan


*26 hari*

countdown setelah bergelar isteri.
Bukan rasa sunyi lagi yang jadi peneman setia diri.
Sebaliknya rasa bahagia dan diterima merupakan satu petanda bahawa bahagia itu ada di sana.

Setelah kali pertama menjejakkan kaki di negara Kanggaroo ini,
bermulalah kehidupan berdua.
Asam garamnya mulai terasa.
Pahit manis (manis sahaja yang ada hendaknya) juga bercambur-baur.

Kini semua kebahagiaan bukan lagi ilusi. Bukan
lagi suatu dilema.
Sebaliknya bahagia ada di depan mata.
Indahnya menjalani hari-hari dengan mengait pahala,
merungkai dosa...!

Memasak,
mengemas,
mencuci lantai rumah juga rasanya sesuatu yang sangat indah!

Tatkala hati berbicara sendiri ketika suami tiada,
tidak tahu bagaimana hendak diluahkan rasa bahagia itu.
Inilah,
rasanya bercinta selepas kahwin.
Keindahan, yang dirasai SANGAT INDAH!

Setiap kali hidangan dijamah, hati berasa sangat terharu.
Biar sedap atau tidak,
semuanya diratah tanpa bicara.
Ampunkan diri ini suami, andai apa yang ada pada lidahmu,
tidak sesedap yang kau sangkakan...

Mengemas sebuah mahligai,
terasa bagaikan masa tidak berjalan.
Statik!

Mahligai bahagia ini,
kususun dengan penuh rasa sayang dan syukur.
Keindahan,
wangian,
dan aku sentiasa berdoa,
agar AKU SELALU MENJADI BIDADARInya...
di dalam mahligai syurga ini...

Keinginan menjadi yang terbaik buatmu,
bukan lagi hanya angan-angan.
Sebaliknya akan aku usahakan menjadi yang paling baik dalam hidupmu.
Selamanya.
Bukan sehari atau 26hari.
Sebaliknya, hingga ke syurga.

Tawa dan senyummu,
menjadi igauan setiap langkahku.
Aku menjadi bahagia dengan rasa kasih dan sayang yang semakin hari semakin mendalam.
Bukan lagi angan-angan.
Sebaliknya inilah CINTA sejati.


Biarkan aku menjadi bahu tempat kau bersandar
biarkan aku menjadi kaki saat kau tidak mampu berjalan
biarkan aku menjadi mata saat kau sudah tidak bisa melihat
biarkan aku menjadi mulut saat kau sudah tidak bisa merasa
biarkan aku menjadi rumah untuk kau terus berteduh

dan aku juga mengharapkan,
saat aku sudah tiada di dunia ini,
kau akan menjadi mata buat aku melihat
bumi di atas sana.

2 comments:

  1. best nyer....bila la ayong lak nak dapat cam alyn....dapat kebahagian....

    ReplyDelete
  2. anynone can get it. Grab the chances!

    ReplyDelete