Monday, May 30, 2011

Haram bersalam dengan ipar!

Masih ada yang belum tahu bersentuhan dengan ipar dan membuka aurat di hadapan ipar adalah haram. Ipar merupakan mahram sementara. Maka, sementara itu bermakna, tidak boleh bersentuhan dan melihat aurat dalam masa-masa belum halal.

1. Hukum jabat salam dgn perempuan non-muhrim secara umum

Hukum yang benar ialah lebih baik menghindari berjabat salam dengan perempuan non-muhrim kerana sentuhan lebih kuat rangsangan nalurinya daripada memandang. Dalilnya: dari Ma'qal, bahawa Nabi SAW bersabda," bahawa jika ditusuk dengan besi dikepala seseorang adalah lebih baik baginya dari memegang-megang perempuan yang tidak halal baginya." HR atTabrani, disahihkan oleh alMuhaddith al-Albani dalam Sahih alJaami' # 4921.

Dibolehkan dalam keadaan yang aman dari fitnah dan suasana yang memerlukan (berbuat demikian) demi menunjukkan rasa ukhuwwah dan kasihsayang atau simpati, contoh: mengucap selamat jalan untuk perjalanan yang jauh, menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama, atau belasungkawa (takziah) kerana tragedi dan musibah. (Fatwa Dr Qardhawi dan Dr Abd Halim Abu Syuqqah dalam Fatawa Mu'asirat dan Tahrir alMar-ah)
Jika ingin bersalaman, hendaklah berlapik (Syaikh Athiyah Saqr, alHijab baynaatTasyri' wal Ijtimaa')

2. Bersalaman dengan adik ipar perempuan dgn abang iparnya.

Hubungan iparduai hanyalah mahram sementara sahaja, maka bersalamannya juga hendaklah dielakkan dalam amalan harian kecuali dalam keadaan yang aman dari fitnah dan suasana yang digariskan di atas. Ini kerana amaran Baginda saw kepada ipar: " alHamuu alMaut" maksudnya " ipar itu adalah maut. [alBukhari, # 4831, cet saudi]

Komentar alSyawkani (alNayl, 6/122), maksud ipar adalah maut dikhuatiri akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Maka hendaklah ditutup segala pintu2 fitnah spt bergurau, bersalaman dan berkhalwat. [Dr Soleh alFawzan, Tanbihaat, kementerian Waqf, KSA, 1420H)

sekian

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=29825

Semoga dicucuri rahmat!

Al-Fatihah buat Tuan Adlie yang telah kembali ke rahmatullah
pada hari Ahad yang lalu, dan dikebumikan pada hari ini, hari Isnin.

Semoga isteri Allahyarham tenang dan sentiasa tabah dalam membesarkan
anak-anak yang masih kecil.

Saya terharu dengan semangat Allahyarham dalam mendidik anak bangsa melalui terjemahannya dengan kumpulan penerbit terbesar, PTS.

Semoga kebaikan Allahyarham dibalas setimpal oleh Allah SWT. Jika ada dosa Allahyarham dengan saya, telah saya ampunkan, selebihnya, dengan Allah SWT, saya mohon ampun untuk Allahyarha.

Semoga Allahyarham bahagia di sana...

AMIN..

Nota : Buat isteri Allahyarham Adlie Syamsudin, penterjemah PTS, tabahlah Puan Siti Syuhada. Saya sebagai rakan jauh, mendoakan Puan sentiasa kuat demi anak-anak. Yakinlah, ganjaran buat Puan sebagai isteri solehah turut sama diterima oleh Allahyarham... AMIN.

Insan Baik, Tentu Allah Mahu Mereka Pelihara Hambanya Yang Lain?

http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/05/kenapa-ustaz-ustazah-ramai-anak.html

Hai, Khalis, maaf ambil sedikit topik dari blog kamu.
Mungkin ada sebab,
bagi saya, mereka kemungkinan baik (iman mereka pengiranya bukan kita,
sebaliknya, ALLAH)

maka bersangka baik sahajalah kita bahawa, orang baik dibenarkan Allah menjaga
hamba-hamba Allah yang lain supaya menjadi baik.....

Nota : hanya Allah SWT sahaja yang tahu...

Friday, May 27, 2011

Hari ini dalam sejarah.

Kalaulah mak ada saat ini di sisi,
Tentu mak bangga dengan adik.
Adik bukan macam dulu lagi...
Adik dah jadi insan berguna.
Adik tak lupa segala apa yang mak ajarkan...

Mak
Hari ini adik buat kek. Khas untuk suami adik.
Adik nak dia tahu adik hargai dia dengan segala
pengorbanannya.


Mak nak tahu, resipi kek ini, adik cipta
berdasarkan pembacaan resipi orang lain...
Terima kasih kepada tuan punya resipi di Myresipi.com.

Kek Musim Gugur (AUtumn Season)

3 cawan tepung gandum
500ml air paip
83ml minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil jus lemon @ vanilla essence
i sudu besar butter (unsalted)
2 cawan caster sugar (gula yang sudah halus)

Untuk cream:

500g butter (unsalted)
1 cawan icing mixture (apa-apa jenama pun)
di OZ saya pakai jenama COLES. :P


Cara-cara,

bahan kek disatukan di dalam bowl,
mix with electric mixer until it becomes
mix well and good texture.

grease your plate or what ever you use for baking pan,
then pour the mixture into the baking pan.

put in in the oven
in 200degrees, about half an hour or when ever it cook well.

cold it then ready for the cream.
Butter in room temperature,
mix well with the icing mixture until it becomes
white and fluffy.

saperate it into how many colour you want.
then put the colouring in the bowl you have.

then decorate your cake, as what design you want it!

Tada.....here's mine..:)

Fedtri Yahya, menamatkan zaman bujangnya!

Tahniah!

Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

Menurut Fedtri Yahya..

Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.


“Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.


Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.


“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.


“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.


Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.


Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.


“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,”

NOTA : kisah beliau hampir serupa dengan kisah saya. Hanya 7 bulan saya berkenalan dengan suami, kini kami bahagia dalam syurga rumah tangga yang kami bina...:))

Terima kasih, abang..:)

Monday, May 23, 2011

Tanah Runtuh

Kisah sedih.
Anak yatim itu kini, sudah dapat menemui ibu dan bapa mereka di alam roh semula...
Semoga Allah berikan mereka keselesaan di sana..

Al-Fatihah untuk mereka yang telah terkorban...

Friday, May 20, 2011

SUNAT SYUKUR

Setelah hati berasa gembira,
perlu juga kita sujud, Bersyukur..:)

Jom!



NOTE : Jangan sombong dengan KHaliq!

SOLAT DHUHA

Benar kata emak.
Doa banyak-banyak...

"hanya Allah sahaja yang Maha Pemberi rezeki, bukan manusia. Manusia hanya jalannya sahaja."

Hari ini, Jumaat. 20 Mei 2011.
Abang dapat panggilan telefon rezeki.
Aku anggukkan kepala tanda setuju.
dan aku mahu pastikan,
aku akan mudahkan semua urusan abang.
Tidak ada kira-kira.

Aku suri rumah.
Aku suri dia.
Aku mahu yang selesa buat abang.

Note : wahai Allah, terima kasih, Ya Allah. Terima kasih!

Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Ibu. (Saya juga mahu jadi ibu terbaik!)

Sambutan Hari Ibu.
Di Malaysia, tidak tahu bagaimana. Seingat saya ketika saya berada di Malaysia,
sambutan Hari Ibu, hanya diuar-uarkan tidak segah dan sebesar iklannya di sini.

Ketika saya dan suami berjalan-jalan di sekitar bandar,
menghabiskan masa berdua pada hari yang dilaungkan sebagai hari ibu,
saya dapat melihat,
betapa indahnya perkongsian rasa antara ibu dan anak.
Tidak kira yang kecil atau yang besar.

Saya hairan,
lalu bertanyakan kepada suami.
Ke mana agaknya penduduk bandar kecil ini?
Mungkin bercuti barangkali. Tidak ramai yang kami temui sewaktu
kami menghabiskan masa berdua.

Semalam, hari ibu.
Saya buat sebiji kek coklat untuk Hari Ibu.
Niat saya, kek itu untuk mak dna mak mentua saya di kampung. Andainya
saya ada di kampung, kek itu akan saya suapkan pada mulut mereka.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana
mereka juga menyuap saya dan suami pada suatu masa dahulu.

Terima kasih mak, kerana melahirkan saya.
Terima kasih Emak kerana melahirkan abang.
Tanpa mak, kami tidak ada di atas muka bumi ini.

Setelah pulang ke rumah,
melihat suasana rumah yang agak sunyi dan sepi,
saya menangis seorang diri.
Tambahan pula dengan bahan bacaan yang suami belikan,
Guide To Pregnancy
membuatkan air mata saya semakin lama semakin membasahi pipi.
Panas dan resah.
Suami yang masih berada di dapur tidak tahu bahwa saya sedih sehinggalah dia mendekati saya dan bertanya mengapa saya bersedih.

Jawapan saya cuma satu.
Orang lain gembira,
walau hari apa pun,
mereka gembira dengan anak yang mengelilingi mereka.
Tambahan pula diuar-uarkan hari ini Hari Ibu.
Hari menunjukkan kasih sayang yang EXTRA kepada ibu masing-masing.


Tetapi bagi saya,
saya menyambutnya tanpa seorang anak pun.
Tanpa anak yang belum rohnya Allah tiupkan ke dalam Rahim saya.
Entah kenapa,
saya mengusap perut sendiri.
Betapa saya inginkan ruang ini dihuni oleh sebentuk nyawa dan roh yang
bakal memeriahkan rumah tangga saya dan suami.

Pada suami saya sandarkan kepala.
Betapa saya sedih.
Tidak terucap kata-kata lain selain
"SABAR, masih belum ada rezeki kita"

Suamiku,
Betapa aku mahu memiliki zuriatmu.
Betapa aku mahu nanti,
anak kita seiras wajahmu.
Betapa aku mahu,
wajah comel itu kita tatap,
sepanjang hari.
betapa aku mahu,
meraikan kejayaan PhD mu dengan
manusia kecil yang keluar dari Rahimku.
Aku mahu dia melihat kejayaan papa...dan akhirnya mengikut jejak langkahmu.
Betapa aku mahu ada suara kecil yang memanggilku, Mummy..




Suamiku,
Betapa aku bersyukur memiliki suami
sepertimu.
Penyabar dan selalu menyabarkan.
Benar, masih awal.
Kita masih bercinta.
Semoga kisah cinta kita ini,
ada penyambungnya...





Kita sabar.
Ada hikmahnya. :)

Untuk suami : Saya mahu bayi comel itu, sama sepertimu!

Berkahwinlah! Elakkan ZINA!

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :


“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”

Friday, May 6, 2011

Kelebihan SUrah Al-Fatihah.




Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:


1-”Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
2-”Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
3-”Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
4-Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.

5-Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
6- Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah
7-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
8-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
9-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Langkah Pertama-Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

Langkah Kedua-Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Langkah Ketiga-Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
Keempat-Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.

Labgkah keempat-Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
“Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan”.

Rujukan :

http://www.lailahaillallah.com/

Jangan Bersedih (Laa Tahzaan) Wahai Kaum Wanita!




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

WANITA - Betapa hebatnya kalian. 19 hadith daripada Rasulullah SAW


Gambar tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Dikirim dalam 19 HADIS TENTANG WANITA

Salin dan tampal daripada kawan blog lain.. :))
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/10/16/19-hadis-tentang-wanita/
di sini.

Hari Kiamat. Makin dekatkah dengan kita?




03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat ) Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis) dikongsi oleh Syed Ubed...

Dari lama FB rakan. Bukan saya yang taip, tau!

NOTA : Takut, takut, takut. Saya masih banyak dosa!

Rumahku, Syurgaku.

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

(al-Bukhari)

Berbahagia sangat setelah mendirikan Baiti-Jannati.
Tambahan pula dengan orang yang baru sahaja
saya kenali.
Indahnya hidup, bercinta, bermesra tanpa ada halangan
daripada sesiapa dan apa pun!

Inilah hikmahnya pernikahan.
Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!(http://mavourneen.wordpress.com/2007/01/13/nikah-khitbah-solusi-masalah-cinta-remaja/)

**menyokong nikah khitbah tetapi betapa sukarnya jalan kehidupan kita, kita selalu fikirkan, kata-kata manusia. Kita jarang ambil pusing akan pandangan Allah kepada kita!**

NOTA : **Alhamdulillah, saya sudah bernikah!** :)