Thursday, August 30, 2012

Pengalaman dengan Social Worker Di Toowoomba Base Hospital

Ketika Aina masih di hospital, saya diarahkan oleh nurse untuk berbincang dengan salah seorang pegawai kebajikan di situ tentang pembayaran bil dan sebagainya.

Social worker.

Ya, inilah kali pertama saya bertemu dengan social worker yang sebenar. Saya teruja. Sebab? Sebab paling utama, bil Aina dibayar 100% oleh OSHC, Overseas Student Health Cover. Alhamdulillah...

Sebab kedua, saya gembira kerana tugas social worker benar-benar wujud di depan mata saya. Sebab, saya juga pelajar ijazah minor bidang social worker. Tak sangka, saya akhirnya bertemu dengan social worker yang sudah berpengalaman bertahun-tahun membantu dari segi emosi pesakit yang perlu membayar kos perubatan di Australia yang terkenal dengan aspek MAHAL dan LAMBAT PROSES.

Dalam rancangan televisyen Today Tonight minggu ini, membincangkan bagaimana penduduk Australia sendiri lari ke luar negara semata-mata kerana kes perubatan di Australia yang mahal dan sangat lambat diproses.





Temujanji perubatan adakalanya ambil masa paling singkat 2 minggu, paling lewat, 2-4 tahun semata-mata untuk dapatkan consultation. Belum dapat ubat lagi! Ubat perlukan preskripsi doktor dan beli sendiri di farmasi.

Rakyat Australia (wanita) yang biasanya ingin membuat pembedahan plastik membesarkan payudara, mengurangkan kedut pada muka dan sebagainya lebih rela ke Thailand kerana kos perubatan di Thailand lebih cepat dan lebih murah. Fokusnya di laman web 7.

Alhamdulillah, lahirkan Aina di sini mudah dan tak perlu tunggu lama.


Consultation biasanya 50dollar. Ubat beli sendiri ya! Ha ha. Alhamdulillah boleh claim. Walaupun lambat nak dapat semula.

No comments:

Post a Comment