Wednesday, July 4, 2012

winter trip : Toowoomba - Melbourne - Canberra - Sydney - Toowoomba

Masa untuk honeymoon!

Honeymoon dengan suami setelah berpindah ke Toowoomba, 2 minggu selepas bernikah. Dan kemudian, kami hanya duduk di rumah menjalankan aktiviti rutin.

Kemudian lahir Nur Aina, cahaya mata pengikat kasih sayang mummy and daddy. Alhamdulillah, hasrat suami untuk makan angin bersama tercapai, minggu lalu.

Bertolak dari rumah ke Melbourne, mengambil masa dalam 20jam dan jarak hampir 1400km, kami sampai di homestay Encik Badrul. Sejuk, dan memang sejuk. Tahankan sahaja dengan baju tebal dan heater yang kami bawa. Kasihan Aina. Mungkin dia kesejukan..

Di Melbourne:

Hari pertama sampai jam 10 malam. Kami hanya tidur dan recharged akibat keletihan memandu (bergilir) walaupun suami lebih banyak memandu daripada saya. :P

Kami berehat di homestay dan kemudian bertolak ke Mt Buller untuk main salji. Oh, Aina kesejukan semasa di salji Mt Buller.. Almaklumlah, baru 4 bulan di bawa ke salji, sudahnya dia meragam mahu dipeluk 24-7!

Dapat juga letakkan Aina berbaring di atas salji. Biar dia rasa. Nanti dah balik kampung, dapat salji ABC saja!

Hari seterusnya, kami habiskan masa di bandar Melbourne. Akhirnya tercapai juga nafsu muda remaja (agaklah muda remaja yang dah ada anak seorang!) Jalan-jalan dengan suami di bandar, dari pagi bawa ke malam, memang heaven! Itulah hikmah hubungan yang HALAL. Tak ada rasa takut dan tak ada rasa malu. Rasa selamat dengan suami.

Kami gunakan kenderaan awam sepenuhnya. Mudah jimat minyak kereta. Memang mudah naik kenderaan awam. Child (pram) safety and care. Mudah nak bawa pram, sebab semua orang akan bagi laluan dekat kita.

Satu sahaja keinginan suami, mahu naik Eureka Skydeck Melbourne yang saya tak penuhi. Ha ha. Takut! Gayat! 88 tingkat dan lihat surrounding Melbourne! Boleh pengsan wooo... Nanti-nantilah kita naik, ya!

Kami habiskan masa 2 hari berjalan-jalan sekitar bandar Melbourne dan beratus-ratus keping gambar kenangan diambil.

Kami masuk ke NGV (National Gallery Victoria, yang mengumpulkan hasil seni aborigin Australia dan seni dunia. Pegawai keselamatan di situ sangatlah garang dan masam. Mungkin mereka perlu berwatak begitu, untuk menunjukkan bahawa mereka menjaga harga hasil seni yang bernilai berjuta-juta dollar, mungkin! Takutnya masuk NGV!

Suhu, sejuk giler!!!!!

Di Melbourne, kononnya kami nak hilangkan mengidam KFC! Ada KFC halal. Tapi Fried Chickennya tak sesedap KFC Malaysia. Memang totally 0... Sekadar nak lepaskan gian KFC je.. Hu hu hu...


Seterusnya, kami bertolak ke Sydney dan singgah di Canberra. Canberra merupakan Capital City Australia. Di situlah Parliament, Old Parliament House dan Cabinet.

Kami singgah di Canberra selama hampir 6 jam. Makan di Roti House, Canberra yang menyajikan makanan Malaysia. Akhirnya! Saya dapat makan Ais Kacang (walaupun cuaca musim sejuk) dan dapat makan nasi goreng kampung and ROTI CANAI TELUR!!

Alhamdulillah... Sedap sangat roti canai Canberra berbanding Roti Canai di MAMAK, Sydney. (Nanti saya ceritakan)

Di Canberra, kami masuk ke Parliament. Saya ketawa. Saya khabarkan kepada suami, di Malaysia, saya tidak pernah ambil tahu tentang Parliament Malaysia. Tangga bangunan Parliament pun saya tak pernah nampak. Tapi tinggal di Australia, saya sudah masuk ke bangunan Parliament dan lihat senarai ahli kabinet, menteri-menteri serta senatornya.

Bangunan Parliament Australia, mesra tetamu. Pegawai keselamatan mesra. Tersenyum sahaja.

Kami ke Cockington Garden, kawasan taman yang menghimpunkan replika kecil bangunan-bangunan bersejarah dunia dari beberapa negara lain. Gambarnya sudah diabdikan dalam kamera suami. :)

Seterusnya jam 2 petang, Khamis 28June, kami bertolak ke Sydney. Ambil masa 4 jam lagi. Kami akhirnya diberi rezeki oleh Allah untuk menginap di Malaysia Hall, Sydney. Kalau tidak, kami akan menumpang di rumah seorang kenalan baru.

Kami sampai di Malaysia Hall hampir jam 6 petang. Kami masuk ke bilik dan berehat. Penatnya! Saya penat duduk dan suami wajib penat memandu sebab kami tidak bergilir memandu. Kasihan suami saya!

Di Sydney, hari pertama, kami naik kereta untuk kenal bandar Sydney. Kami berjalan dari pagi sampai malam. Kami pergi Opera House, Harbour Bridge, Darling Harbour dan Circular Quay.

Hari kedua kami simpan kereta dan ke Sydney City dengan bas. Ya Allah, sangat mudah untuk dapatkan kenderaan awam di kawasan Sydney dan (Melbourne) . Tak perlu menunggu lama. Berdiri tak sampai 3 minit, berderet-deret bas sampai.

Kami ulang sekali lagi mengelilingi Sydney City. Kami naik feri dari Darling Harbour ke Circular Quay, merentas Harbour Bridge dan lalu di sebelah Opera House. Oh ya, Opera house cantik dipandang dari jauh. Kalau duduk di bawah bangunannya, tak nampak apa-apa, melainkan sebuah bangunan besar yang bumbungnya seperti rumah minang kabau. ha ha ha!

Sorry, saya tak pandai menghargai seninya. (walaupun saya bekas pelajar kejuruteraan awam):P

Makan di Sydney: Kami banyak makan di luar. Kami makan di kedai MAMAK, makan roti canai lagi! Tapi tak boleh lawan roti canai di Roti House di Canberra. Roti House lagi sedap.

Kami juga singgah makan di sebuah restaurant Thai. Saya dah lama tak makan Tom Yam Siam. Ah, cepat-cepat saya mengajak suami mencari kedai Thai yang halal. Alhamdulillah, Allah izinkan... Kalau tak salah nama kedai itu, Restaurant Than Thai. Waiternya Islam, kami masuk dia beri salam dan katanya inilah salah satu Thai Restaurant yang Halal Di Sydney. Don't know true or not! Tapi memang tak rugi. Masakannya sedap. Saya lihat tukang masaknya seorang lelaki siam, masih muda, anggaran umur dalam 20-an lagi. Sedap dan kami diberi dessert percuma, Roti Kaya Santan. Sedap!!!

Mulanya nak order stcky black rice (Bubur pulut hitam) sebab dah lama tak masak, tapi waiter tu cakap, tak sedap dan dia offer kami dengan Roti kata Santan, FREE.

Memang agak susah nak cari makanan halal. Dan kalau nak makan juga, memang kena ada budget yang banyak. BUkannya murah, makan berdua pun dah hampir 70Dollar (RM200++)...
untuk sekali makana. Tapi hidangannya besar. Kami boleh tapau dan jadikan lebihan tapau itu untuk makan malam. So, JIMAT!

Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk suami saya yang baik hati. :)) TQ ABG!

Perkara yang saya suka tentang Melbourne : Keadaan bandarnya yang teratur dan kenderaan awam yang bersepah! Maksud saya, banyak! Dari bas, tram, free shuttle, semua ada dan boleh naik kalau nak ke mana-mana sahaja. Tidak perlu takut kalau ke Melbourne (untuk duit back-up sewa kereta) Naik sahaja kenderaan awam. Boleh sampai dan tidak sesat. Tak perlu tunggu lama.

Sydney : Di Sydney lebih banyak bas. dan jadualnya teratur. Tempat menunggu bas ada ABCD. Jadi baca sahaja jadualnya, kita akan tahu di hentian mana kita perlu tunggu.

Canberra : Bandar yang agak korporat. Orang yang melintas jalan semua berpakaian kemas. Mungkin sebab bandar korporat dan bandar kerajaan Australia. Agak sunyi. Tenang. Mungkin membosankan bagi orang yang sukakan keadaan bandar yang havoc.

Pengalaman terindah : Berlari-lari dengan suami dan anak. Menenangkan anak yang tantrum. dan juga meraikan hari-hari dengan anak dan suami depan mata. Tanpa perlu fikirkan kerja , masak dan lain-lain.

Suami ajak trip kali ini dengan driving. Memang jauh. Almost 4000km ulang alik and round city by city... Kasihan suami penat. Tapi enjoyed.

Susah juga kalau naik flight. Ada kereta sendiri, macam-macam boleh bawa dan lalu dari one district to the other district. Kereta memang PENUH! Dan paling menarik perhatian, sebelum sampai di Jelajahan Victoria, semua tourist DILARANG bawa masuk buah ke kawasan VIC. Semua kereta dan kenderaan yang lalu nak ikut VIC, perlu berhenti dan dispose buah yang dibawa dalam bin yang disediakan di tepi lebuh raya. Hebatkan. Memang strict gileerrr!! Siapa bawa buah, siap kena denda and saman lagi!


Saya tak baca kisah kenapa dilarang bawa buah tu. Yang pasti VIC nak elakkan daripada kawasan mereka ada lalat. Lalat yang membunuh. Ada dalam museum cerita pasal buah ni. Ha ha, tapi saya tak baca! Teruknya! Jalan-jalan tengok gambar sahaja. :P

Selesai jelajah Australia, kami akhirnya pulang ke rumah pada hari Ahad, 1 Julai dan sampai di rumah jam 1230 midnight.

AIna tidur lena. Semua orang penat dan Isnin, hari untuk recharged!

**Terima kasih suami sebab bawa mummy and Baby Aina jalan-jalan round Australia.. This is the most expensive experience for three of us..

LOVE US!

Mummy + Daddy + Aina = LOVE!



8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Kami merancang untuk ke Melbourne tahun hadapan. Bagaimana nak contact En.Badrul di Melbourne. Homestay dia bagaimana harga nya. Bolih email saya
    cherohana@alliancefg.com
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me cannot send you an email. I dont know why. Please attach here your another contact number or another email. Sorry for the late reply.

      Delete
  2. assalamualaikum, saya nak tau bgmana konsep homestay tersebut. Adakah tuan rumah ada sekali? maksudnya tuan rumah bukan bercuti/balik ke malaysia? bagaimana pula dgn bayaran? di kawasan mana rumah tersebut? terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kaduk emel saya alamat emel kaduk? Saya akan balas melalui emel.

      Emel saya di bazlinqaisum@yahoo.com

      Nyatakan subject : homestay melbourne

      Delete
  3. salam, boleh bgi contact details en badrul melbourne. bagaimana rate utk 1 mlm ye? email: mwafiuddin07@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan kirimkan emel kedua dengan maklumat lebih tepat, encik. Terima kasih.

      Delete
  4. Salam kak,boleh x kalau nak contact details en.badrul melbourne?nak tau rate stu mlm,location dll. Email kami: nkudin81@gmail.com & nurhafizahhussin@yahoo.com.. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam, pembaca,

    Encik Badrul sudah pun pulang ke Malaysia, jadi, saya sudah tidak boleh bantu untuk penginapan.
    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete