Monday, December 31, 2012

2012. Apanyang telah kita ubah?

Ya. Terfikir sendiri. Apalah yang telah aku lakukan sepanjang 2012 ini? Apalah istimewanya tahun masihi 2012? Sebagai insan yang masih punya banyak kelemahan, rasanya meninggalkan setiap saat, sama sedihnya seperti meninggalkan Ramadhan. Sedih.

Terasa sangat rugi tanpa amal setiap saat yang berlalu.

Namun, masih ada yang berjaya dan mampu untuk dibanggakan.

Dengan izin Allah, berjaya lahirkan Nur Aina. Berjaya besarkan Aina dan lalui saat tragis, berpantang tanpa orang tua. Terima kasih Allah kirimkan manusia yang bijak menvipta alat telekomunikasi, Aina masih boleh berpantang dengan nasihat Opah melalui telefon.. Walaupun ada yang mummy ingkar, mummy ikut cara orang Inggeris la Opah... hihihi

Tapi, masih belum berjaya untuk jafi ibu dan isteri yangbbaik, terbaik, dan sangat baik. Ya Allah... gagalnya... :((

Semoga Allah terus izinkan saya hidup dan beri peluang untuk saya jadi ibu yang hebat, isteri yang hebat. Susah, tapi saya mahu cuba lagi...

Tidak dapat dilupakan kenangan Ramadhan 2012. Perkara yang berlaku sangat mendukacitakan. Dan tidak mampu dilupakan, sampai bila-bila. Biarlah kenangan ini terus menjadi sejarah yang perlu reda. Semoga beroleh ganti yang diperlukan.

Manusia, sudah pasti banyak kekurangannya. Hanya Allah yang Sempurna. Walau bagaimanapun, manusia adalah sebaik baikmkejadian. Laluilah hidup dengan penuh erti. Jangan buang walau sesaatpun masa itu dengan dosa dan perkara negatif. Jadilah isteri solehah, ibu yang benar benar malaikat untuk cahaya mata utusan Allah.

Semoga 2013 akan datang, tahun yang lebih baik untuk awak, awak, awak dan awak semua.

Pengalaman pahit, sejarah hitam, mahu dibuang. Dosa, mahu diampunkan. Berusahalah!!



No comments:

Post a Comment