Monday, December 10, 2012

Hari ini, 10/12/10

Ya, hari ini.

Mengimbau semula kenangan 2 tahun yang lalu. Sebelum hari saya diijab qabul. Terkenang, sudah semestinya. Bagaimana perjalanan sehari-hari dan juga persiapan menjelang 11 Disember 2010.

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk hari ini, mengenang kisah manis kami berdua. Bertambah seri dengan kehadiran 'ainun yang kami namakan, Nur Aina.

Bismillah, Maha Suci Allah...

Allah, tak putus putus aku ucapkan syukur kepada Mu dengan reda dan keberkatan daripadaMu, perjalanan pernikahan kami sudah pun 709 hari kami bersama. Aku mohon, Kau paNjangkanlah jodoh kami sehingga ke Syurga Mu yang abadi.

Allah, seperti alamMu ini juga mengerti betapa sayu dan pilu hatiku hari ini kerana begitu sedikit pahala ayng dapat aku kumpul. Bantulah aku ya Allah, berikan aku kesempatan untuk terus berbakti dan taat kepada suamiku agar aku disenaraikan dalam kumpulan isteri solehah di sisi Mu.

Allah, segala kesulitan, telah Engkau janjikan ada jalan penyelesaiannya. Setiap ranjau duri yang kami lalui, kami dapat tempuhi hanya dengan izinMu, allah. Allah, Allah..., sesungguhnya Engkau Maha Baik. Kau uji kami dengan kehilangan....


Ya, kehilangan yang hakiki duniawi. Kami reda dan tabah Ya Allah. Doaku, agar Kau dapat kumpulkan kami dengan anak anak kami yang lain di dalam SyurgaMu nanti.

Allah, terima kasih atas kurniaan kepadaku yang tidak ternilai. Seorang suami yang berusaha menjadi suami terbaik dan seorang anak yang begitu mudah diasuh sehingga ke hari ini. Sesungguhnya Kau Maha Tahu bahawa aku tidak mampu tanla orang tua di sisi lalu Kau berikan kami anak yang baik dan tidak banyak ragam dan meragam. Aian juga faham, opah dan nenek jauh. Jadi Aina tidak mahu susahkan mummy. Benarlah agaknya artikel yang pernah dibaca, anak khatam memang mudah diurus.

Allah Yang Maha Baik, terima kasih atas rezeki yang telah Kau kurniakan kepada suamiku. Terima kasih atas kesihatan yang Kau berikan kepada kami bertiga. Terima kasih atas setiap titis air yang kami minum. Terima kasih atas tiap butir nasi yang kami makan sehari-hari. Terima kasih atas nikmat tubuh badan dan jiran sahabat taulan.

Wahai Allah, Kau lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami dan murahkan rezeki kami. Redai pernikahan kami dengan beserta reda ibu bapa kami. Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redai.

Allah, terima kasih atas pelajaran duniawi dan ukhrawi yang Kau layarkan di hadapan kami. Inilah kehidupan. Akan kami susuri dengan ketabahan. Hidup jauh dirantau orang, bukanlah semudah yang disangka mata yang melihat melainkan merasainya sendiri pahit manis onak dan duri. Kurniakan kami hati yang positif dan jiwa yang tenang. Lapangkan masa kami agar kami dapat terus beribadah dalam kesibukan dunia.

Allah, terima kasih kerana menjaga dan melindungi ibu bapa kami. Sampaikan kepada mereka, kami rindu dan kami akan pulang. Sedikit masa lagi. Pulang dengan kejayaan yang membanggakan emak dan abah.

Allah, tentu akan ada lagi duri dalam perjalanan hidup kami, maka, Kau satukanlah kami walau di mana pun . Bangunkan kami jika kami jatuh, sedarkan kami jika kami lalai.

Ya Allah, ada yang telah Kau ambil daripada kami. Kami mohon, Kau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik. Gantikanlah dengan jiwa yang tenang dan hati yang bahagia. Maafkan aku Ya Allah kerana lalai dalam menjaga amanahMu.

Ya Allah, kehidupan tidak semudah yang kami sangkakan. Maka, kuatkanlah kami dalam meniti setiap saat, setiap hembusan nafas kami untuk menuju ke dunia abadi. Jadikanlah kami manusia yang tergolong dalam kumpulan muslimin sejati di sisiMu. Ampunilah dosa kami, Allah. Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, saudara kami dan selurus muslimin dan muslimat.

Allah, redailah perjalanan kami suami isteri dan anak anak kami. Amin.



ALHAMDULILLAH, PERNIKAHAN INI SUDAH GENAP 2 TAHUN ...

No comments:

Post a Comment