Tuesday, August 28, 2012

Makna Hari Raya

Pagi tadi ada seorang adik minta sedikit ucapan raya. Nota di bawah adalah apa yang sempat difikirkan.

"Eidilfitri bererti 'kembali kepada fitrah/naluri/nature. Fitrah manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah tanpa kompromi dengan keinginan nafsu yang jahat.

Jadi maksud berhari raya di dalam Islam ialah meraikan kemenangan spiritual atau rohani ke atas tuntutan nafsunya. Justeru itu refleksi kemenangan tersebut akan dapat dilihat pada peningkatan kualiti tingkahlaku beragama; bertambah khusyuk solatnya, semakin baik penampilan yang menurut syarak, meningkatnya akhlak yang baik, keyakinan (keimanan) dan ketaqwaan kepada Allah bertambah teguh.

Syair Arab ada mengatakan;
“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”

Jadi Selamat Berhari Raya kepada mereka yang telah mencapai objektif Ramadan 1433H seperti yang disebut di atas."

Puan Wan Nor Ainon

No comments:

Post a Comment