Sunday, August 12, 2012

Allah Tahu. Kita Tak Tahu.

Adakalanya kita cuba mahu melawan takdir. Tapi kita lupa, Allah tahu apa yang kita tak tahu. Kita selalu lupa bahawa perjalanan hidup kita ini, Allah yang tentukan. Bukan kita!

Kita juga lupa bahawa rezeki, anak, duit, rumah, kereta, semuanya Allah yang tentukan, Allah yang bagi. Biar berjuta impian kita, biar sebesar mana impian kita, kalau Allah kata TIDAK, maka tidak.. Dan kalau Allah mahukan sesuatu itu berlaku, maka berlakulah.

Impian kita mahukan istana. Kita usaha sampaikan kita lupa akhirat, kita lupa untuk berdoa, kita lupa untuk tawakal.

Kita lupa beramal dengan manusia lain... Entah bagaimana caranya mahu membina istana? Kalau pun Allah izinkan, bahagiakah kita?

No comments:

Post a Comment