Wednesday, August 8, 2012

Vaksin bayi dan kanak-kanak dikatakan haram?

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Vaksin untuk bayi kita : Adakah selamat ?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, pada hal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar.

Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit.

Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya mendedahkan diri anak-anak kita dengan kemungkinan-kemungkinan dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Hanya orang-orang kita saja yang agak septikal terhadap program immunisasi ini, sedangkan orang-orang lain berlumba-lumba untuk menyiapkan diri mereka dengan perllindungan immunisasi agar tidak dijangkiti oleh oleh virus-virus berbahaya.

Seterusnya secara tidak langsung, boleh saya simpulkan ialah dengan tidak memberikan vaksin, di kala kebanyakan penduduk dunia lain telah diberikan vaksin, kita telah melemahkan diri kita.

selanjutnya saya akan huraikan dalam blog.


Saya juga merupakan salah seorang ibu yang keliru dengan hal ini. Banyak artikel yang saya baca tentang halal dan haram sesuatu vaksin. Dan yang pasti, semua artikel itu ditulis oleh orang Inggeris. Tidak ada satu artikel pun yang saya baca ditulis oleh orang Melayu / Islam.

Tetapi, kalau dilihat dalam FB, orang Islam ? Melayulah yang paling ramai tak mahu vaksinkan anak mereka kerana mereka ragu-ragu tentang vaksin. (Saya katakan begini sebab saya masuk banyak kumpulan FB Malaysian yang bercerita tentang vaksin dan setahu saya sudah ada group Unvaccinated Baby dalam FB. Cuma saya belum masuk lagi).

Pening kalau baca perbualan ibu-ibu yang tidak mahu anak mereka divaksin. Dan ada yang menjelek ibu yang sanggup lihat anaknya menangis kesakitan, terkejut akibat dicucuk oleh nurse sewaktu program imunisasi.

Walau bagaimanapun, berserah dirilah kepada Allah SWT setelah berusaha. Allah yang mendatangkan penyakit, Allah jualah Yang Maha Penyembuh.

Today Tonight, rancangan yang paling saya sukai di stesen saluran 7 Toowoomba setiap petang jam 630pm.

Pernah suatu hari ditayangkan tentang unvaccinated baby, yang telah pun mengalami whooping cough. Sedih dan terasa sakitnya bila lihat sendiri baby itu batuk sama macam orang dewasa. Bunyi batuk yang kuat, hentakan pada dada akibat batuk, sangat memilukan. Bayi yang baru lahir perlu dijauhkan daripada orang yang tidak sihat. Bayi perlu dijauhkan daripada kawasan sekitar yang kotor dan ibu bapa, penjaga perlu mengambil vaksin whooping cough untuk mengelakkan sebarang jangkitan kepada bayi, anak mereka. Saya dan suami, ya. Sudah divaksin. Tak sakit pun! :))

Untuk ibu bapa yang masih keliru dengan vaksin, buka hati dan buka minda. Jika benar haram, carilah faktanya dan jika halal, teruskanlah.

Jangan hanya dengar sebelah pihak sahaja. Dan jika terlalu rajin baca bahan Internet juga bahaya. Sampaikan ilmu tidak ditapis. Ambil semua hingga merosakkan diri sendiri.

Tepuk dada, tanya diri sendiri.

#Saya vaksinkan anak saya.

2 comments:

  1. salam..whooping cough ni mcm mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizazizol, whooping cough ni saya tak pasti dalam bahasa melayu apa makna terjemahannya.. tapi mengikut apa yang saya lihat, whooping cogh ni sama macam batuk kering..bayangkan baby newborn batuk macam orang besar, dadanya berombak2... tak ada kahak.. kesian.. saya tengok rancangan tv di sini ada siarkan betapa kesalnya parents tu sebab diorang tak ambil whooping cough... whooping cough ni, parent, grand parent, pengusaha taska, tadika, cikgu2 yang kena cucuk.. bukan baby... tq..

      Delete