Monday, June 6, 2011

Sambungan **Suami isteri saling melengkapi

Saya sudah enam bulan bernikah dengan lelaki yang tidak saya tahu asal usulnya. Saya tidak tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Saya juga tidak tahu bagaimana penerimaan keluarga pihkanya.

Setelah neam bulan ini, saya hampir tahu segala yang saya tidak tahu dahulu. Kalau dahulu, saya selalu berbuat salah dan pasti suami akan marah dan memeberi nasihat. Saya akan merajuk. Tapi, kini tidak lagi.

Kerana saya tahu, mentaati suami itu wajib dan harus bagi saya meneruskannya sehingga akhir nyawa saya. Saya tidak mahu menderhaka kepada suami. Pada hari pertama kami bernikah, saya seperti kosong dan tidak memahami apa-apa tentang suami (bercinta selepas bernikah)

Kini, saya tahu, hakikatnya saya perlu mentaati suami dan mentaati ALlah. Allah meletakkan darjat yang tinggi sebagai suami. Nabi Muhammad juga pernah bersabda, antara maksudnya : jika ada manusia yang boleh disembah, nescaya, aku akan suruh isteri-isteri menyembah suami.

maka dapat kita lihat di sini, betapa besarnya hak suami kepada isteri. Walaupun saling melengkapi, tetapi jangan lupa, isteri perlu mentaati yang halal sahaja. Adakalanya suami yang tidak begitu arif tentang islam akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang salah. DI sinilah perlunya isteri dan suami belajar tentang agama, hukum dan sebagainya.

SAya bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH telah kurniakan saya suami yang sering memeberi nasihat dan mengingatkan saya perkara-perkara yang tidak baik yang telah atau akan saya lakukan.

Saya mohon doa, kepada ALLAH suapay jangan pisahkan saya dan suami...saya perlukan dia untuk bimbing saya...

Semoga ALLAH berkati pernikahan kami...

NOTA : Taqwa itulah penyubur Baiti Jannati. Baitul Muslim.

No comments:

Post a Comment