Monday, June 6, 2011

Dialah Syurgaku, Kamu. Suamiku!



Bulan April 2010.

Hati asyik merenung jauh. Entah bagaimana kehidupan ini akan berlalu. Rasa bagaikan sayu, sunyi, jiwa kelam. Syukur, masih ada keluarga yang faham akan kesempitan jiwa. April sudah bermula. Bulan ini juga, umur akan bertambah lagi. Entah mengapa, rezeki menunaikan umrah, diterima dengan rasa yang sangat bertuah. Jiwa tidak tenteram menanti saat kaki melangkah pergi.

Pertengahan April sampai. telefon bimbit asyik diam tidak bernyanyi. Entah mengapa, 16 April, mesej yang pelik diterima. Oh, insan ini. Pernah aku kenali suatu masa dahulu. Mungkin sekadar bertanya khabar.

Alangkah indah dan mekar bunga mulai tumbuh dalam jiwa. Betapa insan itu sangat kuat semangatnya. Berkali-kali berlari, mencuba menjauh tetapi dia masih tidak jemu mendekati. Mungkin intulah berkat doa yang pernah diungkap suatu ketika dahulu.

"Ya Allah, Kau berikanlah aku peneman hidup, biar sejauh manapun dia berada. Walau siapa pun dia. Biarlah insan itu jauh. Berikanlah aku cinta suci yang akan aku baja setelah bernikah. Janganlah Kau berikan aku cnta palsu yang tidak sedikit pun membahagiakan. Hadirkanlah dia walau di mana pun dia berada. " AMIN.

Bacaan Yaasin yang dibaca selama dua bulan berturut-turut akhirnya dimakbulkan juga ALLAH SWT. Doa yang tidak putus-putus, akhirnya menjadi kenyataan.

Ya, memang benar, dia insan jauh. Terlalu jauh duduknya. Hanya perbualan melalui dalam talian sahaja yang dapat menghubungkan. ENtah kenapa, setelah berfikir berkali-kali, keputusan telah dibuat. Malam itu, dengan anggukan setuju, walau pun dia tidak dapat melihat anggukan itu, permulaan kisah cinta akan bermula. Biarkan perkenalan itu sementara. Sambung kisah cinta selepas ijab dan Qabul diterima. Itu janjinya!

Mei 2010.

Penerbangan yang panjang selama 8 jam diharungi membawa 1001 harapan dan rintangan. Jiwa rasa sedih dan pasrah menjadi tetamu ALLAH SWT dengan bekalan dosa yang selama ini tidak pernah ingin padam. Mengelilingi Baitullah dengan air mata dan doa untuk dia yang berada jauh. Agar hatinya sedikit pun tidak berbalik. Semoga berkat jodoh yang dipohon ini terus kekal sehingga tarikh yang dietapkan, pernikahan.

Jun 2010

Rombongan keluarga, biarpun kecil, agak meriah. Tanda dihantar sebagai ingatan diri telah disunting, bakal menjadi milik seseorang. Pesan Bonda, "Jaga diri dan ingat, jodoh kurniaan ALLAH SWT ini jangan dipersiakan. Jalankan tanggungjawab sehingga tibanya waktu disatukan sebagai suami dan isteri!"

Julai-Oktober 2010

Bekerja seperti biasa. Berhubung dengan dia seperti biasa. Adakalanya sepi. Biarkanlah. Sibuk agaknya di kejauhan sana. Harapan yang ada cuma biarlah cinta tidak berubah.

Oktober 2010

Berhenti kerja. Langit seakan-akan turut rasa akan kebahagiaan yang bakal tiba. Hari cerah. Melangkah perlahan-lahan meninggalkan bumi kota yang penuh dengan cabaran. Meninggalakn sisa hidup sibuk dan memulakan hidup di kampung yang aman dna tenang, menjelang hari berlangsungnya pernikahan.

November 2010

Persiapan demi persiapan berlangsung. Khemah dan baju sudah sedia. Dia juga sudah selamat sampai di tanah air. Alhamdulillah, semoga jodoh terus bertahan sehingga harinya. Hati mulai berdebar. Bagaimanakah mampu aku jalinkan hubungan tanpa mengenali dia sepenuhnya? Benarkah aku yang pinta jodoh tanpa perkenalan ini? Mampukah kami berkomunikasi?
Urusan nikah kahwin kami jalankan bersama. Segala borang dan tanda tangan, kami lakukan pada saat-saat akhir kerana dia jauh. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, semuanya selesai dalam masa seminggu sebelum pernikahan.

11 Disember 2010

Setelah siap berinai malam, tidur dengan semua saudara perempuan. Inilah kali terakhir kamia kan tidur bersama. Saat itu hanya air mata yang dapat kami keluarkan. Betapa sedih dan pilu, nanti kami akan terpisah tempat tidur yang sama. Inilah saudara, kasih sampai ke syurga. Kami berbincang tentang bagaimana menjadi isteri solehah. Pelbagai nasihat yang diterima, semua disimpan erat dalam dakapan jiwa nurani. Akhirnya mata terlelap juga jam 3 pagi. Itupun setelah terdengar Bonda di luar pintu bilik menegur, "Pengantin jangan dibiar tidur lewat!"

Terdengar ayam berkokok. Inai dijari memerah, seri. Bangun bersujud kehadrat Ilahi, "Betapa besar Agungnya Kau Ya Allah! Segala doa aku panjatkan telah Engaku makbulkan. Aku pinta insan jauh, Kau berikan. AKu pinta cinta tulus yang halal, Kau kurniakan. Betapa besar pemberian-Mu, Tuhan!"

Matahri di ufuk Timur menguning terbit. Bersedia dengan baju kurung ungu, menanti jurumekap yang bakal mendandan. Biarlah wanita, kerana perlu ditahan wudukku, untuk suamiku membatalkan wuduk nanti. Mulai berdiam di dalam bilik yang dihias cantik oleh saudaraku, gembira, sedih dan ragu-ragu. Benarkah ini keputusan aku?

Kata Bonda, "Jangan difikir lagi! Inilah jodoh adik!" Kata-kata itu diterima ditelan, manis. Mungkin benar! Jam 10 pagi, sampainya rombongan lelaki yang dinanti. Dengan kurung putih, suci, berdiam di bilik dengan handai taulan. Menanti saat ijab dan qabul disahkan.

Dengan lafaz bersendikan nama-Mu, Tuhan, akhirnya, kini aku sudah menjadi suri. Suri hati seorang lelaki yang jauh entah di mana aku kenali. "Berkatilah permulaan cinta kami." Itulah doaku setelah aku dipeluk rakan-rakan yang gembira dengan perkataan yang satu itu, "SAH!"

Aku disuruh keluar, kini, di hadapanku, seorang jejaka yang sangat ingin aku dekati.

"Kini, wahai lelaki, aku surimu. Bimbinglah aku agar tidak jauh aku pergi dalam kegelapan. Cerhahan hati aku dengan suluhan kasih sayang darimu. Binalah istana Syurga dalam taman kosong ini."

Tangan dikucup satu persatu memohon restu. Wahai Bonda, terimakasih kerana menjaga aku selama ini. Terima kasih atas jeritan melahirkan aku yang hina ini. Terima kasih atas segala suapan yang masuk ke dalam darahku!

Wahai Ayahanda, tangan kasarmu aku cium. Bukan kali terakhir. Percayalah, aku tetap puteri bongsumu. Walau jauh aku dibawa, ke sisimu jua akan aku pulang!

11 Mei 2011

Angin sejuk bertiup. Kota ini memberikan aku sejuta kurnia dengan sebuah kisah cinta yang sedang mekar. Kisah cinta ini tidak akan padam sampai akhir nanti. Pipi sejuk ditiup angin lagi. Terdengar ketukan pada daun pintu. Aku berlari-lari anak membukanya.

Dia. Lelaki. Dialah Syurgaku!

4 comments: