Saturday, June 4, 2011

6 Bulan sebagai isterinya

Salam...
Buat tatapan bakal-bakal isteri solehah yang mencari
ilham bagaimana untuk menjadi isteri.

Bagi yang bernikah baru bercinta,
TAHNIAH saya ucapkan.
Saya juga melangsungkan pernikahan dengan lelaki yang tidak saya kenali sebelum itu.
Dan kini, percintaan kami baru sahaja bermula.

Sudah 6 bulan kami menjalin cinta. Subur dan indah.
Setiap hari, cahaya matahari bagaikan menjadi sinar paling indah dalam kehidupan kami berdua.

Walaupun masih belum dikurniakan cahayamata,
kami akur dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.
Allah lebih pasti setiap apa yang kita perlukan.

He is the BEST after all.:) Am I right?

Bagi bakal-bakal isteri,
sediakan minda dan fizikal khas untuk bakal suami anda.
Jadikan pernikahan ini suatu ibadah yang kekal abadi.
Pernikahan menjanjikan pahala yang berterusan.
Sebagai isteri yang menjalankan kewajipannya,
memasak, melayan suami dan lian-lain,
pastinya pahala berganda buat kalian...

Pastikan, pada hari pernikahan nanti,
jiwa anda tenang dan bahagia.
Jalinkan rasa bahagia dengan lelaki yang bakal anda salami setelah sah ijab dan Qabul
dan lemparkan semanis senyuman buatnya.
Yakinlah, pilihan ini,
walaupun bukan percintaan di awal waktu,
percintaan selepas pernikahan itu yang lebih manis.

Setelah diijab qabul,
jalankanlah tanggungjawab anda.
Jangan ragu-ragu lagi.
Inilah kehidupan anda yang sebenar.

SAYA SEORANG ISTERI.
KEPADA LELAKI
YANG MENCINTAI ILAHI.

Kelebihan sebagai isteri ada dua yang mahu saya kongsikan di sini.
1 : Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

2.: Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

No comments:

Post a Comment