Monday, June 18, 2012

Mengajarkan Al-Quran kepada anak sejak awal kelahiran, bukan mustahil.

Nur Aina berusia 4 bulan sejak 11 Jun yang lalu.

Teringinnya mummy ajar Aina Al-Quran macam mana yang mummy baca, Darwisy dan Darwisya yang cerdik dan celik Al-Quran sejak kecil.

Mummy tengah cari idea, macam mana nak buat flash card untuk mulakan iqra' Aina.

Mummy start from here, read all about excellent kids with Al-Quran : dalam blog ini http://darwishndarwisya.blogspot.com.au/


Sementara mummy masih di rumah 24jam dengan Aina, mummy nak sangat ajar Aina, bermula dari yang kecil-kecil.

Mummy takut, kalau dah balik Malaysia one day, mummy tak banyak peluang nak ajar Aina Al-Quran.

Benarlah kata penulis blog ibu Darwisy dan Darwisya, hal duniawi, hal ilmu sekolah, biarkan lambat. Sebab semua itu mudah untuk catch-up.

Hal berkenaan Al-Quran perlu pendedahan awal. Sebabnya, bila kita celik Al-Quran, hati pun bersih dan mudah terima pelbagai ilmu.

Doa mummy untuk Aina, jadilah anak yang cemerlang agama dan berjaya hal dunia. Janganlah sampai pentingkan duniawi, hal akhirat dan buku utama umat Islam dibiarkan berhabuk di atas rak buku perpustakaan mini kita!

Hope that mummy and daddy can learn from it! Go with it, baby!!!!
Hasrat hati mummy tengok Bella anak Dr Harlina dan Syed Muszaphar berenang kalah dengan hasrat mummy mahu ajar Aina Al-Quran macam Darwisy dan Darwisya!



**Al-Quran hantaran untuk daddy!

Wednesday, June 6, 2012

PETUA MENCANTIKKAN WAJAH ISTERI

Petua Untuk IsteriSentiasa Cantik danBahagia


1. Selepas solat Isyak,... ambil air segelas,
bacaAl-Fatihah 1 kali,
AyatulQursi 1 kali,
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38sebanyak 7 kali.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(Al-Waaqi'ah 56:35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(Al-Waaqi'ah56:36)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(Al-Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untukmenjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Tuesday, June 5, 2012

PETUA ANAK MUDAH TIDUR SIANG DAN MALAM

1) Ajar anak anda untuk settle down sendiri.

Contoh : jika anak menangis, jangan angkat. kenal pasti cara-cara anak anda menangis. Menangis mahu diangkat atau menangis kotor dan lapar. Jika menangis kotor dan lapar, anda perlu bertindak segera. Jika hanya mahukan dipegang. Biarkan. Tunggu sehingga 10 minit. Cara begini digelar settle down by themselves.

2) Pastikan rutin anda tepat.

Contoh : Masa mandi yang sama setiap hari


3) Menyusu selepas mandi, bukan sebelum mandi. Susukan anak anda selepas dia bersih (mandi) dan pastikan pada setiap sesi feeding, rutin ini anda amalkan. NAPPY CHANGE --> SUSU --> TIDUR


4) Bagaimana mahu tidurkan anak?

Cara tidur yang sihat dan selamat : Tanpa bantal kepala, dan tidurkan anak pada bahagian tulang belakang. Dijamin kalau susu badan sepenuhnya, bayi tidak akan tercekik susu. Takdir Allah mengatasi segala-galanya.


5) Jangan ajar anak anda tidur berdodoi.

Letak --> bedung --> biarkan dia main sampai dia tertidur. Kalau dia menangis kuat, barulah diangkat.


6) Tidur malam : pastikan tidur dalam cahaya suram

(cukup sekadar lampu tidur. Jangan pasang lampu bilik) Ajar anak anda bergelap, GELAP ITU TANDANYA MALAM dan PERLU REHAT DAN TIDUR. Waktu tidur malam bukan social time.


7) Jangan berbual dengan anak anda ketika dia terjaga pada waktu malam untuk menyusu.

Diam, salin nappy dan terus berikan susu. Usap kepala anak sampai dia tertidur.

Letak --> bedung semula dan tidur. JANGAN SEKALI-KALI BERBUAL. Ajar anak anda waktu malam BUKAN SOCIAL TIME.

8) Berbual dengan anak anda pada HANYA waktu siang.


Toowoomba Base Hospital Book Care.

Hukum Main Game Aplikasi Ramalan di Facebook

Hukum Main Game Aplikasi Ramalan di Facebook


SILA AMBIL PERHATIAN..

Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".

"Rumah yang sesuai untuk anda".

"Pasangan yang sesuai untuk anda".

"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang tilik cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.


Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً
"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

sumber : fb syahirul.com dan http://muntahpelangi.blogspot.com.au/2012/06/hukum-main-game-aplikasi-ramalan-di.html

Monday, June 4, 2012

Petua Diet Sihat

Diet sihat :

6am- 9am

1) sarapan oat / cornflackes/susu segar
2) habiskan air 1 liter,
3) buah pisang





10am-12noon

1) dahulukan buah epal
2) makan nasi dengan sayur dan ikan (nasi ambil 4suap sahaja, banyakkan lauk dan sayur)
3) habiskan air 1 liter (air yg kedua)





1pm-3pm

1) makan buah, prune
2) minum air 1 liter yang ketiga
3) makan kuih karipap kentang





4pm-7pm

1) makan mihun goreng
2) minum air 1 liter yang keempat kali
3) makan prune lagi




malam:

minum susu segelas,
makan coco crunch/ weet bix/ apa2 bijirin dengan susu dan makan prune lagi sebelum tidur.





*SELAMAT BERAMAL!

PETUA AMBIL HATI SUAMI

1) Masak masakan yang dia gemari


2) Masak dan belajar masak daripada ibu mertua


3) Ikut dan taat cakap suami


4) Berwangi-wangian dan cantikkan diri di hadapan suami


5) Taat dan patuh kepada Allah SWT (menutup aurat dan jaga solat, puasa)


6) didik anak dengan baik


7) Pastikan tempat tidur kemas dan bersih


8) tidur bersama (Seolah-olah suami pakaian isteri, isteri pakaian bagi suami)


9) Salam , peluk, dan cium suami sebelum ke tempat kerja (AWAS!! PELUK DAN CIUM DI KAWASAN TERTUTUP. KEINTIMAN SUAMI DAN ISTERI TIDAK PERLU DITUNJUK PADA KHALAYAK RAMAI)


10) masak makanan yang suami gemari dan bertanya menu apa yang dia suka pada hari tersebut. Menangkan dia. Jangan asyik masak ikut tekak kita (isteri)


**Peringatan buat diri sendiri. Selamat beramal!

Thursday, May 31, 2012

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM


Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

╭ ☆╯surah al-Fatihah,

╭ ☆╯ayat al-Kursi,

╭ ☆╯surah an-Nas

╭ ☆╯dan surah al-Falaq,


Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
Lakukan sebanyak tiga kali.

Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.


Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya:


Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.


Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.


Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.

♥ Jangan lupa tekan butang SHARE ye :) ♥ Dikongsi dari laman https://www.facebook.com/ibumudamuslim

Berpantang secara sihat. Bukan berpantang , PANTANG NAMPAK!

Bercerita tentang pantang lepas bersalin. Banyak penyokong dan ada juga pembangkang. Seronok juga dijadikan debat.

Tapi bagi saya, hakikat berpantang sebenarnya ialah "menjaga pemakanan dan diet sihat."

Itu yang paling penting. Tak guna sekiranya betul-betul mengikut pantang orang tua, semua tak boleh makan, urat kembang dan sebagainya.


Logiknya ada, sesiapa pun, orang bersalin atau tidak, memang wajar kurangkan pengambilan air sejuk. Tak bagus untuk tulang. Jadi jangan hanya highlight pada orang lepas bersalin sahaja.


Tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali contoh mi, mihun, laksa, spagethi, makaroni, pasta. Hakikatnya, semua berunsur karbo. Sama macam nasi. Berpantangkah kita dengan nasi?


Apa rasionalnya tidak boleh makan makanan yang dimasak 2 kali? Saya tidak tahu. Bagi saya, bukan berpantang itu yang perlu dijaga. Sebaliknya pemakanan diet sihat sejak sebelum kahwin lagi adalah hakikat sebenar yang semua umat manusia perlu tahu! Sejak pandai makan! Sejak pandai mengunyah!


Tidak ada gunanya berpantang itu ini, tapi selepas habis pantang, anda masih amalkan makanan bergoreng dengan minyak.


Tidak ada gunanya anda berpantang seandainya anda tidak mengawal tahap pengambilan kolestrol dalam diet. Semua makanan berlemak anda sebat!


Tidak ada gunanya anda berpantang kalau seandainya tahap pengambilan gula anda tidak kawal. Nah, air MILO mamak, susu lebih banyak dari air dan MILO! Teh susu, susu pekat manis, gula pasir putih dalam segelas air teh, 3-4 sudu!


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan itu dan ini tapi tidak mangamalkan senaman bagi melancarkan peredaran darah.


Tidak ada gunanya kalau berpantang makan laksa setahun, tapi selepas setahun anda bedal laksa kuah santan + ikan (tak tahu laksa negeri mana) hari-hari tanpa jemu. Bagi saya, berpantang berpada-pada. Sampaikan makanan berkhasiat pun tak boleh di makan.


Berpantang tak makan buah, macam mana nak sihat? Buah apa? Buah yang menjamin penghadaman. Buah yang banyak kadar fibre.

Berpantang tak makan sayur. Tak semua sayur bersifat sejuk. Kalaupun sayur bersifat sejuk, masih boleh di makan semasa panas (selepas baru dimasak. Itu petua yang bagus. Makan semasa makanan masih suam. Sejuk tak elok, panas sangat pun tak elok.


Yang berpantang bagai nak rak, tak pula badan macam Mak Dara. Heee.. jangan terasa ye!

Apa pun, terpulanglah kepada penerimaan. Kalau 100 hari anda berpantang dan kemudian hari ke 101 dan seterusnya anda makan macam orang tak makan setahun, tak guna berpantang.


Yang paling penting, makanlah diet sihat.


Mesti ada yang tak boleh terima, kan? Sebab terikat dengan petua dulu-dulu. Saya tak kata berpantang itu salah. Saya juga tidak mengiakan tidak berpantang itu bagus. Yang saya tegaskan, AMALKAN DIET SIHAT!

SAY NO TO CHOLESTROL SAY NO TO SWEET AND TOO MUCH SUGAR SAY NO TO OILY FOOD


***Sebab itulah saya ada AIr-Fryer.. Ha ha.. Goreng tanpa minyak, the way I like, MOST!



MY LOVELY AIR-FRYER

Tuesday, May 22, 2012

1st mother's day for me

Tahun ini adalah tahun pertama menjadi ibu.
Tiada kata yang dapat digambarkan selain daripada bahagia dan bahagia.
Aina sudah semakin bijak.
Daddy semakin bahagia dan gembira.


Hadiah? Biarlah rahsia...
Tak ternilai hadiah daddy buat mummy...
Mummy tak dapat nak balas..:(
What ever...

Daddy, Aina: Mummy loves you both!

Nur Aina : 100 hari

Alhamdulillah,

Nur Aina sudah pun 100 hari..

Semoga Aina jadi anak yang soleh dan bijak.

Hari ini mummy nak cap jari Aina, sebagai kenangan... Sebab Mummy dah beli hand print color!!



:)

isn't it's cute!!!??

Friday, May 18, 2012

Bantu aku, dia dan mereka. Allah!

Ya Allah..

Begitu lemah hambaMu ini dalam menangkis hasutan Syaitan .
Betapa rakus hambaMu ini lalai dalam keseronokan duniawi.
Ampunilah aku, Allah.
Bukakanlah hatiku untuk terus belajar menutup aurat.
Supaya hanya akulah bidadari suamiku.
Supaya akulah wanita tercantik untuknya.
Wahai Allah, Sedih dan pilunya aku melihat insan yang aku sayangi masih belum ditutup sepenuhnya. Sedih dan pilunya aku melihat suami yang tidak pernah ambil kisah dengan aurat isterinya yang dia sendiri dedahkan kepada khalayak. Bantu dia, Allah. Bukakan pintu hatinya. Mudahkan jalannya bertaubat.

Ya, Aku masih lagi jua leka. Aku juga masih belum sempurna. Aku masih lagi belajar. Dan mereka?
Masih belum sedar.
Masih tertinggal dibelakang Iblis yang mengkhianati.
Wahai Allah, Bantulah mereka. Tersekat dalam kerongkongku, Kering air mataku, Kumohon Kau terimalah taubatku...
Tunjukkan aku jalan, agar aku juga terbuka hati untuk terus menutup aurat.

Thursday, May 17, 2012

Abah : Angiogram

Abah bersedia untuk angiogram. Hospital Serdang. 17 Mei 2012

Tuesday, April 17, 2012

Carseat yang bahaya : Peniaga FACEBOOK kaut keuntungan tanpa fikirkan keselamatan

Ada juga orang yang menjual carseat, yang hanya fikir keuntungan.

Saya terjumpa dalam lama Facebook, peniaga menjual baby carrier, yan juga boleh dibuat carseat, dan juga untuk dudukkan baby di atas kerusi orang dewasa.

Bila saya tanyakan, dapat standard safety mana-mana negara, baby carrier ni?

Dia terkedu dan seolah-olah tak nak jual kepada saya bila saya cerewet tanyakan standard safety.

Fikirkanlah sebelum kaut keuntungan, bahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Memanglah comel carrier tu, tapi boleh pula dia kata boleh jadi carseat?? nak sangkut pula pada bahagian penumpang hadapan??

Hey, macam mana nak letak anak bahagian hadapan? bahaya, tahu! Dia tak tahu agaknya.. dan ternyata, saya lihat kotaknya, seperti ada tulisan Cina...

Bukanlah saya nak kata tak elok barang tu, cuma tak safety.. Tak berbaloi dengan kemalangan, walaupun benda tu sangat comel!

Friday, April 6, 2012

Bantuan untuk Adik Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi


Alamdulillah, Aina dah sihat dan aktif semula after 24hours kena cucuk 2 bulan.. Hu hu, sayu hati mommy tengok Aina lemah je semalam...lepas bagi panadol, Aina dah okay...

Hari ini terbaca tentang adik yang tengah sakit.. Ya Allah bantulah hambaMu yang kecil itu.. Semoga Adik Sufi itu segera sembuh .. Amin!

Boleh layari FB adik ini di https://www.facebook.com/TabungAhmadSufi

Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.

Thursday, April 5, 2012

Nur Aina : After immunised :((






Hari ni sayang mommy demam sikit lepas kena cucuk.. Kaki kiri, kanan dan mulut, semua dapat ubat...

Malam, tidur merengek, Alhamdulillah tak nangis.. Kalau meragam, nangis, aduh.... Aina nampak mcm sleepy sejak semalam kena cucuk tu. Kenapa ya? Harap-harap sayang mommy cepat-cepat sihat semula.. Sedih mommy tengok Aina , muka macam tak larat sangat...Tak aktif sangat pun.. minum susu, then idur semula...

Mommy check suhu badan Aina tadi, 37.1C... Hopefully Aina cepat recover dari kena cucuk tu.. Sakit kot kena ubat 3 serentak!

Huu..kejam....

**Injection, immunise baby untuk kesihatan. Itulah kita, manusia. Hamba. Berusaha selagi mampu..