Monday, June 6, 2011

Suami dan Isteri saling melengkapi

Ada satu kisah yang saya baca dalam kitab �Hayya Bina Nu�min Sa�ah� (Marilah Kita Beriman Seketika). Kisah ini juga saya pernah dengar dalam kuliah Syaikh Muhammad Hassan hafizhahullah. Ia disandarkan kepada Ummu ad-Dardaa� kalau tak salah. Dan ada juga disandarkan kepada wanita lain dari kalangan Salafuna al-Salih ridhwanullahi �alayhim. Saya kira siapa pun wanita tersebut, inilah akhlak wanita pada zaman as-Salafus-Salih. Moga jadi pengajaran.

Pada malam pertama wanita tersebut berkahwin, ketika dia duduk bersama dengan suaminya buat pertama kalinya, dia memulakan bicaranya dengan khutbat al-haajah (Subhanallah!), lalu berkata : Sesungguhnya aku ini wanita yang asing bagimu, dan aku tiada pengetahuan mengenai akhlakmu dan akhlak ahli keluargamu. Maka beritahulah aku apa yang engkau sukai, maka akan aku kerjakan dan apa yang tidak engkau sukai maka aku akan jauhi!

Pergaulan yang baik adalah hak suami dan juga hak isteri. Isteri wajib diperlakukan dengan baik sebagaimana suami wajib diperlakukan dengan baik. Suami dan isteri mesti berusaha untuk memasukkan kegembiraan dalam hati pasangan masing-masing.

Seorang lelaki dan seorang perempuan itu tidak boleh memasuki alam rumahtangga melainkan dia tahu hak dan kewajipan dia. Jika si isteri melihat haknya dikurangi oleh pihak suami, dia mesti memberi nasihat dengan cara baik, dan jika dia berdiam diri maka itu dikira dia telah mendiamkan suatu mungkar! Itulah pentingnya isteri juga untuk tahu haknya.

Walaubagaimana pun, kewajipan isteri sangat BESAR. Saya berani mengatakan bahawa kewajipan isteri terhadap suami lebih besar daripada kewajipan suami ke atas isteri. Ini kerana Allah Ta�ala menyebut bahawa bagi lelaki itu dilebihkan satu darjat dan para ulama� berbeza pendapat apakah darjat tersebut.

Pergaulan yang baik mesti dimulakan dengan niat yang baik. Seorang isteri mesti meluruskan niatnya bahawa perkahwinan adalah satu wasilah untuk mentaati Allah. Mentaati suami bererti mentaati Allah. Jika dia tidak meniatkan perkahwinan untuk mentaati Allah, maka susahlah untuk dia mentaati suaminya, Dalam satu hadis sahih ada menyebut seorang wanita itu tidak menunaikan hak Tuhannya selagi dia tidak menunaikan hak suaminya!

Bagi saya, dalam perkahwinan tidak pernah ada isu yang kecil. Mungkin kita rasa perkara ini remeh, tapi setiap kata, setiap langkah, setiap gerak memberi impak dalam perkahwinan.

Untuk para suami, Nabi shallallahu �alayhi wa sallam mengibaratkan isteri ini sebagai tawanan dan lemah sifatnya (al-hadiith). Maka berlemah-lembutlah dan layanlah isteri dengan baik. Jika dengan seluruh bumi dan seisinya si suami boleh berbuat baik tetapi dengan isteri tidak, maka ketahuilah dia seorang yang berpura-pura! Itulah sebab Nabi shallallahu �alayhi wa sallam kata mereka yang paling baik adalah yang paling baik kepada isteri. Hanya isteri saja yang tahu akhlak suami yang sebenar. Jika si isteri tidak menjalankan kewajipan, si suami punya kuasa talak atau si suami boleh berkahwin lain. Tapi jika si suami menzalimi isteri..? si isteri tiada tempat lain untuk bergantung melainkan kepada Allah jualah dia memohon pertolongan. Syaikh al-Syanqiti hafizhahullah berkata : Jika hak isteri dizalimi maka itu adalah lebih besar halnya dan lebih teruk keadaannya jika hak suami dizalimi.

Untuk diri sendiri dan para isteri, harapkanlah balasan dari Allah untuk setiap keringat kita berkhidmat untuk suami dan keluarga. Harapkanlah ganjaran dari yang Maha Kaya untuk setiap kepatuhan, kerendahan, penundukan kita kepada suami.

Nasihat tidak lain untuk diri sendiri. Mudah-mudahan yang lain mendapat manfaat. Saya juga masih baru dalam rumahtangga dan masih banyak perlu dipelajari. Tidak mudah menjadi isteri yang taat di zaman yang penuh dengan propaganda Barat dan di zaman yang kononnya wanita mendahului atau sama dengan lelaki dalam banyak hal.



Copy paste from : http://al-insyirah.forummotion.com/t374-pergaulan-baik-antara-suami-isteri

No comments:

Post a Comment