Tuesday, August 31, 2010

Alunan Surah Yaasin pada pagi Ramadan

Rasanya telinga begitu sarat dengan pelbagai helah dunia.
apalah salahnya sekali sekala,
Telinga diberikan halwa yang sangat manis,
Bacaan SUrah Yaasin oleh Syeikh Saad Said Al-Ghamidi.

Rasanya teringat dan terimbau kenangan berteleku dan beriktikaf di dalam Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram.

Sayunya rasa hati. Betapa dai'fnya aku,
setelah pergi ke tempat itu,
aku masih lagi tidak reti bersyukur!

Perjalan yang memakan masa lebih kurang 8 jam, memberikan aku sedikit sebanyak
kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Tetapi, mengapa sebaik-baik sahaja sampai di Malaysia,
sikap masih belum berubah????

salah siapa???

malam 20 Ramadan - 1st counting!

Malam tadi malam ke 20 Ramadan.
Cuaca pada pagi ini, agak suram.
Adakah Malaikat telah turun untuk Malam Lailatul Qadr malam tadi?


Sesungguhnya malam lailatul Qadr sememangnya ditunggu-tunggu. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menanti kehadiran malam itu. Kuatkanlah hati dan jiwa untuk terus beribadat kepada Allah. Buakn hanya pada malam lailatul Qadr!

Hayati firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 78;
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur.”


Pernahkah kita rasa bersyukur kita dibangunkan pada pagi ini?
Rasanya tidak ramai yang sedar, setiap kali bangun daripada tidur, perlunya kita bangun dengan rasa 1001 kesyukuran.
Setelah kita dimatikan seketika,
Lebih kurang 6-7 jam,
Lalu kita dihidupkan kembali dalam keadaan baik dan segar bugar.
Pernahkah kita bersyukur?

10 Malam terakhir Ramadan

Ramai orang yang bertanya kepada saya , "Lyn, start malam ni malam 10 terakhir Ramadan, kan?" lalu aku hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa hatiku hancur luluh setelah mendengar persoalan mereka. mereka hanya menunggu 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan untuk terus memulakan ibadat. Padahalnya, ibadat yang perlu dilakukan 5 kali sehari semalam, mereka endah tidak endah sahaja.

10 malam terakhir Ramadan.


Entah kenapa aku juga turut menantikan 10 malam terakhir Ramadan. Tetapi aku menantinya khas untuk malam yang tenang supaya aku mudah menyiapkan kerja-kerjaku. Aku sangat berharap dengan kehadiran malam yang berkat itu, kerjaku terus menerus diterima. Aku dapat rasakan betapa semua orang menantikan 10 malam terakhir. Aku juga. Tetapi aku tidak mahu terlalu mengharapkan kerana aku tahu, bukan mudah bagi insan yang kurang imannya seperti aku ini untuk bertemu dengan malam itu. ternyata ibadat zikrullahku aku teruskan seperti biasa. Semoga dengan sebutan nama Allah pada saat-saat yang diperlukan itu akan terus diangkat malaikat dan dibawa bertemu Maha Pencipta.


Wahai Tuhan...,
hanya kau yang memahami apa perasaanku sekarang. terlalu dingin rasanya hati ini terhadap dunia. Benci!
Ya! Aku benci akan dunia yang selalu sahaja menipu manusia. Khayalannya indah. Tetapi tidak seindah yang aku sangka.


Allah telah merahsiakan malam lailatul Qadr. mengapalah ALlah rahsiakan. Kalau tidak tentu semua umat manusia akan berkejar-kejar mahu menanti malam itu. Malam itu tentu semua orang akan terus berdoa. Tetapi... dalam 365 hari hanya ada 1 malam sahaja malam lailatul Qadr...

sukar bukan? Malam itu juga malam yang berbeza bagi setiap negara di dunia ini. bukan semua dunia mengalami waktu malam yang sama. tentunya malaikat sedang bekerja keras menerima perintah Allah untuk turun ke Bumi dan mengangkat doa-doa kita yang lemah ini untuk diberikan kepada Allah SWT.

Malulah kita, wahai semua umat manusia. JIka apa tuntutan Allah tidak kita jalankan tetapi sebaliknya tiba-tiba pada malam itu kamu mahu meminta semuanya daripada Allah, fikirkanlah kembali, layakkah kita?

Allah minta, tidak pernah kita beri. Sebaliknya kita memaksa ALlah supaya memberikan apa yang kita kehendaki. Sememangnya Allah itu Maha Pemberi, tetapi Allah juga Maha Penyiksa, jika tidak menepati apa kehendakNYA tentulah sahaja akan mendapat siksa Allah di Akhirat kelak! "


Wallahu'alam...

wassalam!

Friday, August 20, 2010

DOA tidur dan bangun daripada tidur via http://agusw.penamedia.com/2005/04/07/doa-sebelum-tidur-dan-doa-sesudah-bangun-tidur/comment-page-1/

• Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Sunday, August 15, 2010

Makcik itu sedang mencari Iman :(


Gambar inis aya ambil ketika saya berada di Multazam, sedang menunggu tibanya waktu solat asar, maghrib dan isyak. Kelihatan wanita itu sedang menangis sambil berdoa matanya memandang Kaabah. Saya hati walaupun saya tidak memahami apa doanya, saya tahu, doanya tentu menyesali setiap perbuatan selama ini. Lupa pada yang Hakiki!"






Ramadan sudah berlalu 4 hari!
MAlam ini ialah malam kelima Ramadan. Tak sangka, anda semua sudah menang sehingga hari yang kempat.

Rasanya, sudah ramai anak-anak yang diajar untuk berpuasa. Menunaikan antara rukun kehidupan sebagai umat Islam. Tetapi sedarkah kita, dalam emnunaikan puasa, masih ada lagi yang belum berpuasa?

Contohnya,
*mata
*hidung
*mulut

dan semua anggota badan yang lain, yang boleh berbicara sama ada secara monolog ataupun nyata.

Ketika saya dalam perjalanan ke ***** saya bertemu dengan seorang wanita, beragama Islam, kelihatannya sedang berjalan mencari seseorang.

Saya tersenyum kepadanya, walaupun ketika itu saya sedang membaca, masih saya luangkan sedikit masa memerhatikan wanita yang kelihatan mundar-mandir mencari seseorang. Setelah saya hulurkan senyuman, saya dibalas dengan senyuman juga.

Alhamdulillah, saya dan dia sudah bersedekah.

Lantas, wanita itu mendekati saya.

"Buku apa yang adik baca?" tanya wanita itu.
"Saya baca ini" lantas saya tunjukkan kepada wanita itu apa yang sedang saya baca.
"Wah..., bagusnya adik! Muda-muda lagi rajin membaca ini... Khatam berapa kali?" tanya nya.

"Saya tak ingat, cik...," jawab saya sambil tersenyum.
Lalu saya memberanikan diri bertanya kepada mak cik (mungkin kerana wajahnya kelihatan agak tua sama seperti ibu saya)

"Mak cik cari siapa? sejak tadi saya lihat mak cik mencari-cari seseorang"

Pada mulanya dia gusar untuk menjawab. Kelihatan sangat dan agak berat. Jadi saya hanya lemparkan senyuman sebagai tanda, tidak mengapa jika mak cik tidak mahu menjawab soalan saya. Saya tahu ia soalan yang agak klise.

"Oh, mak cik sedang tunggu suami mak cik,"
"Di mana janjinya hendak bertemu dengan pak cik?"
"Bukan hendak bertemu, dik! Mka cik nk perang!"
"Hmmm?????"

Agak terkejut setelah saya mendengar jawapan mak cik itu.

"Dik, dalam itu..., ada doa apa untuk suami tak?"
"Saya tak tahu, mak cik..."
"Mak cik dah serik dengan suami mak cik yang tak sudah-sudah nak kahwin lain!"

Saya terkesima.
tanpa soalan yang selanjutnya, mungkin , mak cik ini kelihatannya percaya kepada saya. Tanpa tanya, dia memuntahkan sedikit ceritanya kepada saya.

"Suami mak cik suka lihat perempuan muda. Hobinya melihat gambar yang lucah! Dan dia juga berniat ingin kahwin lagi. tetapi mak cik tidak benarkan kerana dia mahu mendirikan masjid dengan duit yang telah dia menang dengan perjudian nombor ekor! Mak cik tidak mahu menanggung smaa dosa yang dia lakukan. Malam tadi, dia tidak pulang ke rumah! Sudah puas mak cik mencari di mana suami mak cik. SUdah mak cik tanyakan kepada rakan serta kenalannya yang dapat mak cik jumpa, Jawapn mereka, mereka hanya tahu, malam pertama Ramadan, suami mak cik minum arak di sebuah kelab terkemuka. Walaupun miskin, suami mak cik ada wang untuk ke sana. MAk cik tidak sanggup tanggung dosa dik. Mak cik mahu bantu suami mak cik kembali ke pangkal jalan."



Denagn linangan air mata saya mendengar setiap butir penceritaan mak cik itu kepada saya. Saya tidak tahu apa jawapan yang patut saya tanya dan patut saya beri.

Akhirnya saya memberi cadangan,

"Berdoalah mak cik! Hanya dengan doa adalah selemah-lemah manusia untuk mengubah sesuatu kemungkaran. Saya juga masih muda. masih belum tahu apa itu kehidupan. "

Mak cik itu tersipu-sipu malu dengan saya. Saya hairan, mengapa?

"Doa itu bagaimana, dik"

"Macam-macam cara, mak cik. SOlat dan baca Quran selalu dalam solat, doalah agar suami mak cik berubah...,"

Kataku sambil tersenyum.

"Dik... mak cik tidak pernah solat dan tidak tahu baca Quran!"

Kali ini kali entah ke berapa saya terkesima dan terkedu!
Masha' ALlah...
masih ada umat Islam yang tidak pernah solat sepanjang hayatnya dan tidak pernah Iqra'.

Tidak ada yang lain dalam hati saya, melainkan saya berdoa supaya mak cik itu bebas daripada benteng kemudaratan ilmu agamanya. BUkanlah mahu menolak qadar Tuhan bahawa yang tua akan mati dahulu, Tetapi mak cik, yakinlah hayat mak cik sudah sampai ke penghujungnya, Bila lagi mahu menyembah Tuhan yang Esa?

Sampai bilakah mahu hidup bergelandangan menjadi hamba abdi kepada wang ringgit?
Wang tidak boleh dan tidak dapat kita gunakan untuk membeli iman...

Percayalah, Mak cik itu terus berlalu... wajahnya tidak memberi sebarang hiasan manis kepada saya. Adakah masih ada tempat untuk dia mengadu dan bertaubat kepada ALlah Ramadan ini???


" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

Saturday, August 14, 2010

My Mother(Ya Ummi) - English Subtitles



Mak...
kerinduan terhadapmu sungguh kuat,
hari demi hari...

Ya Allah,
lindungi ibu dan ayahku..
Syurgakan mereka....


Tuesday, August 10, 2010

PERTUNANGAN ITU PATUT DIRAHSIAKAN??

Salam buat semua
bak kata ustaz ketika saya menghadiri satu majlis minggu lepas,
tidak perlulah saya nyatakan majlis apa,
cuma adanya ceramah agama dan sebagainya yang significant ke arah itu...,

ustaz ada menerangkan tentang menjalani hidup berkeluarga..
keluarga ialah salah satu institusi yang sangat
besar pengaruh dan kesannya kepada diri seseorang

sebelum berkahwin akan adanya sesi bertunang.

Kata ustaz, pertunangan tidak perlu dihebahkan. Pertunangan hanyalah
di antara keluarga yang terdekat sahaja.
Tetapi mengapakah pada zaman ini,
pertunangan bukan lagi
suatu rahsia?
Adakah cara menghebahkan pertunangan itu sesuatu yang baik
atau tidak?
Dan adakah salah?
Apa kesannya jika pertunangan itu tidak dirahsiakan?
apa pula kesannya jika pertunangan itu dirahsiakan??

MAri, kita sama-sama mencari jawapannya!

Monday, July 5, 2010

MASKARA- RUMAH PENA- PUISI GADIS MANIS



"COOL"
haha..ye ke aku cool? semua orang kata aku cool. Cool la sangat. Cuma bagi aku, tidak ada apa yang perlu aku segankan di situ. semuanya kwana-kawan. Kawan-kawan yang kita suka, rite?
memula aku terfikir juga. "Aduh! Bos Naganaga dan SMS aku,"

"Lin, u perfom MASKARA 3 Julai!"

masa tu aku tengah makan! korang nak tahu bape kali aku tercekik nasik? Ade la dalm 3-4 kali. Dok ingat apa yang aku nak buat kat MASKARA. Dah la aku tak tau Rumah PENA tu kat mana. Mana aku penah pegi kat sana. Jadi, aku ambil keputusan go on je lah. Aku pun msg semula Bos Naganaga, dengan coolnya aku jawab, "Okeh, Bos. saya setuju!" hahaha...Kerja GILA ni! Aku nak berpusi? Terkejut beruk aku bila baca Post kat Event MASKARA Facebook!...Aduh..Puisi apa aku nak bedal? Aku baca majalah Dewan. Aku jumpa puisi gadis. Aku mula rasa SYOK je baca Puisi tu. Tak praktis pon, Petang tu aku ke Rumah PEN Adengan barang-barang yang aku shoping kat JALAN TAR. haha...agak berbondong-bondong jugak lah! So, sebaik-baik sampai kat RUMAH PENA< aku berkenalan dengan jejaka-jejaka macho Sol-Jah. Bos Naganaga dah bgitahu nama semua orang, aku yang baru sampai, masih dalam kejutan budaya sampai kali pertama kat Rumah Seni tu, terus dalam masa sesaat aku dah lupa nama abang-abang tu semua! Hahaha...Bos, nanti kenalkan lagi ya, aku dengan diorang! Ekceli, aku bosan sebab aku tak ada kawan, naik atas aku solat mintak kawan. Aku jumpa kawan 3 orang Nisha, Farah n kawannya yang aku juga lupa akan nama adik manis itu..Maaf, dik! akak dah lewat 25-an! hahaha...So, Aku pon duduk dan berbual dengan mereka. They were great! Congrtas gurls! Bila aku sampai, Bos Naga kata nak bagi aku perfom awal. Tapi aku tak bajek langsung yang aku akan perfom 1st! Hohoho...macam nak tercabut urat kat betis ni haa...rasa nak berlari balik je..hahaha... Tapi, as i am, aku kan memang orang cool! Jadi aku pon menge"cool"kan diri sendiri. Disebabkn aku memang tak takut, jadi aku tersengih macam kera kat sana sensorang..Hahahaha...Pedulik ape aku! So, aku dengan bajek bangganya, dengan PUISI yang ditulis oleh Cik Puan Zaleha, (Dewan Siswa, Mei, 2010) aku menlangkah, melabuhkan buntot ku di atas kerusi yang bagi aku kerusi ni cuma ade kat MASKARA je! huhu...Bila duduk kat kerusi tu, Aku rasa macam aku ni anak didik seniman terkenal! Huhuhu....(ayat bajek). Aku buat2 slumber. Lagipun, SpotLight betul-betul kena mata aku yang rabun ni...seronok jadi rabun, bile tak nampak orang, aku sikit pon tak rasa takut. Still COOL> ngeh...ngeh...ngeh... (Aku tahu Bos NAGA bangga dengan aku!) ehkkk! Ye ke????

Start je aku dapat MIC aku macam lupa diri. Slumber je aku bg arahan supaya semua orang diam. Aku cuma nak dengar bunyi kipas dan kereta yang lalu lalang. Mesti ade yang kata aku POYO, kan! Hahaha...pedulik! Pentas pada saat tu aku yang punya. Ekceli, daripada apa yang aku belajar, kita kena control odience. so, dets wai la i guna speech yang poyo camtu. at lis, diorang pon suka dengar bunyik kipas yang laju cam heliklopter punyer kipas tu..

Aku dah srat gigil sebenarnyer, tapi masih lagi cool. Entah dari mana kekuatan tu aku dapat, aku pon tak tahu... Padahalnya aku ni pemalu..:P. Aku pon bukaklah diari aku yang aku selitkan puisi Cik Puan Zaleha. Aku baca...macam nak berpantun pon ada..hahaha....inilah akibat bukan dari aliran sastera!

next time , aku rasa aku nak perfom, linguists pulak. Kot2 nak terangkan hal morfo ke...Syntax ke..huhuh....

btw, start on det nite, i felt and i swear, det i'll write to be who m i just like last nite.

with or without exprnce, everythng is gona be orite if u thnk det u can. No one can like u can!

MASKARA, I LOVE U!

Saturday, June 26, 2010

10 Ciri-ciri Suami Pilihan


1) Kuat pegangan Agama

2) Akhlak yang Baik

3) Tegas Mempertahankan Maruah

4) mampu Menjaga Amanah

5) Tidak Boros

6) Menjaga Pandangan Mata

7) Pergaulannya terjaga dan Terbatas

8) Rakan pergaulannya yang Baik-baik

9) Bertanggungjawab

10) Tenang Wajahnya

LELAKI YANG BAIK: LELAKI YANG MENYEKAT PANDANGAN

saya membaca artikel dalam tabloid, Muslimah dan pendekatan dalam mempromosikan gambar. wah! sangat teruja. benar juga kata penulis, gambar merupakan sesuatu yang tersirat. daripada bahan itu, terdapat pelbagai konotasi yang bisa disampaikan. sama ada secara positif, mahupun negatif.

gamabr juga mempunyai impak yang sgt berat. bimbang jika menjadi bahan cacian dan bahan hinaan. begitu juga bimbang jadi bahan impian bagi lelaki yang kurang keimanannya kepada Allah dengan mengimpikan yang tidak-tidak melalui gambar anda. saya juga.

penulis membicarakan tentang keperluan menutup aurat. katanya wajah juga sebahagian daripada aurat yang perlu kita tutup dan hiasi hanya semata-mata kerana Allah dan kepada yang berhak. Ah, saya terpukul di situ...saya sudah "mendelete" beberapa album yang saya paparkan dipaparan web-blog dan facebook.

terdetik dalam hati,
wahai Tuhan,
kalau itu satu dosa untukku,
Ampunilah aku...
jika aku sudah membuatkan hati-hati makhlukMu yang lain
berdosa,
ampunilah aku dan dia..
Wahai Tuhan..
kurniakan aku kejelitaan yang hanya akan ditatapi oleh insan yang layak untukku..
suamiku dan mahramku...

aku cintakan dia!

Firman Allah: dalam surah An-Nur "katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya menyekat pandnagan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian lebih suci bagi mereka"

SAYA SUKA LELAKI YANG CACAT ITU



Gadis itu sukakan lelaki yang buta.
buta daripada memandang aurat wanita serta memandang wanita yang tidak halal baginya.

gadis itu sukakan lelaki yang kudung kakinya.
Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.
kakinya bersih daripada kisah menendang hamba yang lemah

gadis itu cintakan lelaki yang patah tangannya.
tangannya tidak meyentuh sesuatu yang bukan hak-nya
tidak menyentuh wanita yang haram baginya
tidak mengambil yang bukan miliknya
tidak memukul dadanya dengan megah dan bongkak

Gadis itu sayangkan lelaki yang bisu
mulutnya tidak mencium sesuatu yang tidak sepatutnya
mulutnya tidak makan makanan yang haram baginya
mulutnya tidak mengucapkan kata-kata nista.

aku,
mencari lelaki yang cacat ini..
buat bekal aku sendiri di syurga nanti..
selamanya tidak mati..
jiwa dan hati...
dan kamu...terus berada dalam hati ini
sampai syurga..
ya..sampai syurga~!

MARAH ITU MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN SYAITAN

sabar.
mudahkan menyebut perkataan sabar. sesungguhnya sabar itu dituntut dalam Islam. Janganlah sekali-kali kita membuang sikap yang baik itu. Dalam I LUV ISLAM, saya terbaca tentang sahabat Nabi yang pada ketika itu bangun kerana mahu membalas cacian orang lain. Kesekian kalinya dia mahu menjawab, Rasulullah terus bagun daripada duduknya. Maka sabahat bertanya,

"Wahai Rasul, kenapa kamu bangun dari tempat duduk kamu, Ya Nabi Allah?"

Rasul Allah menjawab

"Sesungguhnya, ketika seorang umat Islam sedang berada dalam keadaan marah dan dia membalas kemarahannya itu, maka dia tergolong dalam sahabat syaitan dan syaitan sedang duduk bersamanya. Sesungguhnya aku tidak mahu duduk sekali dengan Syaitan!"

Thursday, June 24, 2010

LUPA PADA YANG HAQ


Aku terjaga ketika malam sunyi
Aku mendengar suara katak
Memanggil aku untuk menjenguk ke luar kawasan bilikku

Kuselak langsir tingkap
Terbau langsir itu masam..
Kulihat malam kelam
Aku mendongak
melihatkan
Bintang-bintang
Bintang itu kelam...

Aku kembali ke katil
Aku mahu lenakan mataku
Tetapi agak sukar...
Aku tidak tahu mengapa...
Kurasakan muka, tangana dan kakiku
Kekeringan,
Aku menggaru ketiak..
Barulah aku sedar, aku belum solat Isyak!
Dan kekeringan kulitku...
Kerana aku belum berwuduk
kerana aku lupa pada yang Haq!

Sunday, June 6, 2010

http://solhisharif.wordpress.com/

http://solhisharif.wordpress.com/

jejaki laman saudara islam kita ini dan dapatkan banyak ilmu dari situ. Saya juga masih meneruskan pembacaan dalam blog beliau yang sememangnya terdapat ilmu-ilmu yang bermanfaat. Layangkan tetikus anda apabila berhadapan dengan komputer untuk selalu mencari ilmu. Apalah sangat menghadap facebook, twitter,(untuk acara ilmu dibenarkan) dan pelbagai lagi jaluran sosial yang kurang memberi ilmu itu jika dibandingkan dengan mencari blog-blog saudara islam kita yang mengembangkan ilmu!

jangan fikir lagi! Jalan menjelajahi islam ada pada hujung anda sendiri!