Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Ibu. (Saya juga mahu jadi ibu terbaik!)

Sambutan Hari Ibu.
Di Malaysia, tidak tahu bagaimana. Seingat saya ketika saya berada di Malaysia,
sambutan Hari Ibu, hanya diuar-uarkan tidak segah dan sebesar iklannya di sini.

Ketika saya dan suami berjalan-jalan di sekitar bandar,
menghabiskan masa berdua pada hari yang dilaungkan sebagai hari ibu,
saya dapat melihat,
betapa indahnya perkongsian rasa antara ibu dan anak.
Tidak kira yang kecil atau yang besar.

Saya hairan,
lalu bertanyakan kepada suami.
Ke mana agaknya penduduk bandar kecil ini?
Mungkin bercuti barangkali. Tidak ramai yang kami temui sewaktu
kami menghabiskan masa berdua.

Semalam, hari ibu.
Saya buat sebiji kek coklat untuk Hari Ibu.
Niat saya, kek itu untuk mak dna mak mentua saya di kampung. Andainya
saya ada di kampung, kek itu akan saya suapkan pada mulut mereka.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana
mereka juga menyuap saya dan suami pada suatu masa dahulu.

Terima kasih mak, kerana melahirkan saya.
Terima kasih Emak kerana melahirkan abang.
Tanpa mak, kami tidak ada di atas muka bumi ini.

Setelah pulang ke rumah,
melihat suasana rumah yang agak sunyi dan sepi,
saya menangis seorang diri.
Tambahan pula dengan bahan bacaan yang suami belikan,
Guide To Pregnancy
membuatkan air mata saya semakin lama semakin membasahi pipi.
Panas dan resah.
Suami yang masih berada di dapur tidak tahu bahwa saya sedih sehinggalah dia mendekati saya dan bertanya mengapa saya bersedih.

Jawapan saya cuma satu.
Orang lain gembira,
walau hari apa pun,
mereka gembira dengan anak yang mengelilingi mereka.
Tambahan pula diuar-uarkan hari ini Hari Ibu.
Hari menunjukkan kasih sayang yang EXTRA kepada ibu masing-masing.


Tetapi bagi saya,
saya menyambutnya tanpa seorang anak pun.
Tanpa anak yang belum rohnya Allah tiupkan ke dalam Rahim saya.
Entah kenapa,
saya mengusap perut sendiri.
Betapa saya inginkan ruang ini dihuni oleh sebentuk nyawa dan roh yang
bakal memeriahkan rumah tangga saya dan suami.

Pada suami saya sandarkan kepala.
Betapa saya sedih.
Tidak terucap kata-kata lain selain
"SABAR, masih belum ada rezeki kita"

Suamiku,
Betapa aku mahu memiliki zuriatmu.
Betapa aku mahu nanti,
anak kita seiras wajahmu.
Betapa aku mahu,
wajah comel itu kita tatap,
sepanjang hari.
betapa aku mahu,
meraikan kejayaan PhD mu dengan
manusia kecil yang keluar dari Rahimku.
Aku mahu dia melihat kejayaan papa...dan akhirnya mengikut jejak langkahmu.
Betapa aku mahu ada suara kecil yang memanggilku, Mummy..




Suamiku,
Betapa aku bersyukur memiliki suami
sepertimu.
Penyabar dan selalu menyabarkan.
Benar, masih awal.
Kita masih bercinta.
Semoga kisah cinta kita ini,
ada penyambungnya...





Kita sabar.
Ada hikmahnya. :)

Untuk suami : Saya mahu bayi comel itu, sama sepertimu!

No comments:

Post a Comment