Thursday, December 2, 2010

Hadiah Kahwin.

Rasanya hari ini hari yang paling indah dalam hidup. Biarpun sebenarnya banyak lagi pengalaman indah yang sudah atau bakal ditempuh.

Mak siap memasak. Hari ini mak masak awal. Semata-mata mahu ke hospital menjenguk kakak.

saya? Sedang menyapu anjung luar agar tidak ada kotoran yang akan dilihat tetamu atau sesiapa sahaja yang bakal hadir, pada hari ini.

"Dik, ada duit tak?"Tanya mak.

Aku terdiam. Terkedu. Duit? Rasanya tidak banyak yang tinggal semata-mata untuk melepaskan batuk, demam dan kecemasan apa-apa sahaja.

"Ada mak. tapi sikitlah. cukup-cukup lepas kawin. kenapa mak tanya pasal duit?"Tanyaku. Soalan aku dijawab dengan senyuman.

"Nak beli rantai!"

Erkkkk......
Rasa nak tercekik! AKu tidak pernah impikan memiliki utas-utas emas pada badan. Biarpun satu atau dua. Cincin risik ini Aku pakai jika ingin keluar rumah, bertemu saudara, bertemu Si Dia tercinta. Kalau di rumah, bebas rasanya tanpa utas-utas emas itu!

"Tak payah bazir la mak... Adik bukan suka pakai emas-emas ni pun...Yang ada pun, pakai bila teringat je,"Aku menjawab sambil meneruskan sapuanku. Bersih sudah halaman rumah. Jika ada tetamu yang berkunjung tanpa temu janji, tidaklah malu sangat rumah bersepah padahal ada anak dara.

Mak bersiap-siap nak keluar ke Slim, Hospital SLim River. Aku masih menonton TV buat masa senggang yang ada.

****************************************************************************


Sejam, dua jam berlalu, aku masih di dalam bilik menulis novel yang perlu disiapkan.
Terdengar laungan mak menyuruh aku membuka pintu utama rumah usang ini.

"Buat apa?"tanya mak.
Tak ada buat apa-apa,"Jawabku, perlahan sambil menuju masuk semula ke dalam bilik.

beberapa minit di dalma bilik, aku dipanggil semula.

Ada apa, mak?" tanya aku.
"Nah, ni hadiah kahwin daripada mak!"Aku terkesima. Seutas gelang emas dipakaikan pada pergelangan tangan kiriku.

Terharu.
Pilu.

Kukucup tangan bonda yang berurat setia.
Kucium pipi bonda yang kendur cinta.

Kulafaz tanda syukur pada Yang Esa, SUka!

P/S: **Awak, ini hadiah kahwin kita, tapi saya seorang sahaja yang boleh pakai, tau!

Ngeeee...:)))

1 comment: