Monday, August 6, 2012

Jangan Salahkan Anak!

Rumah bersepah.

Kanan, mainan lori, kereta.
Kiri, periuk mainan, sayur, kuali, senduk kecil yang sangat comel.
Tengah, dinasour, t-rex, ayam, kambing, lembu yang bersaiz tapak tangan.

Atas sofa, penuh dengan buku A B C , buku 1 2 3, buku Mari Mengenal huruf.. dll.

Cantik, anak aktif dengan permainan dan inilah masanya mereka belajar.
Senyumlah ibu, bonda, mummy, mama, umi... Anakmu cergas dan pintar.

Kalau orang datang secara mengejut, jangan marah anak dan jangan keji perangai anak yang suka buat sepah. Senyum dan katakan, ini masa mereka main, maaf kerana ada kejutan begini. Dan ajaklah anak kemas segara supaya tetamu dapat duduk. Dan, jika berkemampuan, belilah set playpen yang mampu memuatkan bilangan anak, 2-3-4 untuk bermain di dalamnya. Tidak risau mengganggu tetamu dengan larian atau lompatan daripada anak-anak kecil.

SET PLAYPEN



TAPI!

Kalau lantai berdaki,
Bilik air berlumut,
Karpet berhabuk tebal,
Sisa nasi keras pada karpet,
Tulang ikan tersorok bawah meja makan,
Kain lap dapur hitam dan licin berlumut,
Dapur dipenuhi dengan sisa masakan melimpah,
Paip air tercabut sana-sini,
Bilik air berbau hancing,
Tandas tidak di pam dengan sisa masih berbaki,
Baju kotor bergelimpangan di ruang tamu,
pinggan makan lama tersadai celah sofa...Hmmm...

KALAU YANG INI, JANGAN SALAHKAN ANAK!!

Bila orang datang, sama ada mengejut atau tidak,
Tugas kita, ibu dan isteri, (bekerja atau suri)
Bersihkan,
Cucikan,
Lapkan,
Ambilkan, semua yang tersenarai di atas.

JANGAN SALAHKAN ANAK!!


Ada ibu yang dengan mudah menyalahkan anak kecilnya.
Kerana dialah rumah bersepah, rumah kotor.

Ibu yang pemalas tetap pasti akan salahkan faktor lain.

Tetamu, jika boleh...JANGAN DATANG MENGEJUT. Hormati tuan rumah dan beri dia keselesaan untuk menerima tetamu.

Bagi mengelakkan KEJUTAN TETAMU, kemaslah, kemas rumah. Sedaya yang mungkin. Jangan dibiarkan toilet berbau hancing
Jangan biarkan tandas tidak berpam, bersisa najis.
Ambil pinggan makan anak yang tersepit tepi sofa secepat mungkin. Jangan tunggu 3 bulan baru sedar pinggan tak cukup!

Jika ada tetamu,
Hidangkanlah tetamu dengan pinggan, cawan yang bersih.
Tidak perlu mahal (kalau mahal itu kelebihan)
JANJI BERSIH!

Sedaya upaya,
Sebagai suri,
Ibu,

Fahami hakikat perbezaan

1) Rumah bersepah kerana kebijaksanaan anak
2 RUMAH KOTOR ATAS SIKAP MALAS.


#Sekadar renungan bersama. Kalau takut kejutan tetamu dan malu dengan rumah yang tak serupa rumah, pastikan kita rajinkan diri kemas rumah, bersihkan rumah dan cuci rumah. :)) Jangan nak salahkan anak, sedangkan diri sdri yang malas.. Har Har Haruuuuuu!!! :P Peace! V

ENJOY!!

No comments:

Post a Comment