Wednesday, August 22, 2012

Ramadhan, Syawal. (Apa yang kita rasa?)

Ramadhan sudah berlalu. Semua umat Islam berpuasa penuh sebulan. Bagi mereka yang tak penuh, gantilah cepat. Yang tak boleh puasa, sakit, bayarlah fidyah.

Teringat abah. Abah dah tak mampu berpuasa. Sakit. Allah bagi nikmat sihat dah lama dekat abah. Mungkin kali ini Allah tarik sikit-sikit. Semoga abah redha. Jangan merungut.. Allah nak bagi pahala dekat abah dengan sabarnya abah menjalani kehidupan berdepan dengan sakit, ubat, hospital, klinik.

Teringat dekat kampung, macam mana mak survive buat kerja sorang-sorang. Lumrah nak perempuan, pergi dari keluarga. Jauh. Tapi pertalian tetap tak putus. Mak jangan risau, nanti kami balik, kami teman mak...

Ramadhan.

Banyak perkara yang berlaku. Dalam sedar, dalam tak sedar. Pasti, Allah mahu uji. Allah takkan uji hamba-Nya dengan dugaan yang tak mampu.

Maksudnya, kami mampu harungi setiap dugaan yang Allah kirimkan. Syukur, nyawa selamat. Kalau tak, tak tahulah sekarang ni beraya ke tak... Terima kasih buat teman yang memahami. Hari-hari kembali sunyi. Gelap. Kelam. InsyaAllah, akan bangun semula kuatkan diri.

Ramadhan.

Seminggu berpuasa. Terasa indah sangat. Dapat bangun sahur, berbuka dengan suami. Walaupun mata kelat-kelat sangat. Syukur berpuasa dalam musim sejuk. Siangnya pendek. 10 jam lebih kurang. Tak penat sangat. Rasa lapar pun tak ada. Cuma dahaga, sebab kering dan menyusu anak.


Ramadhan.

Dari sinilah kita dapat kenal manusia duniawi. Aku juga begitu. Tapi dengan bongkaknya, tak selalu. Sebab aku dalam proses nak baiki mana yang salah. Berbuka di masjid. Bila berkumpul, asyik berbual pasal dunia.

Betapa ruginya sebelum berbuka itu dihiasi dengan bualan duniwi. Kan lebih baik berdoa kerana berdoa saat hampir waktu berbuka itu afdal dan makbul? Ya Allah, bantulah hamba baiki diri.

Ramadhan.

Dalam bulan puasa pun ada orang nak bergaduh. Macam-macam hal. Allah dah janjikan bahawa dalam Ramadhan TAK ADA SYAITAN. Jadi kalau masih buat jahat, itulah diri kita yang sebenar.

Tok sah nak gaduh sangat la.. Rezeki masing-masing. Allah yang bagi rezeki. Allah turunkan rezeki melalui perantaraan, manusia juga. Susah bila ada manusia yang tak faham konsep tu.. Teringat susah senang kait kelapa sawit, kan kena bersyukur walaupun susah, tapi Allah bagi pahala banyak. So, jangan merungut. Jangan bersungut.

Susah juga bila manusia tak faham konsep kehidupan. Mata dia nak yang cangih manggih je. Tak nak yang buruk-buruk. Tapi bagi dekat orang, boleh pulak bagi yang buruk-buruk? Yang second hand?? Kan lebih baik, beri yang elok. Nabi pun pesan... Susah la, fikiran tahap rendah gini.. Dia saja yang nak untung... Orang lain rugi, biarkannnnn....

Ramadhan.

Syaitan tak ada, jin tetap ada. Ramadhan juga, roh pulang mencari saudara di atas dunia. Kekadang teringat, terus baca Al-Fatihah. Teringat arwah-arwah. Dan kini, Syawal, mereka kembali kepada fitra kehidupan alam kubur... Semoga Allah ringankan segala timbangan kiri. Amin...

_____________________________________________________________________

Syawal.

Sejak seminggu sebelum Syawal, kecoh baca FB keseronokan orang membuat persediaan raya. Seronok sangat. Kami di sini, raya ala kadar. Makan je tak ala kadar. Mujur tak ada pembaziran.

Seronok tengok, baju raya, langsir raya, sofa raya, kereta raya, kasut raya, awek raya, tunang raya, isteri raya... :)

Baju raya, macam-macam warna.. Tapi bagi kami suami isteri, kami hanya pakai baju nikah semula. Itu sahaja baju yang masih agak baru (walaupun baju nikah saya, turun temurun kakak dan baju itu baju konvokesyen saya)

Pesan yang saya kirimkan pada emak tg malim dan kakak masa mereka mahu ziarah ke sini, bawakan baju nikah kami supaya kami boleh pakai masa raya. Tak perlu buat baju baru.

Alhamdullah, sudah melahirkan, masih muat baju nikah. Longgar. Walaupun tak berdiet sebab menyusukan anak. Yang penting jaga diet, no harmful diet. No oil, no fat.

Hari raya menjelang tiba, shopping, beli 2 kotak bunga api. Kononnya untuk anak, lastly, mak yang main.. He he, Sorry Aina. Mummy yang teringin sebenarnya. :P Daddy punya ada sekotak.. Kalau daddy tak main, nanti mummy habiskan.

Malam raya, kami berkumpul di satu rumah. Begitu juga selepas solat sunat, kami ke sana, berhari raya open house Malaysia Toowoomba.

Meriah, makan pun sedapppp... Terkejut dan terkujat perut tiba-tiba makan banyak. Ada yang cirit birit, ada yang berak keras. Ha ha ha.

Syawal.

Hari kedua syawal, kami dah duduk rumah. Raya di sini akan diteruskan pada hujung minggu sahaja. Weekdays, semua orang busy study. Kalau dekat Malaysia, mesti tak boleh buat macam ni, kan? Minta cuti 2 minggu, raya tak jemu 14 hari. Dah masuk office pun raya lagi, sampai la 30 Syawal.

Manusia sememangnya sukakan kebahagiaan. Raya itu kan bahagia... Bila orang cakap pasal Muslim Burma Rohingya, barulah tersembur, tersedak.

Doakan mereka dapat ketenangan, syurga dan penjagaan Allah SWT.

Syawal.

Oh, terlupa untuk berfoto dekat dinding elok-elok. Macam dalam kedai gambar. Ha ha, klise kan? Kami bergambar berlatarkan awan Australia. Jadilah! Selalunya selepas solat sunat. Sudah 2 tahun begitu. Tak ada gambar latar dinding, sofa, kerusi panjang dan lain-lain... :)

Syawal.

Syawal pertama dalam hidup, dengan anak tercinta. Tapi tak dapat duit raya. Tak sabar tunggu raya di Malaysia, untuk kutip duit raya Aina. :P

Syawal.

JANGAN LUPA PUASA 6!!

Syawal.

Lepas raya, dah bermaaf-maafan, masih ada lagi yang nak buat onar. Haih, nak kena ketuk kepala sorang-sorang nih!

Pelik sangat, kenapa la ada orang macam tu. SUsah sangat nak bersatu padu. Pentingkan diri sendiri. Ego. Tamak. Macam-macam lagilah!

Tak sabar. Kami tak kaut bawak mati heh! Tak boleh nak konker pun. So, just get ready je la. Tapi disebabkan sikap kurang sabar, semua benda dah jadi. Rasa nak terbang je pergi duk Marikh. Ikut program NASA baru-baru ini nak cari tempat yang sesuai untuk hidupan. Duk sorang-sorang tak kena kacau kot kan? Tapi rasa nak gila la pula, sunyi tak berjiran.

Apa nak jadi la. Sok lusa, lagi ramai, lagi macam-macam peel. Susah. Susah. Tak suka dengan orang yang macam tu. Mak pun pernah cakap, buruk heh orang tua merajuk.

Teringat kat mak. Mesti mak teruk raya ni. Tak larat dah.. Dah semakin tua. Mak pun pernah merajuk. Tapi tak seburuk rajuk tua macam ni.

Apa la nak jadi. Pelik tengok haih! Sabarkanlah wahai hati. Syawal ni... Baru je lepas minta maaf. Ha ha ha...

Saja, nak bagi spy tu terkujat, aku boleh komplen dia. Apa? Ingat orang tak berani ka? Kalau dah salah, buat cara salah, hormati privacy orang lain. Tok sah gegeh la nak spy nak baca then komplen belakang-belakang. Orang tak kata, kalau awok tak buat benda macam budak-budak.

Syawal.

JADIKAN SYAWAL INI DAN JADIKAN PERANGAI ORANG NI SEBAGAI PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA. TOK SAH DOK PERATI ORANG LA. TOK SAH TAMAK. RENDAH DIRI. HORMAT ORANG LAIN. HORMAT KETUA KELUARGA. HORMAT LA SAPA-SAPA PUN.

Cerita Syawal ni cerita nak bagi hangat orang tu ja.. Tau la ada spy... Ha ha. Dah macam keluang man dah hang noooo... Tak penat ka spy orang? Diri sendiri, keluarga sendiri tak terjaga. Tok sah la.

No comments:

Post a Comment